-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Hati-Hati.


“Iman ialah sebuah perjalanan dan kutipan pengalaman.”

Ulama’ hati sering mengibaratkan hati seperti sebuah cawan, lalu mengkategorikan hati kepada 3 jenis:

1. Cawan yang bocor : apabila dimasuki benda baik,kesan baik itu tidak lama dan akan luput kerana hati ini sering mengiringi perkara baik dengan dosa dan amalan buruk.

2. Cawan yang tertutup : benda baik langsung tidak boleh memenuhinya

kerana ia sendiri tidak membenarkan faktor-faktor kebaikan memasukinya.

3. Cawan yang terbuka dan kuat : benda baik memasukinya dan ia menjaga isinya dengan baik,lalu menghasilkan kesan jangka masa panjang yang baik


**Ada sebuah kisah pada zaman para anbiyaa’ tentang seorang budak dan doanya.

Terdapat sebuah keluarga, seorang isteri, suami, dan seorang anak. Kebiasaan isteri dan suami ini dalam keluarga ialah setiap kali waktu makan,mereka akan mengajak anak mereka sama-sama memejam mata dan berdoa di meja makan. Sedang si anak khusyuk berdoa meminta makanan daripada Allah dengan mata terpejam, suami dan isteri itu mengeluarkan makanan yang telah siap tersorok lalu menghidangkannya di atas meja. Kemudian mereka sama-sama membuka mata dan menjamu makanan.

Hal ini dilakukan oleh suami isteri itu demi melatih anaknya agar sentiasa bertawakkal dan meminta pada Rabb Al-Jalil. Suatu hari, suami isteri itu meninggalkan anaknya lama di rumah atas urusan tertentu. Kelaparan,si anak duduk di meja makan,memejamkan mata dan berdoa seperti biasa.

Kemudian,suami isteri itu pulang ke rumah lalu terkejut mendapati anaknya sedang makan hidangan lazat di atas meja. Si Ayah bertanya kepada anaknya; “anakku, mana kau dapat semua makanan ni?”. Jawab si anak; “macam biasa la ayah, saya berdoa”.

“لكم أستجب, ادعونى ربكم وقال”

“dan Rabb berkata: pintalah kepadaku, nescaya aku akan tunaikan”.


Adab seorang hamba kepada tuhannya,selari dengan merealisasikan syahadah yang sering diucapkan; menjadikan Allah tempat pegangan yang utama.

Kadangkala kita tidak biasa meletakkan Allah sebagai ‘main source’ sebab tak pernah buat. Bila kawan baik,ayah,mak,makwe,dan manusia-manusia lain,lagi teruk kalau pakai anak patung,semuanya mengaburi pandangan kita,mensasarkan kita dari meletakkan Allah pada tempatnya. ‘Practice makes perfect’. Maka berlatihlah,tiada siapa yang menghalang kecuali diri kita. Bangun pagi bermunajat,mendirikan qiamullail,cuba menangis di depan yang maha Esa,mentadabbur isi-isi al-qur’an,mendekatkan diri pada alam merasai keagungan-Nya.

Dalam filem ‘Evan Almighty’,ada satu ‘quote’ yang pada saya kena dengan formula tawakkal.


“If God wants to make you strong,He doesn’t give you strength,but He gives you opportunities to be strong. If God wants to make you happy,He doesn’t give you happiness,but He gives you opportunities to be happy”.


Seringkali kita berada pada posisi memilih sesuatu,dan akhirnya kita yang salah memilih. Allah telah kurniakan kita banyak nikmat,tapi akhirnya kita yang salah guna. Kadangkala sahabat kita nak tegur kita,tapi kita mengambilnya sebagai nak cemuh. Maka kita menutup diri kita dari berukhwah,lantas menutup satu pintu nikmat. Allah bagi kita satu masa yang panjang dan peluang untuk belajar,tapi masa kita bazirkan dengan perkara lain. Allah bagi kita rumah sewa dekat dengan masjid,tapi yang menentukan kaki kita melangkah ke masjid ialah diri,hati,akal kita. Akhirnya kita jugalah yang meletakkan diri dalam syurga,atau neraka



"إنا هديناه السبيل إما شاكرا وإما كفورا"

“sesungguhnya kami telah menunjukkannya jalan,sama ada dia bersyukur atau dia kufur”

Bersama-samalah kita berusaha untuk memilih jalan yang terbaik,pilihan yang terbaik setiap hari. Bersama-samalah kita mengingatkan kawan-kawan kita agar sentiasa mengingatkan kita dan membimbing memilih pilihan dan jalan yang terbaik. Bersama-samalah kita agar sentiasa beramal dan berbuat baik agar malaikat kiri dan kanan kita turut mendoakan kejayaan kita dan meraih pengakhiran yang baik.

Wallahualam.



Alhamdulillah,kita dikurniakan Allah peluang untuk pulang semula ke Mesir bagi melanjutkan pengajian kita dalam bidang masing-masing. Alhamdulillah juga,Allah kurniakan kita peluang untuk menyaksikan secara ‘live’ noktah baru dalam sejarah kebangkitan Mesir. Banyak sangat ibrah sebenarnya yang boleh kita ambil daripada kebangkitan rakyat Mesir ini. Di sini boleh dikongsikan beberapa point:

1. Sunnatullah ialah pemerintahan yang zalim pasti akan dijatuhkan. Kita lihat sendiri bagaimana Hosni Mubarak akhirnya turun setelah 18 hari rakyat menyatakan protes setelah sekitar 30 tahun regim Mubarak menindas rakyat.

Hosni Mubarak dahulu ialah seorang hero Mesir. Dulu Mubarak memegang jawatan panglima angkatan tentera udara Mesir,dan menjadi penyumbang besar dalam kemenangan Mesir ke atas Israel sewaktu perang Mesir-Israel dulu. Setelah Anwar Sadat mati dibunuh, Mubarak dinaikkan menjadi PM Mesir diiringi sorakan setuju rakyat sendiri. Antara 2 faktor mengapa Mubarak adalah calon yang disukai rakyat pada masa itu ialah:

-Peranan Mubarak mengetuai tentera udara dalam perang Mesir – Israel.

-Karakter Mubarak yang bukan dari latar belakang politik, serta agak ‘low profile’ pada waktu itu.

1. Ikhwanul Muslimin sejak awal penubuhannya menyatakan bahawa mereka tidak beriman dengan cara revolusi untuk mendaulatkan sesebuah negara. Apabila revolusi rakyat meletus, IM mengeluarkan pendirian mereka untuk tidak menyertai secara kumpulan,tetapi tidak menghalang mana-mana ahli IM untuk turut serta. Tapi,jika dilihat semula, ahli-ahli IM menysun rentak revolusi di Tahrir khususnya menjadi satu protes mega secara aman.

Kita boleh melihat terdapat kemah-kemah bagi pengedaran makanan, penjagaan kanak-kanak, sekolah mini,dll. Di setiap penjuru pintu masuk ke tahrir pula terdapat ‘check point’ bagi memastikan yang masuk ke Tahrir bukan polis atau pengintip kerajaan, juga tidak membawa sebarang peralatan bahaya atau senjata. Terdapat juga orang yang akan berdiri di tengah-tengah Tahrir dan menjelaskan pada rakyat Mesir apa yang dihajatkan daripada protes ini,apa natijah dan perubahan yang diharapkan.Pada hari-hari terakhir protes pula ulama’-ulama’ Azhar dan Ikhwan turun bagi menyemarakkan lagi semangat rakyat.

Essam Sharaf,perdama menteri baru Mesir sejak 3 Mac 2011 dan Muhammad Baltega, seorang pemimpin IM di Tahrir bersama rakyat.

1. Oleh sebab Mesir ialah negara cawangan utama gerakan Ikhwan,Ikhwan mampu untuk mengatur secara halus agar demo protes di Tahrir bergerak ke arah yang aman dan positif. Mengubah negara dengan cara revolusi bukan sahaja tidak dapat mengubah negara secara total, malah sering cenderung ke arah huru-hara kerana protes tidak terkawal.

Kita boleh lihat hasil protes di Mesir meletuskan api semangat Arab di negara lain seperti di Libya,Syria,Jordan,Yaman, dan Bahrain. Hasil faktor pemimpin yang zalim dan degil, perasaan rakyat yang tidak terkawal dan suasana yang berlainan dengan Mesir, dunia menyaksikan revolusi yang cuba diadakan oleh rakyat negara-negara Arab ini akhirnya membawa banyak keburukan dan kematian. Kesatuan hasrat rakyat Mesir tidaklah sama dengan rakyat negara-negara Arab yang lain.

Muncul pula kini ura-ura bahawa kuasa Barat sedang merencana sebuah idea “New Middle East”. Sebelum ini,sesetengah negara Arab sukar untuk dikuasai sepenuhnya oleh Barat ialah kerana struktur dictator atau monarki yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan. Contohnya seperti Mesir. US dan Israel banyak bekerjasam dengan Mubarak dalam banyak perkara,tetapi akhirnya Mubarak adalah tetap pemikiran Mubarak,bukan dikuasai 100% oleh kuasa Barat. Begitu juga seperti pemimpin Jordan dan Syria.

Sekiranya keadaan negara-negara Arab yang berlaku revolusi seperti seteruk di Libya,UN mungkin akan masuk campur serta memaksa negara-negara Arab ini menerima sistem demokrasi Barat. Sering pengaruh Barat bersembunyi di sebalik paying demokrasi, memilih boneka-boneka Barat menjadi pemimpin demi menjalankan agenda Zionis.

Dunia kini dalam keadaan sentiasa berbolak-balik. Jika umat Islam tidak bijak memonopoli keadaan, maka arus kemajuan umat Islam pasti mundur ke belakang. Musuh-musuh Islam sentiasa berfikir untuk menjatuhkan agama Allah ini. Adakah kita harus berpeluk tubuh?

Mulakan dengan peka terhadap isu umat,walaupun kita bukan asal negara mereka.

منهم فليس ,المسلمين بأمر يهتم لم من

“barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal orang-orang Islam,maka dia bukan sebahagian daripada mereka”



Umat Islam ibarat sekujur tubuh badan. Cubit sebelah peha, lagi sebelah turut terasa.