-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

"sini lah....hah...sini..."
"ok...jom"

******5 minit******

"....potpet...potpet....haa..."
"ha'ah kan...potpet....potpet...."

then....??,,

"salam nak, nak kerepek tak?? ni haa,makcik ada kerepek pisang,kerepek pedas & kerepek kacang. Anak beli lah satu."

(monolog) "erk..alamak...kesiannya la makcik nih....err....."

*****5 minit*****

dua burger di hadapan kami
dua cawan air di hadapan kami
1 ABC juga di hadapan kami
kerepek kacang simpan di tepi *gambar hiasan*

opss!! tak cukup....makcik pun kena duduk depan kami....kesian...
-makcik x nak order pape...dah minum katanya-

"setiap hari ke makcik kerja dekat2 sini? makcik tinggal di mana?"

"makcik duk kat sekinchan. Setiap hari tauke hantar makcik kat area sini. 4pm dia amek. 7pm makcik mula kerja. 11pm makcik habis."

"anak makcik?"

"anak sulong makcik dah bersara...umur 51. Anak dia dah 3. Anak makcik lagi satu kerja ($%&^%.....x ingat).

(monolog) "erk!! 51?? mak ai,bape umur makcik nih?"......."bape umur makcik?"

"anak agak bape?" (pandai la plak makcik nih)

"70"...."haa,betullah tu" (70?? alahai...keisannye)

"makcik jual mcm ni,bape makcik dapat??"

"tngk jualan la...biase sebulan dapatla RM300...cukup la nak bayar bill elektrik...makan...."

"makcik jual sorang2 je ke?"

"taklah...ada kawan2 makcik tapi area lain-lain"

*****jam 11.15*****

burger selesai
air,ABC....goodbye
perut pun puas

makcik??

"mane tauke makcik?? x sampai2 pun??"

-selepas beberapa cubaan call tauke-
(makcik ade hanset....boleh tahan)

"ntahla nak....tp slalu dia lambat....paling lambat 12pm nanti sampai la die"

"oklah makcik....makcik jaga diri baik2 ye....kami minta diri dulu...assalamualaikum makcik"

"waalaikumussalam nak"


................................................

err...my point??

1) kita sedia maklum keadaan kerajaan & dunia kini,jadi bantulah mana yang mampu. Doa2kanlah khalifah tertegak semula.

2) check iman. Kalau lihat tanpa terasa,mungkin hati sudah keras & berbisa.

3) Err...our mums & dads? How do we behave towards them now? In future?

4) From thy Lord :
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. 31:14)


From ar-rasul : “Pernah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah dan bertanya : “Ya Rasulullah,siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik? ”Rasulullah menjawab :”Ibumu”. Orang itu bertanya lagi :”Lalu siapa lagi “ Beliau menjawab: “Ibumu”. ”Kemudian siapa lagi”. Beliau menjawab: “Bapakmu (HR. Muttafaq ‘alaih )

kata Rasulullah "Barangsiapa yang membantu meringankan urusan saudaranya, maka Allah akan meringankan urusannya"

Coret2 dulu;

Seorang pengembara tiba pada sebuah kampung dimana Abu Yazid al-Bisthami tinggal. Ia bertemu kepada al-Bisthami kemudian bertanya kepadanya.

“Ajarkan aku cara yang paling cepat menuju Tuhan”

al-Bisthami menjawab: “Cintai Dia dengan seluruh kekuatanmu.”

“Itu sudah kulakukan”, seru pengembara tersebut.

“Lalu kau perlu dicintai oleh orang lain.” Jawab al-Bisthami.

“Tetapi mengapa?” tanyanya kembali.

“Karena Tuhan melihat hati setiap manusia. Ketika Ia mendatangimu, tentu saja Ia akan melihat cinta yang kau miliki kepadaNya dan Ia akan bahagia. Bagaimanapun, jika Ia juga menemukan namamu tertulis dengan penuh cinta dihati orang lain, Ia pasti akan jauh lebih memperhatikanmu.”


Hidup harus sentiasa mengambil Ibrah. Hari-harimu tanpan Ibrah hasil pikiranmu sendiri....
maknanya hidupmu empty. Capek iman ya?

-sabar & aidiladha-

~Selamat Aidil@dha!!~

Bila tiba aidiladha,teringat pula kisah nabi Ismail....
Bila teringat kisah nabi Islmail,terasa pula hati....
Bila terkenang Ibrah besar dari sifat dan peribadi para Anbiyaa'....
Kesabaran mereka....kecekalan mereka....ketabahan mereka....
Dan kuatnya pengharapan mereka kepada Al-Qawi Al-Aziz.....
Alangkah kerdilnya diri....
..kita lihat para Anbiyaa'.. Nabi Ayub : Sabar menghadapi ujian penyakit dan kehilangan keluarga Nabi Yusuf : Sabar melawan nafsu apabila digoda oleh Zulaikha Nabi Ismail : Sabar dalam mentaati perintah Allah biar nyawa dikorbankan

Ini semua adalah peringkat-peringkat As-sabr. Dr. Yusuf Al-Qardhawi merusmuskan sifat sabar dlm buku beliau "Sabar : Satu Prinsip Gerakan Islam":

Peringkat 1 : sabar dengan qadha'-qadar Allah. Ujian-Nya mendatang,nak tak nak kena sabar. Tiada pilhan. Harus teguh & sabar serta yakin dan mengharap pada Rabb.


Peringkat 2 : sabar melawan nafsu. Bila nafsu berbisik,kita boleh pilih. Di sinilah ujiannya,mampukah kita memilih untuk melawan @ menurut hawa nafsu. Sabar peringkat ini adalah lebih mulia darjatnya.

Peringkat 3 : sabar dalam ketaatan. sabar dalam menurut perintah Allah. "Maslahat dari perbuatan taat lebih dicintai Allah daripada maslahar menjauhi maksiat,dan kerusakan akibat tidak adanya kethaatan itu lebih dimurkai dan didenci Allah daripada kerusakan akibat adanya kemaksiatan." -Al-Qardhawi-

Bagi diriku,barangkali kita tidak cukup sifat sabar dalam hidup sehari-hari. Seringkali kita tewas pabila harus mengadakan sifat sabar. Jadi,mungkin dengan eid kali ini,ayo kita ambil ibrah dari para anbiyaa' dan aplikasikan dalam hidup. Yuk!!



~Sakit - Irony of Life??


Selangor Medical Centre
*maaf,tiada gambar yg lebih menarik. Lupa bawak kamera...

Selase baru2 ini,ana dan 2 orang rakan melawat bangunan ini. Bangunan? Taklah, orang la. Kenapa? Hmm....rasa2 ramai dapat sms ni, tapi mungkin sebab kami orang Shah Alam. SMC taklah jauh. (Kereta ade....) Sms nyer berbunyik :

"Ayah mohd b ali (mesit + exstam + Exhira) di smc, shah alam, tingkat3, wad 3b, bilik no 347, nama: ali abdullah. Kene langgar lori. Kalau berkelapangan, mintak tlng ziarah. Hubungi 0193609252 ibu"

Dapat sms hari ahad, hari selase baru nak pi.....jadinya.........

Petang tu kami dtg die dah nak discaj dah. Dlm keadaan sihat,ceria dan besi terpasang di kaki, die bagitau dah seminggu die di SMC, from wednesday to tuesday. Paling ironic skali, hari selase tu adalah :
  • hari die discaj dari wad
  • hari jadi die
  • hari jadi mohd b ali (sama?)
  • genap umur die 55 tahun (pencen, lepas ni x keje dah)
Huh.....pakcik ali kata macam "happy ending" lah pulak....hampir nak dilanggar lori,pakcik ali mengiring ke kanan dah hanya terlanggar bumper lori shj. alhamdulillah.........

Masa discaj tu,kami tolong die ke tingkat bawah,ditemani (kami yang teman) oleh anak sulong, isteri dan abg pakcik ali. Agak exciting sebab x pernah bawak orang non-darah daging like tolak kerusi roda, tolong dengan tongkat, angkat masuk kereta,huhu....and the hole family plak were so sporting,funny,warm and friendly....

Ibrah? Hmm....

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1658.
Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat." Rasulullah saw: menjawab: "Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu." Saya berkata: "Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat." Rasul menjawab: "Benar!" Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, . maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya."

Sedikit perkongsian untuk kita bersama....mane tau len kali ade member sakit :

Jawab:
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah)
1. mendo’akan si sakit agar lekas sembuh
2. memberi nasihat agar bersabar dan tabah
3. menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Cth ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
4. pendekkan waktu ziarah
5. menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan si sakit
(kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

6. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yg sakit demam panas

7. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dlam bab menjenguk orang musyrik

Doa yang masyhur dalam hali ini :

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1661.
Dari 'Aisyah r.a., Rasulullah saw. kalau pergi mengunjungi orang sakit, atau kalau orang sakit dibawa kepada beliau, maka beliau selalu berdoa: "Hai Tuhan manusia! Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia! Engkaulah yang mampu menyembuhkan. Kesembuhan itu hanya kerana Engkau menyembuhkan kesembuhan yang menghilangkan penyakit."

*klu ade member sakit jangan x lawat......pelawat ni booster jiwa yg effective...huhu....

KAU tahu??



~ini isu 'KAU'~




"isu AKU? nape pulak?

"sebab,isu ni ade kaitan dgn KAU"

"kaitan? dgn AKU? amende?"

"KAU x tau? KAU baca,dengar,faham dulu,pastu KAU tau la. dah isu KAU"


*faham? inilah isu KAU....x kan KAU x tau??


"Aku akan menjadi Ketua Pemerintahan yang paling jahat,
kalau aku kenyang,tapi rakyat sedang menderita kelaparan"
-khalifah Umar Al-Khattab r.a-


"today we rule Germany,
tomorrow the world"
-Adolf Hitler-


KAU x tau, buat2 x tau, atau malas nak amek tau? KAU yg mane?

>>Eid Mub@rak!!....



"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." -surah al-baqarah:185-



*
selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua daripada kami sekeluarga,
moga kita semua dicucuri rahmat di hari raya ini.....amin....

(dari Halid dan keluarga)


-Selamat Hari Jadi kepada Ibrahim Ihsan,pada tarikh 2 Oct 08,genaplah umurnya 14 tahun. Moga dia berjaya meraih anugerah al-hafiz.-

...my mournings of u...


ku menatap malam ini....
ditemani deras air mata....
tak ku tahan hiba ini....
mengenang yang akan pergi....
tak mahuku putus....
akan pertemuan ini....
namun dia berkata....
"aku harus pergi"....
apakah dayaku....
menghalang kata-katanya....

perginya dia malam ini....
meniggalkan daku 1 wasiat....
agar aku kekal begini....
kekal dalam fitrahku....
agar pertemuan kami berikutnya....
lebih mekar dalam cinta....
cinta kpd....yang Esa....
cinta yang selayaknya....


"...aku sudah menjadi manusia lain sebelum aku mula-mula menemui kau. Aku berjanji, aku akan kekal begini hingga pertemuan kita berikutnya, sebagai bukti cintaku padamu. Moga akan datang, cinta kita lebih mekar dan indah, untuk-Nya..."


''....aku menanti kepulanganmu....ramadhan...''

mereka? dunia?? kita???


Biasa dilihat bukan bas ini?? Bukan bas ini yang hendak dikongsikan, tapi sedikit kisah dan beberapa pengajaran.....

Penulis menaiki bas Rapid KL beberapa hari lalu, lantaran hendak ke KL atas beberapa hajat. Sepanjang perjalanan penulis kehairanan akan mengapa tiada remaja Melayu kelihatan, tetapi kumpula demi kumpulan anak2 muda berbangsa Cina menaki bas, satu kumpulan demi satu kumpulan, lelaki + perempuan. "Remaja Melayu duduk rumah shj ke??". fikir penulis. Perjalanan diteruskan......

Nak dipendekkan cerita, apa yang dapat dilihat dari remaja2 Cina tersebut banyak berkait rapat dengan ceramah motivasi dari motivator Fakhru Rodzi pada hari Jumaat sebelum cuti baru2 ni.....ingat tak apa yang dia kata??

"cuba tengok, kalau dalam bas, yang paling bising ialah remaja Cina"

Memang betul. Yang menguasai dalam bas dari sudut bisng,budaya dan fesyen memang mereka. Dari awal penulis bertolak hatta perjalanan pulang. Tapi penulis bukan mahu mengutuk anak2 Cina @ membandingkan antara kaum. Cuma hakikatnya remaja-remaja kini sungguh jauh dari misi utama baginda:

"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"

Mungkin masa dalam bas pada hari itu,terbukti apa yang penulis lihat sama dengan 'statement' motivator Fakhru. Fesyen, bahasa, seksi, akhlak, kasar.....tapi sebenarnya bukan CINA tapi PEMUDA, RIJAL, SYABAB.....sudah hilang.....bagi penulis, perjalanan beberapa jam itu cukup dijadikan tazkirah hari Rabu....sadis.....

Cuba kita jadikan 2 target mudah sebagai satu langkah awal agar kita jadikan diri kita dan rakan2 pemuda yang mahu bangkit hidup dengan Islam. 2 langka yang mudah, tapi sukar difahami dan diamalkan:

1. Bina akhlak diri, from a small seed to a small tree;

Mungkin kita faham maksud 'perbaiki' akhlak, tapi kita tak nampak di mana. Cuba kita
buat ini:
i) Tulis dan tampal @ sentiasa muhasabah 10 peribadi muslim. Selalu kita lupa untuk jadikannya 'target'. (Arab dia pun tak ingat)

ii) Senaraikan benda2 kecil yang hakikatnya jadikan kita muslim, such as;
a) sentiasa senyum dan beri salam
b) alhamdulilah bila bersin dan doakan org yg bersin
c) menjadi penggerak dalam kebersihan di rumah, drom, kelas, musolla, usrah
d) dan lain2.....(sungguh banyak)

2. Sembahyang jemaah, sebaiknya di masjid @ surau @ musolla

Surau @ masjid kini amat kehausan akan wajah2 pemuda untuk mengimarahkannya. Kadang2 rumah kita taklak begitau jauh (bahkan depan rumah!) namun kita yang banyak alasan. Cuba kita sama2 kaji sirah mulis baginda dan selami apa sebenarnya fungsi & peranan masjid @ surau dan kaitannya dengan kebangkitan umat. (ramai yang tak fikir) Cuba, kita fikirkan......


History of As-Saum


Puasa disyariatkan pada akhir bulan Sya'ban tahun ke-2 hijrah, dua tahun selepas perpindahan nabi dari Mekah ke Madinah. Sepanjang hayat baginda sempat berpuasa Ramadhan sebanyak sembilan kali.

Menurut para sarjana Islam, amalam puasa bermula sejak zaman Nabi Adam, Beliau berpuasa bagi membayar kafarah kerana memakan buah yang dilarang oleh Allah sewaktu di dalam syurga. Allah dengan penuh hikmah menurunkan Adam ke bumi sebagai balasan bagi kesilapannya tertipu dengan godaan syaitan yang menghasutnya dan Hawa agar memakan buah larangan itu. Selepas itu amalan puasa terus diamalkan pada zaman nabi-nabi sebagai menguatkan iman,roh dan jasad dalam menghalang dan mengekang nafsu.

Pakar-pakar sejarah mendapati amalan puasa juga turut diamalkan oleh bangsa-bangsa lain seperti bangsa Romawi,Mesrin purba,Yunani dan orang Hindu dengan cara dan keefahaman yang berbeza-beza. Bagi orang Yahudi pula, tercatat dalam Taurat bahawa wajib berpuasa pada hari ke-10 bulan ke-7 dalam kalendar mereka, bertepetan dengan hari 'Asyura bagi muslimin. Menurut Al-Qurtubi pula Allah mewajibkan umat nabi Musa dan Isa berpuasa Ramadhan juga. kemudian ia ditambah menjadi 40 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh dari sakit, lalu puasa orang Nasrani menjadi 40 hari.

Saidatina Aisyah menceritakan dalam beberapa riwayat bahawa orang-orang Quraisy Mekah berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram). Apabila Nabi Muhammad mendapat orang-orang Yahudi juga turut berpuasa pada hari yang sama, baginda dan para sahabat menambah puasa satu hari sebelum Asyura bagi membezakan Muslimin dan Yahudi. Pada penghujung bulan Sya'ban tahun 2 hijrah, turun ayat surah al-baqarah ayat 183-185 mengarahkan umat Islam agar berpuasa Ramadhan sebulan. Selepas puasa Ramadhan disyariatkan (diwajibkan), hukum puasa Asyura berubah. Banginda bersabda,

"Sesiapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura, berpuasalah
dan sesiapa yang hendak berbuka berbukalah".

(*sebelum disyariatkan Ramadhan, puasa Asyura adalah sunat.
Selepas disyariatkan hukumnya kekal sunat")

Baginda berpuasa Ramadhan sebanyak sembilan kali sepanjang hayatnya. Lapan kali selama 29 hari dan sekali selama 30 hari. Dalam riwayat lain ada mengatakan 2 kali selama 30 hari. Jadi wahai saudara-saudara sekalian, ayuh kita mengorak langkah baru dengan menghayati sirah ini agar Ramadhan kali ini tidak kita siakan. Wallahu'alam.

(Diambil dari keterangan tentang bulan Ramadhan oleh Abdul Hadi Awang)

-salam awwalan ya habibul muslim-


"Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafaat seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat."
( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).


Bulan barakah hampir tiba.....
Hampir tiba?? 3 bulan lagi.....
Tapi,.....persediaan.....hmmm....
Elok sedia kan??

Sedia ape??
> pakaian raya??
>kuih raya??
>sampul duit raya??

Betul jugak....xde leceh nak shopping.....
Tapi....ada lagi 'important'.....
>tilawah.....?
>qiam....>
>zikir......?
>doa....?

Same2 kita bersedia!!

"Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi"

"Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu"

"Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu"

"Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu"

Lirik-lirik ini amat baik kiranya kita kaitkan dengan cuti kita ini....
Bagi penulis, dalam cuti ini terbuka seribu kelemahan....juga seribu peluang....
Amat terbukanya mereka sekali hinggakan yang ingin dinilai hanyalah siapa yang 'bertindak'!!
Kerna apa??
Kerna kelemahan2 dan peluang2 ini hanya berguna buat mereka yang melakukan sesuatu....buat kebaikan
dirinya @ sebaliknya @ dibiar aja.....
Pastinya kita dapati berbagai bentuk kelemahan kita terbuka pada mata sendiri....tak kurang juga peluang yang begitu banyak kerna banyaknya masa yang ada dikala cuti ini sebenarnya....juga kita udah tau...tapi tidak dibuat apa2....juga buat diri penulis....kita capek barangkali ya??

Sedikit media buat teman2 dan pembaca sekalian.....harap setelah melihat video ini, kita buang udah kecapekan kita lalu bertindak!! Minum air jika capek juga ya.....





-.....Rabbana la tuzi' qulubana ba'da iz hadaitana wahablana milladunka rahmah.....-

< Qalbun zakiy >

Angin bertiup lembut...bunyi ombak di pantai...burung berkicau...flora & fauna...

Perkara2 di atas amat menenangkan jiwa,tidak begitu? Pastinya manusia suka akan fitrah alam yang telah dicipta ar-Rahman.....sempurna,tiada cacat-celanya.....

Nah,begitu seharusnya iman kita tersentuh dan bertambah tidak? 1 rukun pemuda yang digariskan oleh Dr. Hassan Al-Banna~QALBUN ZAKIY....hati yang bersih, jauh dari dosa &
maksiat dan hal-hal yg menggelapkan hati. Andai hati kita benar2 sering tersentuh dgn kekuasaan & ciptaan al-Kholiq al-Aziz, pasti diri kita tersangat hampir pada al-Latif...sehinggakan setiap inci hidup kita lalui penuh dgn rasa ikhlas, mengharap dan sentiasa berkaitan dgnNya. Hingga diri ini mustahil melakukan sesuatu tanpa merujuk,memohon,berdoa & berniat kerna ar-Rahim.

Setiap kata2 dan amal menjadi satu kerisauan....andainya amal @ kata itu tiada nilai tiada dipandang ar-RAZZAQ. Lantaran itu,hati kita kan sering berzikir,beristighfar agar niat kita suci benar dan himah terjaga.

Akhirnya,terbinalah hati ini hati yang sangat2 melihat,merasa & menghayati bahwa al-Malik itu adalah teman,ayah,guru,raja,tuan,tuhan....ALLAH HABIBI!!!

Satu ujian untuk anda & saya:- dengar nasyid ini dan rasa en keasyikannya;

kalimatan...habibatan...illa ar-rahman...
khofifatan...'ala al-lisan...
tsaqilatan...fil mizan...

subahanallahi wa bihamdih...
subahanallahil azim....


translation:-

two phrases which are beloved of the Most Merciful

light on the tongue
yet heavy on the scales(of reward)

glory be to Allah and all praise to Him
glory be to Allah,the Mighty


Ayuh teman!!
Mari kita berlumba mengejar pintu itu...
Mari ayuh!! Kita jumpa al-Azim....
Gates of Heaven
(abstract) sila klik gambar

fitrah perjuangan

Di kala cuti ini pasti ramai jiwa yang sedar ingin merebut peluang. Pastilah, waktu cuti ni lah nak buat itu & ini,atas dasar keperluan dan waqi' mad'u. Bagi mereka2 ini,Allah sampaikan berita baik buat mereka dalam firmanNya:

"dan Allah melebihkan ganjaran orang-orang yang berjuang dengan orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar" (surah an-nisaa')

Namun,pasti banyak rintangan yang dihadapi oleh setiap da'ie. Terpulang,sampai ada yang futur @ membakar jiwanya. Oleh itu,ingin ana kongsi kata2 dari seorang qudama'

Sayyid Qutb

"Walaupun manhaj Ilahi ini hanya dapat dicapai melalui usaha manusia,dengan mengambil kira keupayaan diri dan realiti hidup manusia,namun begitu ini tidak bermakna manusia bebas sebebasnya dan erpisah daripada sebarang kuasa dan perancangan Allah. Ini juga tidak bermakna manusia tidak akan mendapat sokongan,bantuan dan tunjuk ajar Allah. Fahaman sebegini menyimpang sama sekali dengan dasar Islam yang sebenar.

Saya telah pun nyatakan bahawa Allah pasti akan membantu orang yang berjuang untuk menyampaikan hidayah:

"dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami"

"sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Kedua-dua nas al-qur'an ini dapat memahamkan kita hubungkait antara usaha yang dikeluarkan oleh manusia dengan bantuan dan sokongan yang dianugerahkan oleh Allah. Hanya melalui usaha mujahadah inilah mereka aka memperoleh limpahan kurnia,hidayah,kebaikan dan kejayaan.

Kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu di penghujungnya. Tanpa kehendak ini manusia tidak akan mengecpi apa-apa. Kehendak Allah ini hanya akan membantu manusia yang memahami caraNya, membantu manusia yang mengharapkan bantuanNya dan membantu manusia yang berjuang kerana mengharapkan keredhaanNya.

Dalam apa jua keadaan,takdir Allahlah yang menguasai manusia dan segala peristiwa yang berlaku ini. Segala cubaan yang berlaku ditentukan oleh Allah. Allah juga yang menentukan ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang berjaya menempuh cubaan ini."

Apa yang ana nak simpulkan ialah Allah hany akan membantu dakwah mereka yang:

1) memahami caraNya

2) mengharapkan bantuanNya

3)berjuang kerana mengharapkan keredhaanNya

Perjuangan kita sangat memerlukan bantuan yg Esa. Bahkan dalam aspek memelihara diri agar menjadi muslim dikala cuti ini pun sangat memerlukan bantuanNya,bahkan juga semua aspek2 lain. Namun tanpa iradah,mujahadah dan kesedaran dari diri, bantuan Allah takkan sampai. Tanpa manusia itu sendiri bergerak,berusaha menuju hadaf yg dia yakini dan imani. Sama2 kita renungkan.....

...bila diri mengejar Ilahi.....


-Alkisah satu kronologi-

[satu hari: tahun 2003]

'game controller' dihempas...
mata ligat melihat jarum jam...
"Ah,lambat lagi....nanti ah aku buat!"
....lalu,jiwa yang jahil itu meneruskan riaknya....

[tahun sama: lain hari]

kelibat seorang anak kelihatan mengejar bas....
...."fuh,nasib baik sempat...."
anak mata melihat jam digital bas
"aduh,nanti ah kat skolah...klu x sempat qadha' ah"....
lalu si anak terus duduk....dalam kelalaian....

[bulan 12: tahun sama]

cuti kali ini sungguh berbisa
si anak sudah terasa 'mati'
hati bermonolog...."mengapa solat? mengapa agama suruh solat??
hish......" biar terus kepala digaru,si anak terus merana...

[2004: awal bulan]

si anak telah berhijrah
alam sekolah menengah kata orang
namun,keadaan sekolah ini sungguh pelik
"err....aaaa...." si anak mampu menghuraikan
namun pelik ini adalah kedamaian.....
suasana skolah hira' yg asing baginya....

[2004: cuti sekolah]

kalaulah telinga mampu mendengar
jeritan hati.....kesian.....mati....
si anak mengeluh...."sampai bila nak begini?"
malaikat dah mula mencatit....tapi solatku???

[2004: ada jualan]

'Rahsia Kemanisan Beribadah Dalam Solat'
itu tajuk buku....cukup menambat hati si anak...
"RM9.....murah....." dengan azam baru,si anak membeli.....
teringat suara naqibnya kelmarin.....
'solat itu tiang agama'

[2008: anak jadi pemuda]

satu halaqoh hampir berakhir
pemuda (anak) berpesan sebagai ketua:
"cuti nanti ingat,Allah sentiasa melihat kita. Nak daulah
tertegak,kena jaga asas,lebih2 lagi solat. Solat itu tiang agama"

Konklusi??
1) Nak berubah kena ada iradah(kemahuan) yang tinggi. Surau jauh, adik
@abg@kakak x nak solat jemaah hanya alasan bagi yang tewas dengan nafsu.
2) Ukuran utama bagi seorang mukmin ialah solat. Berdasarkan solat,tahulah
kita akan peribadi orangnya. Khusyuk,berjemaah,semua penting.
3) Kata2 pendeta Yahudi: "orang Islam xkan menang selagi bilangan jemaah
solat Subuh x sama dengan bilangan solat Jumaat.

Hayati gambar ini:

Wallahualam










~Destinasi Cinta~

Destinasi Cinta....
apakah ia?
seakan biasa ku dengar.....
tapi tak ku erti....
adakah....cinta....
pada siapa....?
atau..apa...?
apakah awalnya....
manakah akhirnya....

Destinasi Cinta
satu keperluan....
mana2 jiwa....
jika cinta....
tanpa destinasi....
ibarat lorong....gelap....
cinta jika....ada destinasi....
tampak sinar....gah dan suci....

Destinasi Cinta....
wahai saudara....
keperluan hamba....
yang yakin padaNya....
cinta yang palsu....
kering dan bisu....
adakah anda....punya....
Destinasi Cinta?

************************

"....dan apabila didengarkan kepada mereka ayat2 kami, bertambahlah iman mereka...."

-cinta padaNya....bukan sebarang cinta-

luka qolbu

Ku terbangun....
seperti pagi-pagi lain....
namun pagi ini....
tak mampu ku tahan....
sakitnya jiwa....
dek qolbu....yg terhiris....
kekeringan darah....
menunggu masa....
kehilangan fungsi....

manakah hilang pegangan....
yg dicium tiap pagi....
tak terlihat atau terasa....
lesap....ghaib....
yg ku lihat....
hanyalah....satu lubang....
terlihat padanya....
tiada cahaya....dan hujung....

ku berhenti....dari melangkah....
menuju yg ku lihat....
kerna hati....tiba2....bersuara??

bukankah ku berjanji....hendak ikut....al-khattab??
"aku hanya takut aku berhenti berdoa,bukan tak makbul"
itu katanya.....

bukankah....ingin ku contohi....Abu Bakr??
baginda tiada....namun cintanya yg kuat....
membantunya....meneruskan perjalanan....
menyambung perjuangan....tanpa henti....

masakan aku terlambat....
lubang itu....belum ku masuki....
adakah punya harapan???

aku...aku...tak mahu....
TAK MAHU!!!!
ya.....Ilahi.......


+++++++++++++++++

....................... ................
terangnya....di mana aku??
apa....adakah....

Semakin jauh....ku darimu....
Semakin rapat....kau datang padaku....
Pernahkah Kau terlupa akanku?....
Tidak!! Aku yg terlupa.....
Tak apa!! Aku.....tak akan lupa.......

"Barangsiapa yang ketika futurnya berada di atas jalanku,maka baginya HIDAYAH"

Sudah gaharu cendana pula;
Sudah tahu tak buat juga!!


Rasanya itulah peribahasa yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan fenomena yang kini sedang melanda jiwa-jiwa yang sudah terkena tempias dan percikan tarbiyyah di Hira’ tercinta. Sudah lebih 3 minggu bercuti,baru nak tersentak,terkejut,ternganga,bahkan ada yang masih tidur?? Aduh,aduh.....sungguh sedih sekali…….

Peribahasa ini baru sahja dibuat setelah melihat jiwa-jiwa tersebut dalam beberapa minggu ini. Terpulang,masing-masing ada ragam sendiri. Terlihat adik-adik berjalan di sekitar bandar. Tanya mereka hendak ke mana? Usrah ke? Rupa-rupanya Cosmo. Takpelah,dah minta izin kot……Ada pula yang berjalan dengan rombongan,nak berziarah,baguslah, rasulullah suka……ada juga teman-teman yang sibuk keluar masuk rumah,macam mengejar sesuatu…..harap-harap benda bagus ye? Tidak kurang juga abang-abang yg juga merantau merapatkan ukhwah dan yang berhempas pulas melalui ujian SPM……rahmatullah alaikum…..

Begitulah sedikit-sebanyak yang boleh diceritakan tentang jiwa-jiwa tersebut. Masing-masing dengan ragam mereka,bergantung pada agenda sendiri. Hasilnya??
Ada yang menjadi:

Positif:

Sibuk merantau merapatkan ukhwah,alhamdulillah,itulah antara perkara yang Rasulullah suka……

Keluar masuk rumah mencari redhanya,Alhamdulilah,makin dicintai oleh-Nya……tapi jangan lupa hubungan dengan keluarga…..

Tak cukup tidur beribadah,teruskan dan ajak yang lain,moga hampir dengan Syurga-Nya hasil linangan air mata……

Err…Negatif??

Asyik-asyik bermasalah……dah amal fardhi tak jaga??

Tak habis-habis mengeluh…..kepada Allah dah mengadu ke??

Memangla duit habis…..ikhtilat tak jaga??

Memangla rasa bosan……dah tarbiyyah tak suka??

Jadi, semua ni salah siapa??

Naqibkah??

Ibu ayah kah??

Kawan-kawan kah??

Guru-guru kah??

Semua di atas mungkin betul…..tapi selalunya diri ni Allah cipta mampu fikir,apa sebenarnya yang baik dan buruk…..hatta Allah dah ceritakan kekuasanNya dan nikmat-nikmatNya dalam surah Ar-Rahman diselangi ayat “maka nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan?”
Namun hati selalu tertipu dek titik2 hitam yg x dibuang.......

Kita sebagai muslim tiada nilai di sisi Allah jika tiada rasa ingin mnegakkan syariat Allah di atas muka bumi amnhnya ini. Ingat,kita semua masih berdosa selagi khalifah tidak ditegakkan. Berapa banyakkah minit yang kita ada untuk berehat??

Firman Allah : "Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta.Tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada " (al-Hajj:46)

Jadi diri ni mesti dah tahu,biar berapa bulan sahaja berada di Hira’ dek tazkirahnya yang berulang-ulang : hanya tarbiyyah islam sahaja merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Terpulanglah pada diri bila nak mula bergerak. Kita semua dah tahu, tapi masih bertangguh,membiarkan diri menangis kelak.

Kata-kata khalifah Umar r.a:
“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”.

Ingatlah para ikhwah dan akhwat,diri muslim dan dai’e juga tidak terlepas dari kelalaian,bertanguhan dan kelekaan. Lazimilah diri ini dengan ibadah dan peringatan agar diri ini tidak hanyut,kerana ramai yang sudah hanyut. Adakah kta juga ingin hanyut??




~nostalgia kasih~

Bulan lepas
Tak ingat tarikh
Tengahari
SACC

".....ok....mula-mula,letak papan iklan ni kat setiap entrance, pastu angkat kotak-kotak kat tingkat 4,pastu....." begitulah aku membantu ibuku di Cambridge Centre,sedikit sebanyak mengurangkan kerja-kerja staff dan guru-guru. Tapi, kerja kuli la katakan.....siapa suka. Tapi ringan2 kan je la tulang belakang ni. Tak patah. Tiba-tiba,ummiku:

"Man,tunjuk kat uncle ni ATM kat mane" aku terpandang seorang pakcik,usianya baru masuk 40-an barangkali. Tongkat putih di tangan kanan dan kirinya membantu kesukarannya berjalan. Accident barangkali. "Mari pakcik,saya tunjukkan. This way. Lantas aku mambawanya ke mesin ATM di tingkat 1. Anak lelakinya ikut di belakang,umurnya belasan tahun. Aku cuba berbual dengan pakcik tersebut, namun dia lebih suka mendiamkan diri.

Yang menyentuh hatiku ialah interaksi anak dan ayahnya sepanjang perjalan pergi dan balik dari mesin ATM. Anak tersebut berjalan di hadapan ayahnya, meskipun dia pun tak tahu di mana mesin ATM. Aku yang tunjuk,tapi dia di depan. Si ayah dibiarkan berjalan di belakang, langsung tiada perbualan @ interaksi. Rasa macam aku ni la anak dia patutnya.

Terdetik di hatiku rasa sedih. Ayah pergi ATM keluar duit untuk bayaran,namun si anak berkelakuan seperti anak raja. Mungkin hari ini sahaja,tapi adakah si ayah terluka? Jalan ayah terhenjut-henjut,melambatkan perjalanan. Terasakah si ayah? Mungkin aku yang emosional, tapi ku rasa wajar kita renungi.

Kerana apa? Mungkin kita di rumah malas,buang masa,asyik menghadap tv,langsung tidak menghiraukan susah payah ibu dan bapa. Atau mungkin kita asyik keluar rumah sampai ibu dan bapa terasa. Terasa kita berjauhan walau duduk sebumbung. Tiada interaction. Adakah ibu bapa kita x serasi dengan kita? Atau, kita yang x peduli.

Pointku simple je,ada antara kita memang biasa duduk rumah je. Tapi dlm rumah macam takde ibu bapa. Ada antara kita memang selalu keluar, sibuk dengan agenda masing-masing. Tapi kita lupa akn ibu bapa. Walaupun perlu sangat keluar atas agenda yang besar,hubungan baik dengan ibu bapa adalah perlu demi keselamatan agenda. Jadi,manfaatkanlah masa semasa di rumah. Rapatkan jurang antara kita dengan ibu bapa. Makan sama2 barangkali,atau menonton tv. Lebih baik lagi membantu kerja2 mereka,sama ada kerja2 rumah @ lain2.

Walaupun ada yang bergelar da'ie bukan alasan untuk mengabaikan ibu bapa. Bukan terlalu mementingkan mereka,namun sekadar menjaga hati mereka agar mudah kerja2 dan urusan keluar rumah. Korbankan sedikit masa sahaja di rumah sudah cukup untuk menawan hati2 mereka. Cuma kita yang buat x tau. Sedikit sebanyak berkongsi pengalaman.....itupun setelah ku tinjau2 kehidupan kawanku....kadang2 berlaku,kita x sedar.....renungilah......sama2 renungi.....

"dan berbuatlah baik kepada kedua ibu bapamu......"

~salam ta'aruf~

'uhayyikum bitahiyyatil islam,tahiyyatan toyyibatan mubarakah.....assalamualaikum'
alhamdulillah....syukur ke hadrat ilahi kerna mengizinkan blog ini terhasil.....blog ini dicipta tidak lain hanya untuk berkongsi fikiran dan pendapat......bukan meniru @ mengikut dan mengharap agar pembaca bukan sahaja mendapat malah memberi.....akhir kata,sama-samalah kita saling mendoakan kebaikan antara kita dan renungilah kata-kata Imam Al-Ghazali:

“Ukhwah itu bukanlah banyak pertemuan,
Juga bukan manis lisan & ingatan di hati,
Tapi sejauh mana dia mengingati sahabtanya,
Di dalam doa-doanya”
Wallahualam.......