-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Musim-musim Pening. (Mumtaz untuk Ummah!)

Sedar tak sedar, saya sudah hampir 4 bulan di bumi Anbiyaa' ni.

Sampai 19hb Sept 2010. Lagi 2 hari, genap 4 bulan. Alangkah cepatnya masa berlalu!!
Daripada tak terfikir nak jejak kaki ke bumi Mesir, ha, nah!! Sudah sekian lama.
Kecik2 dulu, muntolaq (pencetus) utama nak ambil medic, sebab ummi.

Ummi : "Luqman time kecik dulu cakap kat ummi, Luqman nak jadi doktor"
Mak ngah : "Luqman ni jenis suka contribute, benda-benda humanity service ni sesuai untuk Luqman la kira"
Baba : "Doktor sekarang masyarakat pandang tinggi."

Akhirnya,hati juga tertambat nak ambil perubatan. Alhamdulilah. Biar sesuatu itu jelas, bukan sebab orang lain paksa @ suruh. I/Allah, aku jadi doktor. Doktor badan dan doktor hati.

Kini dah masuk pun musim mid-year exam bagi kebanyakan kursus di Universiti Al-Azhar, termasuklah kuliah perubatan. 2 paper dah habis, ada lagi 2 paper nak dikerjakan.
Alhamdulillah juga, soalan-soalan dapat saya jawab dengan baik, kira sayalah. Moga-moga Allah kurniakan keputusan yang baik.


Tapi saya amat pening-pening musim genting ni. Tengah pening macam mana nak selesaikan.
Bukan takut soalan susah.
Bukan risau teruk markah.
Juga bukan jalan-jalan Mesir yang basah dek hujan. Pasir + air hujan = lopak.
Aduh....aduh....(eh, tu tension gak yang last tu)

Saya dah menduga, dari pengalaman di Syria dulu. Nak tahu dah masuk kemuncak musim sejuk, ada 3 tanda:
1) sejuk sangat sampai malas belajar
2) diserang penyakit "hibernate!"
3) rasa lapar berpanjangan a.k.a 'prolonged hunger'

Penyakit ni tak kena waktu awal musim. Tunggu climax.
Daripada 3 di atas, hanya penyakit 'hibernate' badan saya ni dah immune. Lagi 2,......
Maka melambunglah segalanya; rasa malas melambung, berat badan melambung, bil makan pun melambung!
Ish2....duniawi semua tu....

Apa pun, mohon doa dari kalian, keluarga, rakan dan taulan, ikhwah sekalian. Doakan saya.
Utamanya nak tahan sejuk. Bila dah sejuk ni, macam-macam sebab malas nak belajar.


"لا تيئس، فليس اليئس من أخلاق المسلمين"
-jangan berputus asa, bukan berputus asa itu dari akhlak muslimin- (Hassan Al-Banna)

"اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهل"
-ya Allah, tiada kesenangan kecuali yang kau jadikan ia mudah-

"اللهم اجعلنا من الناجحين، والفائزين، والممتازين في الإمتحان، وفي الدين والدنيا والأخرة"
-Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang berjaya, yang meraih kemenangan, yang cemerlang di dalam peperiksaan, agama, perihal dunia dan soal akhirat-

"Mumtaz untuk Ummah"
!ممتاز للأمة




Azhar, Oh Al-Azhar!!

Saya amat tak suka orang yang berkata-kata dlam keadaan tak bersedia.
Sebab itu, saya akan menolak bila diminta berkata-kata jika saya tak bersedia.
Ingat, terlajuk perahu boleh ditarik, terlajak kata? (jawab lah sendiri)

Baru-baru ni saya mendengar kata-kata dari seseorang.
“Kita kan, graduan Azhar. Kita kena bersedia dengan persepsi masyarakat di Malaysia. Kalau dengar nama Azhar je, tak kisah la kuliah perubatan pun, mesti orang ingat macam ustaz. Jadi kita wajib belajar ilmu agama”.

Baiklah. Mungkin tersalah kata kot. Jahat sangat kalau saya terlalu ‘judgemental’.
Kata-kata ni ada betul, tapi saya tak suka pendorongnya, atau ayat pendorong.


Al-Azhar. Sejarahnya bolehlah kalian cari sendiri, atau saya post lain kali. Sejarahnya sangat agung, namanya masyuhur seluruh alam. Memanglah, bernaung di bawah namanya sebagai seorang pelajar institusi ini amatlah gah rasa.
Akhirnya,Al-Azhar menjadi sebuah alasan,atau pendorong yang kurang jelas.
Belajar, dalami, fahami dan kuasai agama ialah fardhu ke atas setiap seorang. Bukan sebab dia graduan al-azhar. Hakikat dan perasaan cinta agama seharusnya dah ada dalam pekung dada setiap kita, korang dan mereka.
Jadi, tolong jangan jadikan Al-Azhar alasan. Jadikan syurga, redha Rabb, atau keperluan ummah, itu bagus!

************************************************************

Saya pernah ditanya; “Islam tu apa? Apa definasi @ erti Islam yang korang faham”? (dalam sebuah program)

“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”. (Al-Qalam: 4)

Saya x volunteer untuk menjawab. Tapi dalam hati, saya rasa Islam = Akhlak.
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan Akhlak”. -hadith-
Boleh saya jawab pakai hadis 40, “Islam, Iman dan Ihsan”.
Islam itu syahadah, mendirikan solat, tunai zakat, puasa, dan menunaikan haji jika mampu.
Tapi,bukan itu yang rukun Islam nak tekankan. Tapi penghayatan dan hasil dalam beragama.
5 perkara ini punyai nilai yang amat signifikan dalam Islam. Cukup dengan 120% dalam beramal dan penghayatan 5 amal ni, i/Allah, lengkap Akhlak kita! Manifestasinya ialah akhlak.
Tapi,kita ni manusia. Boleh capai tahap sahabat,tapi ramaikah kita begitu? Jadi, jangan rasa cukup denagn 5 rukun Islam sahaja. Bahkan memang tak cukup!!

So,ikutlah. Tapi, saya memahami bahawa Islam ialah Akhlak. Cacat akhlak saya, cacatlah aspek Iman dan Islam saya. Maka, jika anda rasa saya cacat di situ, tegur2lah saya!

أكمل الموءمنين إيمانا أحسنهم خلقا

"Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang lebih sempurna akhlaknya"


A few things saya amat tertarik dengan masyarakat Arab, yang tak pernah/jarang saya lihat di tanah air. Orang kata, “practicality gives progress”. Kalau nampak ‘live example’, apa salahnya ikot?

1. Perkara ni saya mula jumpa kat Syria. Tak sangka jumpa balik di Mesir. Pagi2, lepas azan Subuh, akan ada sorang pakcik, kerja dia pergi jumpa semua ahli jemaah sebelum iqamah, bagi setiap sorang sebiji gula-gula. Mula-mula nampak macam pelik, tapi dia kata “sedekah, hadiah”. Saya amat tertarik. Begitu mudah kan nak buat baik?

2. Bagi hadiah. Munkin yang ni saya seorang je yang rasa. Tapi,sebab dah kena pada saya, kena la kongsi. Alhamdulillah, saya dapat jiran yang extra-baik. Minggu pertama sampai, dia ajak masuk rumah. Dapat air oren + manisan2.
Itu intro dia. Lepas tu,berderet2 la. Buburs asyura’, ruz bil laban (macam pudding), buah-buahan, sayur,etc. Pelik2 pun ada. Saya dan ahli rumah rasa segan, tapi tak tau nak balas dengan apa. (mana depa makan makanan Melayu). Fikir punye fikir, beli apam balik salut coklat + pisang, ha, bagi la kat dia. Nasib baik dia suka.

3. Panggilan-panggilan + doa2. Jumpa je, “izayyak? ‘Amil eh? Akhbarok eh?” (apa kabar? Buat apa? Apa cerita?) Bila nak pisah; “rabbuna ma’ak” “tahta ‘umrik” “barakallahu fik”. Doa berjela-jela. Sembang nye kadang2 sikit je.
Panggilan ni,payah nak cerita. Bahasa pusing2. Tapi if anda cakap kat sape2; “ya habibi!”. I/allah la dapat harga murah ke, dia ringan mulut nak bagi panduan ke, dia jawab soalan kita baik2 ke. (Jangan panggil habibi kat perempuan dah la,jika ana lelaki. Also vice-cersa. Itu cari pasal namanya. Btw, habibi = sayangku)

Just a few sharings. Siapa kata orang Mesir kasar + x beradab??

Oh ye. X reti amalkan addmaths, kira lemah (bo_oh) la dalam subjek addmaths. So, kalau x reti nak amalkan Islam?
(maaf, agak kasar di situ)

Hassan Al-Banna:

"Singkirkanlah Inggeris dari hatimu, nescaya mereka akan keluar dari negerimu"

*singkir jahiliyah, singkir hedonisme

Doa,Akrab, dan Cinta

Di Mesir ni,ramai yang nak kenalkan students pada "agama". X kiralah medic @ syariah, walaupun selalu student Medic lah yang akan diletakkan pada kategori "kurang ilmu agama". Tapi,kadang-kadang, usaha baik ni jadi melampau, @ x sampai pada hadaf. Apa-apalah.

Intro awal saya ni sekadar nak cetus pada pembaca-pembaca Mesir,(kalau ada)pada apa, kenapa, dan mengapa mengenali "agama".

Juga nak minta maaf pada yang asek2 bukak blog ni, owh x update lagi.
Bukan terlalu busy, tapi saya lebih attached to kehidupan luar laptop + kurang masa nak terjemah "isi kepala" ke dalam laptop. "ala kulli hal, mereka2 yang tetap buka blog saya, syukran atas kesudian. Moga-moga saya dan anda dapat pahala juga keikhlasan niat berkongsi sama-sama.

Post saya kali ini ingin menguji anda tentang "CINTA".

Dahuluan, saya nak kongsi dua kisah:

1. Dulu saya sangat malas solat. Tak percaya sila tanya mak saya. (boleh mintak saya no tepon mak~) Saya solat macam roket, @ train terlaju kat Cina tu. Solat kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kecik-kecik dulu saya tertanya-tanya, kenapa la aku solat? Memang malas. (bukan mak bapak x ajar eh,degil...biase la)

Area rumah saya ada surau, suatu masa dulu sangat aktif dengan program tabligh waktu saya kecik. Abang pakcik uncle adik tabligh ni seperti biase, sangat aktif ke rumah-rumah, mengajak ahli qaryah ke surau. Rumah saya, tidak boleh tidak, juga salah satu rumah 'target'. Dan saya lah juga yang sering bukak pintu rumah, melayan uncle2 ni.

Satu hari, rumah saya ditekan loceng oleh uncle2 ni. Macam biase, saya frust + bengang, tapi buka jugek pintu rumah + dengar short reminder.

Tapi,lepas tu saya terfikir.....
Apa pencetus uncle2 ni nak sangat2 ajak orang ke surau? Walaupun mereka tau:
-orang2 qaryah ramai x suka cara diorang
-mereka x dapat ganjaran (makan2, duit, hadiah)
-akhirnya yang ke masjid amatlah sikit. usaha banyak, hasil sikit

saya tertanya: apakah yang lebih besar yang mereka cari?

2. Saya pernah terdengar kisah tentang sebuah keluarga solehah. saya tak pasti sumbernya, tapi kisah ini menjadi minat saya sewaktu muda-muda dulu

Al-kisah: tersebut sepasang suami isteri dan seorang anak. Lazimnya, sebelum makan bersama, mereka akan kumpul di meja makan dalam keadaan makanan tidak dihidangkan. Makanan awalnya disorokkan. Di meja makan, mereka akan sama-sama berdoa dengan si anak sambil memejamkan mata dan memohon makan dari Allah. Si suami isteri akan meletakkan makanan atas meja sewaktu si anak sedang khusyuk berdoa dengan mata terpejam. Latihan ini dibuat demi melatih anak dengan 'thiqoh billah' (percaya kpd Allah).



Suatu ketika, si suami isteri ni balik rumah lewat. Kelaparan menunggu, si anak buatlah macam biasa. Duduk di meja makan, mata terpejam rapat,berdoa kepada Allah memohon makanan.
Pulangnya suami isteri tu, terkejut tengok anak sedang makan makanan atas meja. Si ayah bertanya: "mana kau dapat makanan ni?"
Jawab anak: "??. Macam biasa lah wahai ayah. Berdoa".

*********

Pernah suatu ketika sewaktu di sekolah, saya berdoa. Di sekolah, hari Jumaat ialah hari pakai set baju melayu + sampin. Denda "dahsyat" akan dikenakan oleh group2 Pengawas bagi yang gagal lengkapkan pakaian. Kebetulan, Khamis malam, saya perasan saya kekurangan baju, seluar, dan sampin! Satu set! (kena curi....)

Khamis malam saya berdoa.
Esok pagi, lepas je Subuh berjemaah di musolla, usaha pencarian @ pinjaman bermula! Alhamdulillah,20 min sebelum perhimpunan, saya dapat baju, seluar dan sampin. Pinjam dari kawan/junior/senior/ yang ada lebih.
Pernah juga saya hilang diari. Lepas 6 bulan,baru doa Allah kabulkan. Jumpa semula diari.
***********

Semua tulisan saya di atas adalah berkenaan "CINTA". bagaimana?

1. thiqoh billah. Yakin dan percaya pada Allah. Saya biasa dengar, Allah terima semua doa kita. Cuma cara dia jawab berbeza. Dia akan bagi, sesuai dengan kita. Kalau bagus, dia bagi terus, atau lambat sikit. Kalau dia x bagi, bermakna x bagus untuk kita, atau kita x layak. 'Ala kulli hal,percaya pada Allah.



2. Keakraban dengan Allah.
Pernah x rasa Allah tu kawan? Allah tu dekat dia macam "bestfriend", @ kawan kita buat lepas chatting2 lewat malam~
Mintalah pada Allah,walau sekadar hilang sebatang pen, @ "ya Allah, mana Rubu' aku ni, nak pi gama'ah ni!". Walaupun sekadar nak sebiji apple, pintalah pada Allah. Itu adab sebagai hamba,juga tanda dia bestfriend utama kita.

3. Cinta Allah ialah utama. Uncle2 tabligh yang saya cerita tu, dah x nampak benda lain. X kisah la orang kata xde hasil ke, x suka ke, tapi redha Allah telah butakan mereka dari dunia. Memang la bagi saya pun, saya kurang rasa idea & cara uncle2 ni bagus, tapi kita ambil dari sudut KEMAHUAN mereka terhadap CINTA Allah.

4. Menerima segala kebaikan orang. Waktu saya di sekolah menengah,ada seorang kawan terkenal denga perangai macam budak2nya. Si kawan tu baik sangat2, tapi sebab macam budak2, ramai yang boikot.
Saya harian, sebab satu point je kita tolak die bulat2? Bab2 baik dia yang lain tu?
Maka kita jangan buta melihat orang. Tengok kain putih, jangan cari titik2 hitam dulu. Amati area2 putih!!


Sekadar perkongsian saya.
Renung2kan. Bagaimana akrab anda dengan Allah? Adakah Allah kawan karib anda? Atau FacebooK?

*di masjid sebelah rumah saya kat Mesir ni, ada group tabligh. Rajin2 juga ketuk pintu masuk rumah bagi tazkiroh, + ajak baca Riyadul Solihin. Maka teringat la kisah2 dulu~
*

Soalan demi soalan



Lumrah datang ke Mesir, atau saya kira ke mana-mana negara sahaja jua atas tujuan pembelajaran. Pasti akan kena soalan demi soalan. Dari kawan, senior, keluarga, dan... masyarakat tempatan!

Keluarga:

Adik: “Makan ok?”
Baba: “Duit cukup?”
Ummi: “Buku dah beli?”
Along: “Belajar macam mana?”
Kak ngah: “Bila cuti?”

Senior:

“Asal mana?”
“Tajaan apa?”
“Dulu sekolah mana?”
“Kenapa datang ke Mesir?”
“Kenapa nak ambil medic?”
“Apa harapan datang ke Mesir?”


...dan macam2....dah macam orientasi sekolah....

Haa...masyarakat??

“Kenapa tak belajar medic di Malaysia?”
“Anta andunisi? (Indon) Thailand? Sin (cina) Niger? (Nigeria)” [x pernah nak teka Malaysia....cis]
“Kenapa nak belajar bahasa Arab? Bahasa ni bahasa yang paling susah di dunia!”
“Mahathir Mohammad?”
“Anta Muslim? Malaysia negara Islam?”
“Kamu dari Kelantan? Kelantan quwais~”
(Quwais=bagus)
...dan macam2.....

Tapi,sudahkah anda menjawab sesetengah persoalan penting dalam diri anda?



Khususnya buat teman2 seperjuangan di Mesir, juga di negara lain, umumnya buat rakan-rakan seperjuangan yang masih di IPT yang mungkin persoalan2 ini berkait. Sudahkah terjawab?

-apa target utama datang ke Mesir?
-sungguh mahu jadi seorang doktor? Doktor seperti apa yang kalian ingin jadi?
-minat ke bahasa Arab? Mahu kuasai atau tidak?
-adakah anda memiliki target akademik sahaja, atau sudah ada misi-misi tambahan?
-sudahkah mempunyai rancangan untuk memanfaatkan Mesir sepenuhnya?
-mahu manfaatkan masjid-masjid dan suasana yang sukar diperoleh di Malaysia atau tidak?
-sudah masukkan semua jawapan bagi persoalan2 ni dalam niat ke belum?
dll.....

Sungguh,ada banyak soalan demi soalan. Tapi, persoalan diri sudah terjawab atau belum?

Pastikan anda manfaatkan sepenuhnya keberadaan di Mesir! (atau di IPT @ negara yang anda berada)

Wallahualam
p/s: teman2 mesir, dah pandai pergi pasar ke belum? ~ 8D X)

Salam dari Mesir



Alhamdulillah, sudah 43 hari saya berada di Mesir. Alhamdulillah, tercapai juga impian saya ingin belajar perubatan di Bumi Anbiyaa’. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya peluang untuk sekali lagi hidup dalam suasana budaya masyarakat Arab yang penuh dengan mulahazot2 (iktibar2) yang boleh diambil dari kehidupan mereka. Alahmdulillah, Allah dekatkan saya hanya jarak beberapa ratus kilometer sahaja dari bumi Palestin. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.......

"الله اجعلنی لك شاكرا"

Sememangnya banyak ibrah yang saya boleh ambil dari mereka masyarakat Arab di sini. Biasanya sesiapa yang akan ke Mesir pasti akan diberitahu:

“kat mesir ni, Firaun pun ada, Nabi pun ada. Ha,pilihlah mana yang kamu nak ikut”

Begitu jugak bunyi atuk saudara saya nasihat. Tapi ada benarnya. Masyarakat Arab ni, dapat yang baik, memang teramatlah baik. Seperti jiran saya pakcik ‘Aatif, sudah 2 kali saya masuk rumah beliau. Dapat halawiyat & jus oren segar dingin lagi tu. Tapi, kalau yang buruk perangai, memang kena sabar. Tapi, yang jelas, orang berbudi, kita berbahasa.

Antara beberapa perkara yang saya dapati amat menarik tentang Mesir:

1) Hasil sembang2 dengan pakcik driver teksi, julat rakyat di Cairo sahaja berjumlah sekitar 28 juta orang. 28 juta!! Bayangkan, satu Malaysia kita hanya berjumlah 27 juta, sedangkan bandar Kaherah, hanyalah sebuah bandar.

2) Jumlah penduduk seluruh Mesir kini berjumlah sekitar 95 juta orang. Kadar penambahan setiap tahun pula sekitar 10 juta orang. (ini saya dapat dari pemandu teksi. Wallahualam benar atau tidak)

3) Boleh bayangkan, kadar penambahan pelajar university setiap tahun dengan penambahan bilangan bas yang lalu ke university setiap tahun. Ditambah pula dengan ramai bilangan penduduk yang memiliki kereta. Jalan raya amatlah sesak.

4) Sesetengah rumah memiliki saluran paip gas memasak, seperti rumah saya. So, tak perlulah susah2 saya dan ahli rumah angkat tong gas. Alhamdulillah lagi….~ (kesian kawan2 yang rumahnye xde….heheh…)

5) Disebabkan terlalu banyak penduduk, banyak juga peluang pekerjaan yang sesama masyarakat Mesir sendiri wujudkan. Sebagai contoh, imarah (bangunan) yang saya tinggal ada tukang kebun, tukang sapu laluan, tukang kutip sampah dari setiap rumah selang 2 hari, dan tukang cuci kereta. Yang tinggal cuma saya tiada bibi’ orang gaji. (hehe). Itu semua hanya dengan bayaran 20 genih setiap bulan. (lbh krg RM12). Rumah kami tetap kena bayar sebab semua rumah dalam bangunan bayar. Nampak bagaimana peluang pekerjaan dibuka? Bagi penduduk mesir yang perlukan kerja tapi kurang berpendidikan.

Dan banyak lagi yang insyaAllah saya kongsikan akan datang, atau anda sendiri datang ke Mesir?

Saya masih lagi dalam fatroh menyesuaikan diri. Musim sejuk makin mendingin dengan suhu pagi tadi 22C. (Jordan lagi sejuk). Juga dengan bacaan2 buku2 medik + bacaan tambahan, dll, saya harus lebih bijak menyusun masa. Pohon didoakan.

Maaf sudah lama tidak update. Saya bercuti sementara. I/allah akan terus menulis. Wallahualam.

"A journey ends when you say 'I Quit'"

Lelaki Dari Mesir...



Seorang penduduk dari Mesir bertanya kepada Ibn Umar r.a. tentang khalifah Usman bin Affan r.a.
Penduduk Mesir pada waktu itu kebanyakannya sangat membenci khalifah dan merancang unutk memberontak terhadap kerajaan pimpinan Khalifah Usman.
Lelaki Mesir itu berkata,
" Benarkah Usman melarikan diri ketika perang Uhud? "
Ibn Umar menjawab,
" Ya "
Dia bertanya,
" Benarkah ia juga tidak hadir ketika perang Badar?"
Ibn Umar menjawab,
"Ya"
Dia bertanya lagi,
" Benarkah Usman juga tidak hadir pada peristiwa Bai'atul-Ridwan? "
Sekali lagi Ibn Umar menjawab,
" Ya "
Lelaki Mesir itu segera bangkit sambil berseru, " Allahuakbar "
Dia menyangka bahawa persepsi buruk dan kebenciannya kepada Saidina Usman selama ini berasas dan yakin bahawa Khalifah Usman adalah seorang yang sangat buruk dari berita yang disahihkan oleh Ibn Umar itu.
Menyedari kesalahfahaman ini, Ibnu Umar segera berkata,


" Ke sinilah kamu agar aku jelaskan (perkara sebenar). Adapun larinya Usman pada perang Uhud, maka aku bersaksi bahawa Allah telah memaafkannya sebagaimana firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 155.
Adapun ketidakhadirannya dalam perang Badar itu kerana isterinya, Ruqayya bt Rasulullah s.a.w. sedang sakit. Rasulullah s.a.w. memerintahkan Usman merawat isterinya dan bersabda yang bermaksud,
" Kamu akan mendapat pahala dan ghanimah perang seperti orang menghadiri Badar."
Adapun Ketidakhadirannya pada Bai'atul-Ridwan itu kerana Rasulullah telah mengutusnya ke Makkah. Andai ada orang lain yang lebih terhormat di kota Makkah daripada Usman, nescaya Baginda akan mengutus orang itu. Baiah (sumpah setia) itu berlaku setelah kepergian Usman. Rasulullah bersabda,
" Ini tangan Usman," lalu Baginda menepuk tangan Usman ke tangannya sebagai tanda baiah Usman."
Persepsi mengenai Khalifah Usman bin Affan kemudiannya berputar 180 darjah apabila kisah mengenai beliau dijelaskan dengan sempurna, bukan terpecah-pecah. Bahkan ternyata beliau tokoh yang sangat mulia di sisi Rasulullah s.a.w. tidak seperti sangkaan lelaki itu sebentar tadi. Ibn Umar lalu berkata.
"Sekarang, pergilah kamu sambil membawa maklumat ini,"


Akibat melihat sesuatu masalah menerusi satu sudut yang tidak sempurna, akhirnya kesimpulan yang dibuat pun tidak sempurna. Tergesa-gesa menyimpulkan akan melahirkan kesimpulan yang tergesa-gesa jua.
Sahih al-Bukhari (no. 3698)
[dipetik dari majalh SOLUSI]


Oleh itu, sahabat-sahabat, jangan terlalu cepat bersangka buruk kepada seseorang tanpa mengetahui perkara yang sebenar dan jelas. Kerana itu Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik dengan sesiapa sahaja supaya tidak timbul salah faham antara manusia itu sendiri.

Monolog Al-Khattab Gen Y


Keluhan si daie


Wahai tuhan kami,
Seringku bermonolog mengenai dosaku,
Diri ini telah lama bergelumang dengan dosa-dosa,
Bantulah diriku untuk berubah,
Berubah ke arah mengamalkan agamaMu…

Ya Allah,
Aku takut pada azabMu,
Aku takut sekiranya hatiku tak layak menerima hidayahMu,
Aku takut untuk terus berada dalam kekotoran maksiat dan dosa,
Aku takut ya Allah…
Tuhan yang Maha menerima taubat,
Terimalah taubatku,
Aku tak rela dan benci untuk membiarkan agama ini dikotori oleh dosa-dosaku,
Bantulah daku yang hina ini….
Jadikanlah ibadahku asbab untuk kau terima taubatku,
Jadikanlah kebaikan yang daku lakukan sebagai ibadah dan pemberat mizan di akhirat kelak…
Hari ini aku tanamkan sedalam-dalam azam untukku berubah,
Tapi diriku mendambakan rahmatMu untuk terus istiqamah di atas jalan ini,

Ku perlukan rahmatMu untuk terus berubah,
Ku perlukan rahmatMu sebagai sumber kekuatan buat diriku yang lemah…
Wahai tuhan yang Maha Menciptakan,
Tidak kau ciptakan alam ini sia-sia,
Sungguh alam ini sering mendoakan penghuni-penghuninya,
Alam ini sering memberikanku pengajaran untuk berada di dalam rahmatMu,

Ya Allah,
Selama ini aku menolak rahmatMu,
Tapi kini daku sangat mendambakan hidayahMu,
Aku ingin menjadi kekasihMu,
Aku ingin memasuki syurgaMu,
Aku ingin kasih rahmatMu…
Wahai tuhan yang Maha Menghinakan,
Jauhkan daku dari api nerakaMu,
Pelihara daku dari siksaan azabMu..
Wahai tuhan yang Maha Penyayang,
Semua ujianMu kepadaku satu tarbiyah,
Sungguh ia mendidik diriku,
Pandulah ya Allah kepada cahaya hidayahMu,
Keluar dari kegelapan maksiat ini,
Bersih dari kekotoran dosa-dosa,
Bebas dari karat-karat jahiliah..
Wahai tuhanku,
Terimahlah keluhan pasrahku,
Wahai tuhan Sekalian Alam…






Wahai hati-hati yang sering bergelumang dosa-dosa, bangunlah untuk solat malam bermunajat kepada yang Maha Membolak-balikkan hati-hati. Ingatlah! Tuhan itu Maha Menerima Taubat tapi janganlah kita ulangi dosa-dosa yang telah lalu. Menangislah tika berkhalwat denganNya kerana hanya dengan keizinanNya kita bisa berubah. Sungguh Allah itu sangat pedih azabnya, jadi segeralah bertaubat sebelum kita menghembuskan nafas kita yangterakhir.

Mafhum hadith: “barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat(qiamat/mati), Allah akan mengampunkan dosanya”
(Riwayat muslim)

*hasil nukilan 'Al-Khattab Gen Y'. Al-Khattab di sini bukan saya maksudkan Umar Al-Khattab sahabi itu. Tapi seorang ikhwah yang amat saya sayangi. Nukilan ini antara mengapa saya sangat mencintai beliau. Moga dialah Al-Khattab era ini insya-Allah. Jazakallah akhi.

Kita & Masyarakat



Sebelum ini saya ada merasakan bahawa saya bersedia untuk memahamkan masyarakat yang bukan Islam akan kebenaran dan keindahan Islam. Saya meyakini demikian kerana saya rasa saya yakin dan telah melihat serta merasai keindahan Islam agama kita. Tapi,bulan ini menyaksikan bahawa keyakinan saya salah.

1) Awal bulan ini saya mengikuti mak ke Johor Bharu atas urusan bisness. Entah macam mana peranan saya daripada ‘driver’ & ‘assistant’ jatuh kepada ‘jaga & mengemas rumah sewa’. Pada pagi saya menjaga rumah, seorang ‘uncle plumber’ berbangsa Cina datang membaiki litar lampu & saluran paip yang rosak. Selepas khidmat beliau,kami bersembang sambil minum teh.

“Hidup ni aa,kalau dapat jiran buruk susah oo. Kadang-kadang aa, kalau itu jiran Indonesia aa, pagi-pagi sudah keletung-keletang di dapur, tatau masak apa. Manya susah mau tido”

“Kadang-kadang juga aa, itu pagi-pagi ada itu,azan ka? Haiyya, pagi-pagi sudah bising oo, kadang-kadang itu suara aa macam sakit tekak oo. Macam mana mau tido? Haiyya....”

“Tapi aa, itu azan kasi orang bangun awal,ok juga....”


(bahagian akhir tu saya rasa dia cuma nak jaga hati saya,dek riak muka yang tiba2 berubah. Baru perasan saya Muslim barangkali)


2) Just relocated to a post at ummi’s Cambridge Centre in sek 7 Shah Alam. Seorang staff mak, wanita berbangsa India adalah antara staff yang suka bersembang dengan saya. Tapi, tak sangka pula saya terdiam dengan ‘statement’ @ ‘question’ dia yang begini:

“Back in the early 80’s ah, a lot of my Malay friends didn’t wear tudung aa. In fact, most Malay womens aa at that time didn’t wear tudung. But I see now everywhere got Muslim women wearing tudung, all sorts of style and fashion of tudung. It’s like a trend is it? Following the Arabs style. It is like that right?”

“At home the womens sometimes wear tudung too is it? Compulsory aa? But its good laa wearing tudung, looks polite and everything”

(bahagian akhir tu saya rasa dia ikhlas. Entah. Sekadar tafsiran external)


Tapi,bila berhadapan dengan dua pertanyaan ikhlas di atas, saya cuba menjawab, tapi tak berjaya sepenuhnya. Saya juga keliru antara menjawab penuh berserta hujah soalan ikhlas mereka ini @ biarkan sahaja 'qudwah masyarakat' membantu mereka @ biar mereka terus menyiasat agar menemui jawapan sendiri.

Atau, saya yang tidak mampu memberi mereka jawapan yang selayaknya?
Entah. Tapi, saya terasa lemah. Banyak lagi yang saya harus ‘buka mata’ untuk melihat.
Aduhai.....

*melalui 2 pengalaman di atas,saya tertarik dengan post Ust Halim. Bagaimana perihatinnya saudara berbangsa & beragama lain dari kita ini, tak hairanlah segolongan agamawan ingin dakwah non-muslim daripada Melayu Muslim sendiri. "Orang kita" dah banyak rosak.

Mulialah dengan Islam!!




Bumi Syam,...sungguh akan ku rindui bumi itu....

Alhamdulillah,setelah 2 bulan ½ merantau di bumi Syria,saya kembali ke tanah air. Saya harus merancang pula anekdot kehidupan seterusnya, melangkah ke universiti, @ apa-apa perancangan yang releven demi masa depan.

Banyak perkara yang saya dapati menarik semasa di Syria. Bergaul dengan bangsa Arab adalah peluang yang amat saya nanti-nantikan, dan ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga. Bukan mudah hendak bergaul dengan bangsa ini, yang baik memang baik, tapi bangsa Arab tetap bangsa Arab. Pengalaman saya bergaul dengan bangsa-bangsa lain juga tidak akan saya lupakan, seperti bangsa Turki, Uzbeki, Rusia, Serbia, Slovakia, Somalia, tak lupa juga yang dari Britain dan Amerika.



Saya tertanya-tanya apa yang sangat istimewa tentang bangsa Arab. Sebelum saya ke Syria, saya sempat menonton siri dokumentasi “The Arrival” yang saya ambil dari kawan saya semasa di sekolah. Dokumentasi ini agak popular di YouTube.



“Arabs is the most malign group on the history of Hollywood. They’re portrayed basically as sub-humans, the term used by Nazi to vilify gypsies and Jews. These images have been living with us for over a century.”
–Dr. Jack Shaheen, author of the book, GUILTY: Hollywood's Verdict on Arabs after 9/11- (http://www.wolfmanproductions.com/shaheen.html)
* The Arrival, ep 15

“What Hollywood is showing is a series of dangerous pattern, images of hateful Arabs, and we’ve all grown up with these images”.

“So when innocent Arabs are killed, bombed, wounded, when they are tortured in places like Guantanamo, is it really any surprise that we don’t feel any compassion?”

“When we think of Arab women, what images come to mind? Do we see women who laughs and play and adore their children? Women who works inside homes and outside? What’s our media’s image of Arab men? Do we see loving fathers, men who want to provide for their families? What about Arab teenagers. Do you see them the way you would think about teenagers in other parts of the world? “


Saya dapati ini semua amat benar. Mereka sama sahaja dengan kita. Saya lihat para ibu seronok membeli-belah dengan anak-anak. Para ayah lepak minum di kedai kopi. Para remaja dengan hal duniawi mereka,juga sebahagian kecil yang giat di masjid-masjid. Sama sahaja. Kita biasa dengar Arab kaki tipu, kasar, pengotor...saya terfikir...jauh beza sangatkah kita.

Ada seorang kawan saya di Syria mengeluarkan ‘statement’: “Tengok orang Arab. Adakah negara peneraju teknologi? Perindustrian? Akademik? Pelancongan? Pertanian? Satu pun takde. Apa lah yang ada sangat dengan bangsa Arab ni, tak mulia pon”.

Mula-mula,saya terfikir begitu. Tapi saya teringat kata-kata Umar ibn Khatab: “Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam”

Jadi, bangsa Arab sebenarnya mulia dengan Islam. Kita lihat kini,tanpa Islam, Arab hilang mulianya.

Bukan Arab sahaja, tetapi kita semua. Kita bangsa Melayu. Dulu dengan sultan-sultan dan ulama’-ulama’, habis semua hilang selepas ‘kemerdekaan’.






Saya beberapa kali melihat karikatur ini, tetapi gagal menangkap maksud tersiratnya. Semasa di Syria, saya sempat mengikuti program ToT Jordan anjuran Aman Palestin bersama pelajar-pelajar Jordan. Seorang pelajar bertanya kepada panel, Dr. Zainurrashid: “dalam spekulasi ramai juga internet, US seterusnya akan serang Syria, Korea, Iran, tapi kenapa tak serang Jordan padahal Jordan paling dekat dengan Palestin, sebelah je?”

Jawab Dr: “Kerajaan Jordan berhutang dengan US sebanyak USD125,000,000 setiap tahun. Jordan sudah pun terikat dengan US”

“Tidak pula kerajaan Syria. Presiden Syria, Basyar Al-Assad pernah mengeluarkan ‘statement’ mengatakan Syria tidak akan teragak-agak untuk berperang dengan Amerika Syarikat jika isu Palestin tiada perkembangan”



Saya cuba rajin-rajin buka internet selepas itu,tapi gagal menemui artikel surat khabar berkenaan statement Assad seperti tersebut, tapi banyak juga statement-statement tegas, berani & ‘straightforward’. Walaupun masalah politik + Syiah berkenaan Assad, saya menjadi bertambah hormat padanya.

Israel not interested in peace - Syria's Assad
Syrian president Al-Assad: Hamas are not terrorists
Assad calls for renewed Turkish mediation in Israel talks

Akhir kalam, banyak lagi sebenarnya kita harus kaji. Sedarlah kita kemuliaan adalah pada Islam. Saya pernah juga dilayan dengan sombong oleh pak Arab di sana. Ada juga sebahagian Arab merasakan Arab mereka adalah suatu kemuliaan, walhal mereka tidak punya apa-apa selain kebakhilan. Ada juga yang terlalu mulia akhlaknya, hinggakan saya rasa tak mahu balik Malaysia (ahha).

Antara adat orang Arab yang asal ialah suka menerima tetamu walaupun orang yang tidak dikenali. Ustaz ma’ahad saya yang bagitahu, tapi katanya disebabkan masalah-masalah politik + S.B + anti-ikhwan, budaya mulia ini hamper pupus dek takut dipenjara. Orang Arab ni takut S.B lebih lagi daripada polis, ‘mata-mata ada sahaja di mana-mana. Rumah saya di sana baru pak Arab datang ramai sikit 5-6 orang, esoknya kami dapat ‘kunjungan’ daripada polis. Jiran-jiran semua keluarkan kepala dari tingkap masing-masing2.

Adat ni lebih kurang budaya lembut Melayu kita lah, dulu jadi amalan, sekarang sekadar tinggalan.

Sama-sama kita perjuangkan Islam dalam jiwa kita dan tanah air kita.

*siapa ada duit & masa pergilah ke Syria. Saya amat mengesyorkan. Budak Melayu di sana tiap tahun menjangkau 500 orang sahaja, tak pernah lebih. Orang pergi, orang balik. Bak kata orang Syria; ‘orang terpilih je dapat jejak kaki ke Bumi Syam ni!’

Kasih Tiada Noktah

Hadis 1.

Suatu hari malaikat Jibril turun kepada nabi Muhammad s.a.w lalu menceritakan kepada baginda perihal syurga dan neraka serta ahli-ahlinya.

“Setiap anak Adam yang mengucapkan ‘La Ilaha illa Allah’ akan dimasukkan ke dalam syurga, adapun syurga itu mempunyai 8 pintu, maka akan masuklah mereka sesuai dengan darjat dan amalan masing-masing”

“Neraka pula mempunyai 7 pintu, 7 tingkat, setiap satu akan dimasuki oleh manusia setaraf dengan amalan mereka.”

“Tingkat ke-7, yang terbawah adalah tempat orang-orang munafiq”

“Tingkat ke-6 adalah tempat orang-orang yang meninggalkan agama (atheis)”

“Tingkat ke-5 adalah tempat orang-orang yang mengikut Iblis dan orang Majusi”

“Tingkat ke-4 adalah tempat bagi .........(maaf,saya lupa)”

“Tingkat ke-3 adalah tempat orang-orang Yahudi”

“Tingkat ke-2 adalah tempat orang-orang Nasrani”

Malaikat Jibril tidak menghabiskan perihal tngkat Neraka yang pertama,teratas.

Nabi kemudian bertanya: “ Wahai Jibril,tempat siapakah bagi mereka tingkat Nerka yang pertama?”

Jawab Jibril: “Wahai nabi yang mulia, tingkat Neraka yang pertama adalah tempat bagi umat Islam, umatmu yang berdosa dan tidak beramal.”

Mendengarkan keterangan Jibril itu, baginda terus berjalan laju ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak dan mengurung dirinya di dalam rumah.

Hari berlalu, berganti hari, baginda terus mengurungkan dirinya di dalam rumah. Baginda hanya keluar untuk menunaikan solat berjemaah kemudian terus balik tanpa menyapa atau menjawab sebarang sapaan atau soalan daripada para sahabat. Dann baginda terus menangis, dan menangis....

Hati para sahabat menjadi sebak,pilu,sedih melihatkan nabi kecintaan mereka kelihatan dilanda kesedihan, apatah lagi apabila segala sapaan dan soal tanya mereka hanya dijawab dengan mulut yang tertutup rapat daripada baginda s.a.w.

Maka mulalah seorang demi seorang sahabat Nabi pergi ke rumah beliau.
Daripada Abu Bakr,Umar Al-Khattab,Usman bin Affan,Ali Abi Thalib, Zaid Tsabit, semuanya pulang dengan hampa.

Seorang demi seorang mereka mengetuk pintu rumah baginda dan member salam. “Wahai nabi,ini aku,Fulan bin Fulan.” Setelah 3 kali ketukan,tiada jawapan. Begitulah keadaan mereka yang cuba memujuk nabi agar keluar dan berkongsi dengan mereka akan kesedihan baginda.

Sehinggalah ke Salman Al-Farisi,setelah mendapat tiada jawapan daripada salamnya, beliau terus ke rumah Fatimah.

“Wahai Fatimah,lihatlah ayahmu. Sudah lama dia begini. Aku pohon,tolonglah pujuk dia keluar dan ceritakan kesedihan beliau. Kau anaknya,pasti dia akan keluar.”

Fatimah terus ke rumah ayahnya lalu mengetuk pintu. “Wahai ayah,ini anakmu Fatimah. Bukalah pintu.”

Baginda membuka pintu. Fatimah bertanya kepadanya akan kelakuannya. Nabi menjawab: “Hai Fatimah,sesungguhnya aku telah dikhabarkan oleh Jibril akan 8 pintu syurga dan 7 tingkatan Neraka serta ahli-ahlinya. Dan tingkat pertama neraka ahli-ahlinya adalah umatku yang berdosa dan tidak beramal”.

Setelah luahan nabi ini sampai kepada para sahabat,mereka semua menangis.

Hadis 2.


Suatu ketika nabi pernah ditunjukkan Neraka oleh malaikat Zabaniah. Baginda terlihat umatnya berada di dalamnya. Lantas nabi bertanya: “Hai Zabaniah, mengapa kau menyiksa umatku yang mengucap ‘La Ilaha illa Allah’?”

Malaikat Zabaniah menjawab: “Itu urusan Allah, tapi hanya mereka yang berdosa dan tidak beramal, yang meninggalkan solat 5 waktu dan puasa dari kalangan umatmu yang akan menjadi ahli Neraka.”

Maka baginda pun menangis...............

*sedikit perkongsian daripada hadis yang saya dengar di masjid daripada syeikh Ahmad Al-hamad. Mungkin kurang tepat,tapi mafhumnya lebih kurang begini.

*sempena maulud nabi,tapi seharusnya setiap masa,peringatilah kasih sayang dan kesungguhan nabi untuk kita,umatnya yang tidak pernah beliau lihat,tapi sentiasa beliau ingat, kita tetap menerima kasih sayangnya. Kasih yang tiada noktah...........

Baginda: “Aku sungguh mencintai sebahagian daripada umatku”

Para sahabat: “Siapakah mereka wahai nabi?”

Baginda: “Mereka ialah umatku yang tidak pernah melihatku dan bersamaku, tetapi mereka sangat mencintaiku dan mengikut sunnahku”


Kasih yang tiada noktah......dari nabi tercinta...dan kita adalah umatnya.....

~Syria~...musafirku.....

Syria. Bilad Syams. Tanah yang didoakan nabi Muhammad s.a.w. Sudah 2 minggu saya di sini,banyak juga perkara yang membuka mata. Kata orang, banyak berjalan, luas pengalaman. Harapnya begitu. Bilad syams yang dimaksudkan dalam hadis merangkumi 4 negara: Palestin,Jordan,Syria dan Lubnan.


Sekarang ‘fasl syitaa’ (musim sejuk) di Syria. Suhu pagi2 kadang2 14C, petang2 pula x jauh beza, apa lagi ditambah dengan angin petang. Suhu petang jadi makin mencabar kadangkala dengan adanya angin. Musim sejuk waktu pagi pendek,malam lama. Subuh 5am, maghrib pula 5pm. Tapi senang kalau nak puasa isnin khamis,paginya kejap.


Cabarannya ialah nak keluar ke kelas pagi2 jumpa syeikh,ustaz. Memang betul orang kata,musim sejuk ni sedap tidur. Hari2 awal di sini saya mampu gagahkan diri ke masjid kala subuh. Tapi kebelakangan ini tewas 2-3 hari. Mujahadah sangat perlu di musim sejuk,juga kena peka dengan kesihatan. Nak mandi pun kena berjaga,takut sakit tulang dek sejuk meresap.


About Syria:
1) Bi’ah ilmiah sangat bagus. Ceramah2 syeikh2 banyak dan selalu diadakan. Ulama’ Syria memang ramai. (tapi saya harus mantapkan bahasa arab dahulu untuk faham lebih dalam)
2) Masjid sangat dekat. Jika saya berjalan 1 kilometer,mungkin akan jumpa dalam 3 @ 4 masjid. Jadi jika anda di Syria tapi tak berjaya solat jemaah lima waktu di masjid,sangat rugi.
3) Di sini terdapat banyak maqam wali,ulama’,sahabat,tabiin,etc. Saya sempat menziarahi maqam ummu maktum dan Khalifah Muawiyah. Juga Fatimah cicit nabi,anak Saidina Husin.
(maqam sahaja,tak semestinya kubur. Banyak pendapat,etc....)


Selain itu:
1) (menurut orang sini) Berlalu beberapa tahun,bi’ah Syria turut mengalami perubahan kesan urbanisasi. Pemuda2 sini sudah kurang ke masjid. Gaya hidup mereka juga berubah. Tidak sebaik dahulu. Antara asbab ialah:
1) gaya fesyen dari barat.
(andai anda dapat lihat fesyen ‘winter boots’ wanita arab sini....itu kasut, belum fesyen lain)
2) sini ada macam Astro,tapi beli decoder sekali bayar,dan tak perlu bayar yuran bulanan. Piring satelitnya lebih besar dari piring Astro,dan dapat rangkaian lebih 6000 ‘channel’,termasuk channel luar negara. Jadi orang miskin pun mampu beli.


Meskipun begitu,Syria punyai suasana ilmiah yang baik. Masyarakat umumnya bertutur campur bahasa ammi dan fusha,tetapi ramai yang faham dan tahu bertutur dengan fusha,walaupun pemandu teksi @ servis. (sini ada van,macam bas,panggil servis. Bas juga ada,lawa ala2 rapid KL)


Hanya mengharap suasananya kekal dan bertambah baik,tidak dimamah urbanisasi. Shopping mall di sini pun di bandar lawa dan majunya boleh kata taraf KL. Tapi kita lihat lah KL,tak mahu Dimashq pula jadi begitu.


Nak ulas perkara-perkara lain (siasah,ad-din,siahah,tapi tak sesuai di sini. Atas beberapa asbab)


Saya di sini mungkin 2 bulan lebih sahaja. Pinta doa dari kalian. Mahu menggarap ilmu semampu mungkin,2 bulan terlalu sekejap.Uzlah dari Malaysia sebentar. Hanya mujahadah mampu bantu saya. Wallahu alam


*Kepada yang bertanya:
-maaf,kalau tulis dalam bahasa arab banyak salah pula,dan pembaca faham? (saya tak hebat~)
-lepas 2 bulan saya boleh bertutur @ tidak? Entah. Doakan. Nantikan. Haha.

Maafkan Agar Dimaafkan (2)

Aku bertemunya sekali lagi setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disebabkan perselisihan. Secara "basa-basi" memang kami telah saling bermaafan. Tetapi dia dan aku tahu, mendung antara hati kami masih belum reda. Kini setelah hampir 5 tahun, suasana sudah berubah. Yang di bawah ke atas, yang di atas meluncur ke bawah.
"Maaf, bang..."
Aku tergamam. Aku renung matanya. Agak layu dan keletihan.
"Oh, tak apa-apa. Kita jumpa lagi nanti," kataku sambil memberikan kad nama. Dia juga memberikan kadnya. Dan kami terus berpisah. Sepanjang perjalanan pulang, hatiku resah. Jelas aku masih sukar melupakan. Atau aku masih belum memaafkan?

Perlahan aku mainkan semula sebuah kaset daripada siri kaset-kaset "pengubat jiwa" koleksi peribadi yang ada di dalam kereta.
"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke astasmu. itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"
Aku diam. Akur. Rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu.
"mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya."
Sekali lagi suara dalam kaset itu menusuk hati ku. Aku ego? Ya, jawab suara hati.

"Allah lagikan pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya."
"Kenapakah kau rasa "besar"? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?" Sekali lagi aku terhenyak. Oh, egonya aku.
Aku belokkan kereta ke arah lain. Tidak jadi pulang ke rumah. sengaja memanjangkan masa untuk lebih mendengar suara kaset dan suara hati sendiri.

**************************

"Kau tau tak, aku tak suka orang yang mungkir janji. Kau selalu mungkir janji. Aku tunggu, kau lewat. Kau janji nak bayar, kau culas. Kau kata nak buat, kau tangguh. Kau janji macam-macam, tapi apa pun tak ada. Kau buat macam-macam, berulang-ulang kali ... Kali ini aku terlalu susah, kau buatkan aku begini. Sampai hati kau."
"Eh, siapa suruh kau percaya! Siapa suruh kau tunggu. Biasalah, kau takkan tak tahu perangai aku."
"Kalau macam ni susahlah aku."
"Dah tahu susah, jangan kawan dengan aku!"
Masih terngiang-nguang dialog antara kami ketika itu. Walaupun dua hari kemudian dia menelefonku meminta maaf, dan aku memaafkannya tetapi sejak itu kami "putus".

**************************

"Cuba bayangkan, kasih sayang Allah. Kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih terus dan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"
Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkannya ialah dia buat begitu berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk, siapa besar?

Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah, aku hampir hilang pekerjaan. Terlalu besarkah dosanya kepadaku?
"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya."
Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.
"Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya. Allah Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

Tanpa lengah aku mencapai telefon bimbit. Kad namanya ku keluarkan.
"Helo, Assalamualaikum. Ya, ya, aku ni. Kita jumpa boleh? Tempat? Kau tentukan. Ok lah, setengah jam lagi aku sampai," kata saya. Tanpa sedari kaki saya menekan pedal minyak. Ingin segera kerana ingin memaafkan. Agar segera diampunkan. Ya, Tuhan... egonya aku selama ini. Menyimpan sifat "ketuhanan" dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.

"Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke astasmu. itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

Maafkan Agar Dimaafkan (1)



BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

Quote:
"dalam ukhwah,pasti teruji perbezaan,percanggahan & perselisihan antara sahabat. Puncak ke'solid'an ukhwah & kemanisannya, adalah apabila berlalu perselisihan & percanggahan, keduanya bertemu lantas saling tersenyum kembali. Itu tanda mereka berdua berjaya. Lulus ujian. Selisih,maafkan, dan senyumlah kembali, nescaya kau berjaya!! Jangan tunggu dia,kau berjayalah dulu!!"

Berkenaan Isu Kalimah Allah


Membaca puluhan artikel dan komentar berkenaan isu pembenaran penggunaan kalimah Allah dalam Bible hasil keputusan mahakamh tinggi yang meletus kini,terasa banyak point2 menarik yang boleh dan masih dan sukar dan tetap menarik untuk saya lihat,tenung,pandang dan sakitkan kepala:

1) Memang hanya sebahagian Malaysia sahaja yang melarang penggunaan nama Allah dalam kitab dan agama selain Islam. Penggunaan nama Allah di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan 2-3 tempat lagi yang saya tidak ingat adalah dibenarkan.

2) Di Eropah,agama lain khususnya Kristian tidak memutuskan untuk menggunakan nama Allah dalam kitab dan ceramah mereka. Tapi mengapa Malaysia pula isu ini dibuka dan nama Allah ingin diguna pakai?

3) Di Malaysia,isu Melayu Islam murtad adalah isu yang serius dan tampak kian meningkat, tapi bagi bangsa beragama lain makin ramai pula yang masuk Islam. Dalam isu ini pula ramai khuatir kaum Melayu yang tidak kokoh agama akan sesat apabila membaca dan menerima da'yah Kristian.

4) Serangan ke atas gereja Kristian di Petaling Jaya : angkara ekstremis Islam @ orang yang hasad & berdendam?

conclusion:
a) bagi saya,nampak jelas ada agenda & muslihat sinis di sebalik isu ini. Ancaman lebih kepada kaum Melayu. Kaum kita nampaknya belum cukup kuat menghadapi sebarang serangan sudut lain,walaupun dengan kekeliruan penggunaan nama Allah sudah cukup menggugat

b) sungguh kotor permainan politik di tanah air tercinta ini

Sebagai perkongsian dan sumber:

Maszlee Malik
Betul ke ada permohonan nak tukar gereja jadi masjid Kristian? di mana?

Apa pun, bukankah ini menunjukkan kemenangan moral umat Islam. Kristian telah terdesak dan terpaksa menggunakan cara 'menipu' untuk melakukan produk mereka?

Cuba melihat dari sudut positif...

Ali Zaki
MELIHAT dari sudut positif serta BERTINDAK ke arah mempositifkan ISLAM itu sendiri...

ketika ini lbh ramai org yg pndai mengkritik sesuatu mslh dari mereka yg membaiki mslh....

Noor Eqbal

Salam. Ini pendapat saya,

"Adakah dengan membenarkan penggunaan nama Allah, bukan sahaja di peringkat ontologi tetapi juga teologi dan epistemologi, itu berlaku adil namanya? Adakah sahabat-sahabat Kristian kita perlu menerjemahkan Jesus sebagai Nabi Isa dalam bahasa Melayu untuk membuktikan keterbukaan mereka? Tentu sekali tidak. Penggunaan "nabi" buat Jesus sendiri tentu merendahkan martabatnya dalam pandangan alam Kristian."

Zainur Rashid Zainuddin
Sifu Sheikh Dr Maszlee - Jzk, setuju. Kita perlu melihat dari sudut yg positif. Masjid Kristian tu nak test respond sifu...
Ali Zaki - Setuju, kita perlu bertindak secara positif & tidak emotional tp kita perlu bekerja kuat.

Noor Eqbal

setuju dengan saranan bertindak positif dan perlu bekerja kuat sekiranya sudah tidak dapat dihalang lagi penggunaan nama Allah oleh teman-teman yang bukan beragama Islam=)

Namun, sebelum itu berlaku, saya lebih cenderung untuk berusaha mengelakkan perkara itu berlaku. Mengurangkan tanggungjawab dan kerja di masa hadapan, sementara tanggungjawab sedia ada pun sudah begitu kuat menguji.

Allah knows best=)

Zainur Rashid Zainuddin

Bbrp cerita...
1-Aishah yg murtad dulu adalah anak penduduk Taman Panchor Jaya, Seremban...tempat saya tinggal.
2-Matron (Ketua jururawat) Hosp Seremban adalah Melayu yg beragama Hindu.
3-Saya pernah merawat 3 pesakit Melayu di HS, yg telah murtad
4-Seorang pelajar saya (medik) Melayu di IMU yg nak berkahwin dgn doktor Hindu di HS (tak nak masuk Islam)... See More
....dan bbrp pengalaman peribadi yg lain, apa nasihat anda kpd saya?

Maszlee Malik
Dr Zainur, bagaimana pula:

1-Aishah dari Sabah dan juga seorang jururawat dari Pahang telah mengucapkan syahadah 5 tahun yang lalu di hadapan saya.

2-Misi dari Sri Lanka di hospital UM telah memeluk agama Islam.... See More

3- Saya pernah mengambil syahadah 3 orang India beserta isteri dan anak-anak mereka.

4- Seorang mat saleh di Durham telah menghubungi saya untuk memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan gadis melayu, dan kini beliau amat menekuni ibadah solat.

Nasihat saya ialah, kita jangan kecilkan skop dakwah hanya kepada orang-orang Melayu sahaja....

*Satu lagi, gereja Katolik telah menggunakan nama Allah di Sabah dan Sarawak semenjak tahun 20an lagi, sebelum wujudnya kamus dewan.
Begitu juga gereja Katolik tidak menjalankan dakwah seperti golongan Lutherean dan Avengelical.
Jika di UK ini, golongan Katolik begitu berpihak dan simpati kepada umat Islam, dan sering mereka menyokong kita.

Zainur Rashid Zainuddin
Sifu Maszlee. Setuju betul dgn hujah2 sifu tersebut. Contoh2 yg saya berikan tadi sekadar utk mengingatkan saudara Muslim terdekat di sekeliling ni agar terus bekerja. Masa studi di Eire dulu, Kerajaan Ireland telah membenarkan Muslim community membeli gereja utk dibuat masjid, bahkan mereka telah menaja the 1st Muslim national School di Dublin. ... Kita tak mahu banyak bicara perbezaan tp bagaimana langkah yg konstruktif bagi membangunkan umat yg ketiduran. Mungkin pengalaman Sifu boleh dikongsikan agar boleh dibumikan oleh generasi muda kita...silakan Sifu!

*sumber : komentar2 pada wall facebook Dr.Zainurrashid berkenaan -Kenyataan rasmi ISMA mengenai isu penggunaan kalimah Allah-
ismaweb.net

rasa baik dikongsi. Baik bagi kita memikirkan isu-isu seperti ini. Tapi jangan ter'silau' dengannya! Kerja kita banyak lagi.

Saya Ingin Melayu!!


Saya terdengar kisah seorang akh sewaktu menghadiri dauroh media di pejabat Isma Shah Alam baru-baru ini. Kisahnya membentuk salah satu azam baru saya bagi tahun ini dan akan datang. Kisahnya begini.

Beliau sedang makan di sebuah gerai makan “common” tapi ada televisyen. Biasa kita lihat, taktik menarik pelanggan. Kebetulan tv menayangkan program “Bang Bang Boom”,rasanya yang biasa tengok tv tahulah. Kalau x tahu boleh Tanya Mr.Google,insyaAllah ada. Apa yang menyedihkan beliau, beliau terlihat seorang lelaki Cina sedang melihat sekejap program tv itu kemudian berpaling semula ke makanannya sambil menggeleng kepala sambil melirik senyuman sinis. Cara pandangnya pada akh tersebut menghina @ merendahkan kaum kita.

Tapi perlakuan Cina tersebut memang patut. Berapa banyak rancangan sebegini diatayangkan di tv, lagi2 TV3, tak cukup lagi orang Melayu kita jadi pengacara/producer/penerbit/dll. Mendengar cerita akh tu,saya lagi bertambah malu dengan bangsa sendiri. Kalau dilihatkan,berapa banyak program Barat kita tiru, dah la tak jadi, bahkan makin memalukan. Nak buat senarai??



-Malaysian Idol, Biggest Loser Asia, Fear Factor Asia, Sehati Berdansa.....dan mcm2

-Bang Bang BOOm, Jangan Lupa Lirik, Jangan Tidur Lagi, AC Di Sini....dan lain2

Agak2nyela,berapa banyak program begini di”produce”kan oleh bangsa India @ Cina @ lain2 di Malaysia??............. Ada...tapi oleh kaum kita jauh lebih banyak.

Jadi memang patut lelaki Cina tadi memandang remeh kaum kita kerana sudah banyak perkara memalukan kaum kita agendakan.

Saya terfikir,barangkali kaum lain sengaja sponsor & produce @ buat skrip bagi program2 yang saya senaraikan di atas. Sebagai satu medium nak “jatuhkan” & “lalaikan” anak2 Melayu. Yalah, kita kan Generasi-Y yang digembar-gemburkan oleh media,majalah dan internet. (bagi pemuda,yang rajin baca pasti tahu)

Menjadi salah-satu aspirasi hidup saya selepas dengar kisah akh itu bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

“Aku akan membantu kearah usaha-usaha mengembalikan pemuda-pemudi Melayu Islam (khususnya) kearah:
1) Mengamalkan Islam

2) Mengembalikan Melayu sebenar pada sifat dan keperibadiannya

3) Memuliakan kaum Melayu di Malaysia

Antara harapan saya bagi pembaca:

1) Sama2 rasai dan sertai aspirasi saya

2) Bagi pembaca Hira’,cerita pada rakan2 & adik2. Ana rasa sungguh sedih kalau warga Hira’ hanyut, apatah lagi terpengaruh dan ikut2 budaya yang program2 mengarut (maaf) macam tu. Sama-samalah kita jangan tengok dan ajak orang jangan tengok. Apatah lagi terikut2. Sungguh memalukan.

Bukan nak riuh soal maruah atau integriti,tapi apakah identiti dan cerminan diri kita sebagai Melayu Muslim??

*satu aspek media,cth:



Sewaktu pilihanraya US,persaingan Obama dan McCain amat sengit. Namun akhirnya antara sebab Obama menang ialah dengan "motto"nya = "CHANGE, We Belive In". Cukup motto tersebut menggambarkan harapan dan keinginan rakyat, jadi mereka terbakar untuk menyokong Obama. Obama juga memperjuangkan hak kesamaan rakyat Amerika berbangsa kulit hitam dan indian. Dengan tema yang sesuai & bantuan media,beliau berjaya.
Rahsianya?? US menggunakan pengaruh "media" untuk menanam ideologi mereka kpd rakyat.

.....so = lihatlah kaum kita. Ini kesan media.
-tapi media dan politik negara kita jauh lebih 'memalukan' berbanding kemelut isu tersebut di US...sekadar pandangan peribadi.

*tiada mesej 'racist' di sini,sekadar 'pointing out' betapa kesiannya kaum kita

1 minit paling menakutkan.....akhirnya...

1 minit paling menakutkan dalam hidupku. Belum pernah ku rasa takut begini. Jujur ku katakan. Tiada dusta. Namun,......akhirnya.....

************************

Peristiwa ini berlaku malam semalam. Sedang saya makan bersama 4 orang rakan di Frado. Barusan sahaja selesai 'swimming' di kolam elit Uitm. Sedang2 makan,saya menerima satu sms:



Saya terus pucat, berdiri mengeluarkan dompet dan terus mencampakkan RM10 ke atas meja makan. "Yamin!! Hantar ana balik rumah cepat!"

"Asal man??"

"Ayah ana nazak!!"

Muka rakan2 trus pucat,mereka langsung hilang selera makan. Saya turut menyaksikan mata mereka pucat. Lantas saya dan Yamin trus meluru ke kereta kancil putihnya dan meluncur laju ke rumah.

Jujur saya katakan,saya sangat panik. Cemas. Risau. 1001 perkara terfikir di kepala.

"Kenapa sekarang ya Allah?" "Selamatkanlah babaku ya Allah" "Adakah salah dosaku ya Allah?" "Baba memang nampak pucat sepanjang minggu ni".

Dan bermacam2. Sukar dibayangkan. Tapi, yang pasti, saya terlalu risau dan cemas, sukar nak menggambarkan rupanya.

Hampir sampai pintu rumah,saya call adik. Saya tanya keadaan ayah,suara agak tak terkawal emosi.

Hairan,dia dengan tenang menjawab : "baca habis laa. Scroll down"

Lantas,saya buka sms tadi dan 'scroll down'.



Wah. Saya sungguh marah. Di situ juga sumpah seranah dan maki hamun yang jarang telinga saya sendiri dengar keluar dari mulut sendiri kedengaran. Saya call semula adik,habis dia saya maki hamun mcm nak gila. Rupa-rupanya,saya ditipu.

Tapi yang paling meng"geram"kan sekali, sms tu adalah perancangan bersama baba dan adik. Itu yang paling saya geram.
"Baba ni memang nak mati. Tengok la,x lama lagi la tu", hati saya merungut.

Saya dan Yamin kembali ke gerai. Muka rakan2 masih agak terkejut. Dengan malunya, saya menceritakan di sebalik "wakenabeb" yang dibuat Baba.

Malu sungguh,mereka tergelak besar. "Apa cacat ayah anta??".
Heh. Memang lawak,walaupun saya amat marah dengan Baba kerana 'wakenabeb' yang pada saya x patut & 'bad timing'. Pergh...

Tapi,jujur saya katakan,itulah 1 minit paling menakutkan dalam hidup saya. 1 minit dari Frado ke rumah di sek 2 juga. Tak nak jumpa lagi 1 minit camtu......isk2..sob2..

*conclusion :
1) pada parents sekalian,klu nak test anak sayang kamu ke x,boleh la wat camni juge. Tapi kalau dh tau,tolongla jangan. Cian anak korg...isk2...

2) pada kawe2 pembaca,jgn la pakat dgn mak ayah korg wat cmni kenakan adik/abg/akak korg klu dh tau diorng sayang mak ayah. Cian diorang....isk2...

3) apa agaknye perasaan korg klu waktu tu korg trfikir "ya Allah,x sempat lagi aku minta ampun pada ayah mak ya Allah...bnyk dosaku pd mereka...."

4) rajin2 buat baik kat mak ayah selagi diorng masih hidup wlupun blom kawen/ universiti/ dok umah sendiri...wlupun sekadar tolong buat "milkshake"....~

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ (٥٧)

57. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

-isk2...sob2...smpi hati kau Baba....-