-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

fitrah perjuangan

Di kala cuti ini pasti ramai jiwa yang sedar ingin merebut peluang. Pastilah, waktu cuti ni lah nak buat itu & ini,atas dasar keperluan dan waqi' mad'u. Bagi mereka2 ini,Allah sampaikan berita baik buat mereka dalam firmanNya:

"dan Allah melebihkan ganjaran orang-orang yang berjuang dengan orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar" (surah an-nisaa')

Namun,pasti banyak rintangan yang dihadapi oleh setiap da'ie. Terpulang,sampai ada yang futur @ membakar jiwanya. Oleh itu,ingin ana kongsi kata2 dari seorang qudama'

Sayyid Qutb

"Walaupun manhaj Ilahi ini hanya dapat dicapai melalui usaha manusia,dengan mengambil kira keupayaan diri dan realiti hidup manusia,namun begitu ini tidak bermakna manusia bebas sebebasnya dan erpisah daripada sebarang kuasa dan perancangan Allah. Ini juga tidak bermakna manusia tidak akan mendapat sokongan,bantuan dan tunjuk ajar Allah. Fahaman sebegini menyimpang sama sekali dengan dasar Islam yang sebenar.

Saya telah pun nyatakan bahawa Allah pasti akan membantu orang yang berjuang untuk menyampaikan hidayah:

"dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami"

"sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Kedua-dua nas al-qur'an ini dapat memahamkan kita hubungkait antara usaha yang dikeluarkan oleh manusia dengan bantuan dan sokongan yang dianugerahkan oleh Allah. Hanya melalui usaha mujahadah inilah mereka aka memperoleh limpahan kurnia,hidayah,kebaikan dan kejayaan.

Kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu di penghujungnya. Tanpa kehendak ini manusia tidak akan mengecpi apa-apa. Kehendak Allah ini hanya akan membantu manusia yang memahami caraNya, membantu manusia yang mengharapkan bantuanNya dan membantu manusia yang berjuang kerana mengharapkan keredhaanNya.

Dalam apa jua keadaan,takdir Allahlah yang menguasai manusia dan segala peristiwa yang berlaku ini. Segala cubaan yang berlaku ditentukan oleh Allah. Allah juga yang menentukan ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang berjaya menempuh cubaan ini."

Apa yang ana nak simpulkan ialah Allah hany akan membantu dakwah mereka yang:

1) memahami caraNya

2) mengharapkan bantuanNya

3)berjuang kerana mengharapkan keredhaanNya

Perjuangan kita sangat memerlukan bantuan yg Esa. Bahkan dalam aspek memelihara diri agar menjadi muslim dikala cuti ini pun sangat memerlukan bantuanNya,bahkan juga semua aspek2 lain. Namun tanpa iradah,mujahadah dan kesedaran dari diri, bantuan Allah takkan sampai. Tanpa manusia itu sendiri bergerak,berusaha menuju hadaf yg dia yakini dan imani. Sama2 kita renungkan.....

...bila diri mengejar Ilahi.....


-Alkisah satu kronologi-

[satu hari: tahun 2003]

'game controller' dihempas...
mata ligat melihat jarum jam...
"Ah,lambat lagi....nanti ah aku buat!"
....lalu,jiwa yang jahil itu meneruskan riaknya....

[tahun sama: lain hari]

kelibat seorang anak kelihatan mengejar bas....
...."fuh,nasib baik sempat...."
anak mata melihat jam digital bas
"aduh,nanti ah kat skolah...klu x sempat qadha' ah"....
lalu si anak terus duduk....dalam kelalaian....

[bulan 12: tahun sama]

cuti kali ini sungguh berbisa
si anak sudah terasa 'mati'
hati bermonolog...."mengapa solat? mengapa agama suruh solat??
hish......" biar terus kepala digaru,si anak terus merana...

[2004: awal bulan]

si anak telah berhijrah
alam sekolah menengah kata orang
namun,keadaan sekolah ini sungguh pelik
"err....aaaa...." si anak mampu menghuraikan
namun pelik ini adalah kedamaian.....
suasana skolah hira' yg asing baginya....

[2004: cuti sekolah]

kalaulah telinga mampu mendengar
jeritan hati.....kesian.....mati....
si anak mengeluh...."sampai bila nak begini?"
malaikat dah mula mencatit....tapi solatku???

[2004: ada jualan]

'Rahsia Kemanisan Beribadah Dalam Solat'
itu tajuk buku....cukup menambat hati si anak...
"RM9.....murah....." dengan azam baru,si anak membeli.....
teringat suara naqibnya kelmarin.....
'solat itu tiang agama'

[2008: anak jadi pemuda]

satu halaqoh hampir berakhir
pemuda (anak) berpesan sebagai ketua:
"cuti nanti ingat,Allah sentiasa melihat kita. Nak daulah
tertegak,kena jaga asas,lebih2 lagi solat. Solat itu tiang agama"

Konklusi??
1) Nak berubah kena ada iradah(kemahuan) yang tinggi. Surau jauh, adik
@abg@kakak x nak solat jemaah hanya alasan bagi yang tewas dengan nafsu.
2) Ukuran utama bagi seorang mukmin ialah solat. Berdasarkan solat,tahulah
kita akan peribadi orangnya. Khusyuk,berjemaah,semua penting.
3) Kata2 pendeta Yahudi: "orang Islam xkan menang selagi bilangan jemaah
solat Subuh x sama dengan bilangan solat Jumaat.

Hayati gambar ini:

Wallahualam