-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

He 'Did' Came to You...but.....

*kata ganti:
He @ dia : Allah, baginda, hidayah
You : Kau, aku, manusia, hamba Allah

Selalu kita tak sedar,'dia' dah datang. Akhirnya,kita tewas @ menang. Ratio?
50%-50%? 70%-30%? 30%-70%? Hmm..itu terpulang pada iman pada ketika.

Tapi,pilihan2 yang kita lakukan sangat bahaya!! Jadi,pilihlah elok2.
Contoh??
-Malam,5 Ramadhan-
Penulis rasa sangat pening kepala. Selesai maghrib, rasa kalau tak baring boleh pengsan. "Hmm....panadol @ tido jap? Panadol @ tido jap.....err,tido jap ah. Nanti terawih adik kejut aa".
........................
-Pkl 5am-
......"AAAA!! asal takde orang kejut ni!!"....

Maka hancurlah 1 malam ramadhanku begitu saja. Macam bingung kan? Makan panadol tak elok,tidur pulak takut terlajak. Akhirnya tido dan....??

Isk2....penulis rasa sangat sedih walaupun ayahanda tercinta dan adik tersayang ingatkan penulis demam,lalu dibiarkan. "Takpe,biar dia rehat". Katanya.

Sebenarnya,ada terbangun dah kejap,tapi tertido balik....Allah dah kejutkan,tapi iman penulis lemah pulak waktu tu.
So friends,plz jangan ikut penulis. Ramadhan ni bukan waktu kita nak membazir dan ngada2 bajet sakit. Rugi.

Satu perkongsian. Dengarlah.
video

satu lagi kongsi ramadhan

Satu lagi?Ya, kerana dah banyak orang cerita pasal ramadhan. Tapi tak apa, meraikan bulan yang dinanti2kan. Tapi insyaAllah, ana ingin kongsi sesuatu yang lain sikit je.

Ahlan Ya Ramadhan!!


Alhamdulillah....syukur kita kerana dapat kita sampai ke bulan ini. Bagi diriku, ku doa agar diriku dan semua pembaca tidak terlepas satu hari pun berpuasa,lagi2 janganlah sebab selain uzur @ sakit, kerana hadis nabi :

"sesiapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadhan bukan sebab kemudahan (yang diizinkan oleh agama) dan bukan sebab sakit, dia tidak dapat mengganti pahalanya dengan berpuasa selama-lamanya sekalipun dia mampu melakukannya" -riwayat Tarmizi-

Allah menciptakan manusia terdiri daripada 2 unsur :
1- malikiyyah 2- bahimiyyah
(kemalaikatan) (kebinatangan)

Òθ¼¿ ÒÎÀÈI

Kita diciptakan oleh Allah mempunyai 2 unsur ini akan kedua sifat ini melengkapkan kita sebagai hamba Allah yang berIman dan taat beribadah juga diuji dengan nafsu yang harus kita kawal dan kekang sentiasa. Itulah kita manusia, berbeza dengan binatang dan malaikat yang dikurnia 1 unsur sahaja. Unsur bahimiyyah memenuhi keperluan fizikal dan manusia kita dan malikiyyah pula memenuhi aspek keruhanian diri kita.

Justeru itu, antara faktor yang menyebabkan bulan Ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyyah unggul dan jάM jÈq (bulan perubahan) ialah kerana dengan berpuasa kita mengekang nafsu dan unsur kebinatangan diri kita ke tahap minimum, disokong oleh bi'ah dan amalan-amalan Ramadhan kita yang lain. Akhirnya kita mampu melonjakkan unsur malikiyyah diri ke tahap yang semaksima mungkin, menjadikan kita lebih hampir kepada Allah dan lebih cenderung kepada ÆBÀÍG ÑËÝY.

hapSelain itu, suka untuk penulis kongsi beberapa hadis:

اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan" -riwayat Bukhari (3393)-

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu" -riwayat Bukhari (36)-

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.
"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar". -riwayat Muslim (233)-

Semoga penulis dan pembaca sama-sama mengambil ibrah dari keistimewaan dan kerahmatan bulan ramadhan, trus menuju titik-titik perubahan. Ramadhan kareem.
Wallahualam.

Kasih Ibu Ayah

Salam ukhwah...moga blog baru penulis ni sama2 dpt kita berkongsi dan bermanfaat....
Blog baru ni bertujuan untuk perbaharui entri2....so sama2 berkongsi dan saling menegur...

***************************************

Setiap bulan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ada program yang bagi penulis membangkitkan nafas semangat islami yang baru bagi penduduk setempat. Sejak ada program-program masjid ni, gayanya bergegar jugak la shah alam ni dengan semangat islam pakcik-pakcik, makcik, tak kurang juga para pemuda. Kuliah yang agak best dan berisi kuliah:

1. Forum Tasawur Islam : Dr. Harun Din; Jumaat malam minggu pertama bulan

2. Forum Perdana Bersilibus : penceramah jemputan, Sabtu malam munggu kedua bulan

3. Forum Bicara Ad-din : penceramah jemputan, Sabtu pagi; 7.00am

Kali ni bagi penulis, nak kongsi pengalaman Forum Perdana dan qiam dan slot khas lepas subuh esok paginya.

***********************************************

Forum Perdana diberi oleh panel Dr. Harun Din dan Dr. Rugiah, tajuk tentang keluarga bahagia dan pembinaan anak. Malam tu masjid sangat penuh. Anggaran dalam 8000 orang hadir, lelaki dan perempuan, ayah2 dan ibu2 membawa anak masing2. Malam tu ada iktikaf kerana esok paginya ada qiamullail berimamkan Ust Othman Ibrahim, seorang Imam yang dah banyak ketuai qiamullail2 di masjid2 di negeri Selangor ni.

Yang mahalnya:
1) Suasana pagi di masjid. walaupun malam 8000 orang hadir, yang iktikaf mungkin ada dalam kurang 2000 orang. Tapi rasa indah bila masjid bergegar suara orang qiamullail dan mengaji, suasana ayah beribadah dengan anak, ibu tilawah bersama anak perempuan. Satu suasana yang jarang kita lihat dihidupkan dalam kehidupan harian keluarga-keluarga 'Islam' di Malaysia. Barangkali juga jarang dihidupkan dalam keluarga kita sendiri.

2. Haa,ni yang penulis rasa paling mahal. Pagi tu selepas solat Subuh ada slot terakhir dengan exco Kerajaan negeri Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali. Beliau mengetuai sesi pagi. Mula dengan ucapan ringkas beliau kemudian sesi zikir dan peringatan oleh Ust Othman. Slot ni buat dekat depan bahagian imam seblah mimbar Jumaat. Habis slot zikir Dato' suruh yang datang dengan keluarga duduk dallam halaqah keluarga.

-suasana lepas solat Subuh, duduk dalam halaqah keluarga-

Diketuai Dato', beliau minta anak2 duduk rapat2 berhadapan dengan ibu ayah dalam keadaan tahiyat awal. Kemudian anak2 kena salam dua belah tangan, cium tangan, peluk bahu belah kanan, belah kiri, cium dahi & last cium pipi dan bisik pada telinga ibu ayah, "saya sayang ibu/ayah, doakan saya jadi anak soleh/ah, maafkan semua dosa saya". Diiringi zikir Ust Othman dan mereka2 yg tak bawak family, satu2 anak/pemuda dalam dewan tu yang datang dengan keluarga mula la salam,peluk,cium,jatuh jugak air mata. Penulis pun mula2 rasa macam "ala,bukan tak biasa buat, kadang2 balik skola pun cakap jugak". Tapi,entah knape,bila lafazkan kat telinga ayah,turun jugak air mata. (Ya,saya nangis.Huhu) Tak dapat bayangkan rasa pagi tu. Keluarga lain,anak,mak,ayah,sume nangis. Ayah penulis pun,nangis. Katanya teringat arwah wan. Huhu,tak sangka pulak ayah sendiri pun nangis. Mula2 ingat sendiri je.


*ayah pun nangis....isk2...*

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali".

Penulis kadang2 terfikir, dalam cuti ni mungkin penulis banyak tak tunaikan hak pada ibu bapa. Juga soal pelajaran, dalam soal membalas jasa ibu ayah yang dah banyak keluarkan duit pembelajaran dan belanja harian. Satu soalan yang baik untuk kita lemparkan pada diri kita.

Pesan Dato' Hassan: "amalkan salam,cium tangan,peluk,cium dahi dan minta keberkatan dari ibu ayah.Tanpa redha ibu bapa, seorang anak tak kan mempunyai tempat di muka bumi dan tiada tempat dalam limpahan rahmat Allah"

wallahualam