Satu lagi?Ya, kerana dah banyak orang cerita pasal ramadhan. Tapi tak apa, meraikan bulan yang dinanti2kan. Tapi insyaAllah, ana ingin kongsi sesuatu yang lain sikit je.

"sesiapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadhan bukan sebab kemudahan (yang diizinkan oleh agama) dan bukan sebab sakit, dia tidak dapat mengganti pahalanya dengan berpuasa selama-lamanya sekalipun dia mampu melakukannya" -riwayat Tarmizi-
1- malikiyyah 2- bahimiyyah
(kemalaikatan) (kebinatangan)
Òθ¼¿ ÒÎÀÈI
Kita diciptakan oleh Allah mempunyai 2 unsur ini akan kedua sifat ini melengkapkan kita sebagai hamba Allah yang berIman dan taat beribadah juga diuji dengan nafsu yang harus kita kawal dan kekang sentiasa. Itulah kita manusia, berbeza dengan binatang dan malaikat yang dikurnia 1 unsur sahaja. Unsur bahimiyyah memenuhi keperluan fizikal dan manusia kita dan malikiyyah pula memenuhi aspek keruhanian diri kita.Justeru itu, antara faktor yang menyebabkan bulan Ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyyah unggul dan jάM jÈq
hapSelain itu, suka untuk penulis kongsi beberapa hadis:
اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan" -riwayat Bukhari (3393)-عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu" -riwayat Bukhari (36)-
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.
"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar". -riwayat Muslim (233)-
Semoga penulis dan pembaca sama-sama mengambil ibrah dari keistimewaan dan kerahmatan bulan ramadhan, trus menuju titik-titik perubahan. Ramadhan kareem.
Wallahualam.