Ulama’ hati sering mengibaratkan hati seperti sebuah cawan, lalu mengkategorikan hati kepada 3 jenis: 1. Cawan yang bocor : apabila dimasuki benda baik,kesan baik itu tidak lama dan akan luput kerana hati ini sering mengiringi perkara baik dengan dosa dan amalan buruk. 2. Cawan yang tertutup : benda baik langsung tidak boleh memenuhinya kerana ia sendiri tidak membenarkan faktor-faktor kebaikan memasukinya. 3. Cawan yang terbuka dan kuat : benda baik memasukinya dan ia menjaga isinya dengan baik,lalu menghasilkan kesan jangka masa panjang yang baik **Ada sebuah kisah pada zaman para anbiyaa’ tentang seorang budak dan doanya. Terdapat sebuah keluarga, seorang isteri, suami, dan seorang anak. Kebiasaan isteri dan suami ini dalam keluarga ialah setiap kali waktu makan,mereka akan mengajak anak mereka sama-sama memejam mata dan berdoa di meja makan. Sedang si anak khusyuk berdoa meminta makanan daripada Allah dengan mata terpejam, suami dan isteri itu mengeluarkan makanan yang telah siap tersorok lalu menghidangkannya di atas meja. Kemudian mereka sama-sama membuka mata dan menjamu makanan. Hal ini dilakukan oleh suami isteri itu demi melatih anaknya agar sentiasa bertawakkal dan meminta pada Rabb Al-Jalil. Suatu hari, suami isteri itu meninggalkan anaknya lama di rumah atas urusan tertentu. Kelaparan,si anak duduk di meja makan,memejamkan mata dan berdoa seperti biasa. Kemudian,suami isteri itu pulang ke rumah lalu terkejut mendapati anaknya sedang makan hidangan lazat di atas meja. Si Ayah bertanya kepada anaknya; “anakku, mana kau dapat semua makanan ni?”. Jawab si anak; “macam biasa la ayah, saya berdoa”. “لكم أستجب, ادعونى ربكم وقال” “dan Rabb berkata: pintalah kepadaku, nescaya aku akan tunaikan”. Adab seorang hamba kepada tuhannya,selari dengan merealisasikan syahadah yang sering diucapkan; menjadikan Allah tempat pegangan yang utama. Kadangkala kita tidak biasa meletakkan Allah sebagai ‘main source’ sebab tak pernah buat. Bila kawan baik,ayah,mak,makwe,dan manusia-manusia lain,lagi teruk kalau pakai anak patung,semuanya mengaburi pandangan kita,mensasarkan kita dari meletakkan Allah pada tempatnya. ‘Practice makes perfect’. Maka berlatihlah,tiada siapa yang menghalang kecuali diri kita. Bangun pagi bermunajat,mendirikan qiamullail,cuba menangis di depan yang maha Esa,mentadabbur isi-isi al-qur’an,mendekatkan diri pada alam merasai keagungan-Nya. Dalam filem ‘Evan Almighty’,ada satu ‘quote’ yang pada saya kena dengan formula tawakkal. Seringkali kita berada pada posisi memilih sesuatu,dan akhirnya kita yang salah memilih. Allah telah kurniakan kita banyak nikmat,tapi akhirnya kita yang salah guna. Kadangkala sahabat kita nak tegur kita,tapi kita mengambilnya sebagai nak cemuh. Maka kita menutup diri kita dari berukhwah,lantas menutup satu pintu nikmat. Allah bagi kita satu masa yang panjang dan peluang untuk belajar,tapi masa kita bazirkan dengan perkara lain. Allah bagi kita rumah sewa dekat dengan masjid,tapi yang menentukan kaki kita melangkah ke masjid ialah diri,hati,akal kita. Akhirnya kita jugalah yang meletakkan diri dalam syurga,atau neraka "إنا هديناه السبيل إما شاكرا وإما كفورا" “sesungguhnya kami telah menunjukkannya jalan,sama ada dia bersyukur atau dia kufur” Bersama-samalah kita berusaha untuk memilih jalan yang terbaik,pilihan yang terbaik setiap hari. Bersama-samalah kita mengingatkan kawan-kawan kita agar sentiasa mengingatkan kita dan membimbing memilih pilihan dan jalan yang terbaik. Bersama-samalah kita agar sentiasa beramal dan berbuat baik agar malaikat kiri dan kanan kita turut mendoakan kejayaan kita dan meraih pengakhiran yang baik. Wallahualam.
“Iman ialah sebuah perjalanan dan kutipan pengalaman.”“If God wants to make you strong,He doesn’t give you strength,but He gives you opportunities to be strong. If God wants to make you happy,He doesn’t give you happiness,but He gives you opportunities to be happy”.
About Me
- abdul hakim
- Hayyu Ashir, Cairo, Malaysia
- "hanyalah hamba Allah yang ingin berkongsi dan ingin dikongsi serta mengharap redha yang Esa" -Tahun 1, pelajar perubatan Universiti Al-Azhar Asy-Syarif -Asal : Shah Alam, Selangor.
time
Islamic Calendar
'soul`~
Create a playlist at MixPod.com
>...idealism....>
Moga bermanfaat
Ribatul Ukhuwwah
-
-
-
-
Beyond Skyline (2016)8 years ago
-
Banjir : salah siapa?9 years ago
-
[Puisi] Impian10 years ago
-
Sirah Rasulullah s.a.w berulang ?11 years ago
-
Hakikat yang sukar ditelan?11 years ago
-
Polimik Kalimah Allah dan Keredhaan Kuffar11 years ago
-
Memahami Perubahan12 years ago
-
Terima Kasih Al-Azhar !12 years ago
-
Baitul Muslim12 years ago
-
Lima Alam.12 years ago
-
Paradigm13 years ago
-
enjoy and move13 years ago
-
Di persimpangan aku berdiri :)14 years ago
-
-
-
-
-
info sites
Traffic Feed
Followers
Blog Archive
- Apr 2011 (2)
- Jan 2011 (1)
- Dec 2010 (2)
- Nov 2010 (2)
- Jul 2010 (1)
- Apr 2010 (3)
- Feb 2010 (2)
- Jan 2010 (4)
- Dec 2009 (5)
- Nov 2009 (4)
- Aug 2009 (3)
- Mar 2009 (2)
- Feb 2009 (1)
- Jan 2009 (1)
- Dec 2008 (2)
- Nov 2008 (2)
- Oct 2008 (1)
- Sep 2008 (1)
- Aug 2008 (2)
- Jul 2008 (1)
- May 2008 (2)
- Mar 2008 (2)
- Jan 2008 (1)
- Dec 2007 (4)
Alhamdulillah,kita dikurniakan Allah peluang untuk pulang semula ke Mesir bagi melanjutkan pengajian kita dalam bidang masing-masing. Alhamdulillah juga,Allah kurniakan kita peluang untuk menyaksikan secara ‘live’ noktah baru dalam sejarah kebangkitan Mesir. Banyak sangat ibrah sebenarnya yang boleh kita ambil daripada kebangkitan rakyat Mesir ini. Di sini boleh dikongsikan beberapa point:
1. Sunnatullah ialah pemerintahan yang zalim pasti akan dijatuhkan. Kita lihat sendiri bagaimana Hosni Mubarak akhirnya turun setelah 18 hari rakyat menyatakan protes setelah sekitar 30 tahun regim Mubarak menindas rakyat.