-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Salam ukhwah...moga blog baru penulis ni sama2 dpt kita berkongsi dan bermanfaat....
Blog baru ni bertujuan untuk perbaharui entri2....so sama2 berkongsi dan saling menegur...

***************************************

Setiap bulan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ada program yang bagi penulis membangkitkan nafas semangat islami yang baru bagi penduduk setempat. Sejak ada program-program masjid ni, gayanya bergegar jugak la shah alam ni dengan semangat islam pakcik-pakcik, makcik, tak kurang juga para pemuda. Kuliah yang agak best dan berisi kuliah:

1. Forum Tasawur Islam : Dr. Harun Din; Jumaat malam minggu pertama bulan

2. Forum Perdana Bersilibus : penceramah jemputan, Sabtu malam munggu kedua bulan

3. Forum Bicara Ad-din : penceramah jemputan, Sabtu pagi; 7.00am

Kali ni bagi penulis, nak kongsi pengalaman Forum Perdana dan qiam dan slot khas lepas subuh esok paginya.

***********************************************

Forum Perdana diberi oleh panel Dr. Harun Din dan Dr. Rugiah, tajuk tentang keluarga bahagia dan pembinaan anak. Malam tu masjid sangat penuh. Anggaran dalam 8000 orang hadir, lelaki dan perempuan, ayah2 dan ibu2 membawa anak masing2. Malam tu ada iktikaf kerana esok paginya ada qiamullail berimamkan Ust Othman Ibrahim, seorang Imam yang dah banyak ketuai qiamullail2 di masjid2 di negeri Selangor ni.

Yang mahalnya:
1) Suasana pagi di masjid. walaupun malam 8000 orang hadir, yang iktikaf mungkin ada dalam kurang 2000 orang. Tapi rasa indah bila masjid bergegar suara orang qiamullail dan mengaji, suasana ayah beribadah dengan anak, ibu tilawah bersama anak perempuan. Satu suasana yang jarang kita lihat dihidupkan dalam kehidupan harian keluarga-keluarga 'Islam' di Malaysia. Barangkali juga jarang dihidupkan dalam keluarga kita sendiri.

2. Haa,ni yang penulis rasa paling mahal. Pagi tu selepas solat Subuh ada slot terakhir dengan exco Kerajaan negeri Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali. Beliau mengetuai sesi pagi. Mula dengan ucapan ringkas beliau kemudian sesi zikir dan peringatan oleh Ust Othman. Slot ni buat dekat depan bahagian imam seblah mimbar Jumaat. Habis slot zikir Dato' suruh yang datang dengan keluarga duduk dallam halaqah keluarga.

-suasana lepas solat Subuh, duduk dalam halaqah keluarga-

Diketuai Dato', beliau minta anak2 duduk rapat2 berhadapan dengan ibu ayah dalam keadaan tahiyat awal. Kemudian anak2 kena salam dua belah tangan, cium tangan, peluk bahu belah kanan, belah kiri, cium dahi & last cium pipi dan bisik pada telinga ibu ayah, "saya sayang ibu/ayah, doakan saya jadi anak soleh/ah, maafkan semua dosa saya". Diiringi zikir Ust Othman dan mereka2 yg tak bawak family, satu2 anak/pemuda dalam dewan tu yang datang dengan keluarga mula la salam,peluk,cium,jatuh jugak air mata. Penulis pun mula2 rasa macam "ala,bukan tak biasa buat, kadang2 balik skola pun cakap jugak". Tapi,entah knape,bila lafazkan kat telinga ayah,turun jugak air mata. (Ya,saya nangis.Huhu) Tak dapat bayangkan rasa pagi tu. Keluarga lain,anak,mak,ayah,sume nangis. Ayah penulis pun,nangis. Katanya teringat arwah wan. Huhu,tak sangka pulak ayah sendiri pun nangis. Mula2 ingat sendiri je.


*ayah pun nangis....isk2...*

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali".

Penulis kadang2 terfikir, dalam cuti ni mungkin penulis banyak tak tunaikan hak pada ibu bapa. Juga soal pelajaran, dalam soal membalas jasa ibu ayah yang dah banyak keluarkan duit pembelajaran dan belanja harian. Satu soalan yang baik untuk kita lemparkan pada diri kita.

Pesan Dato' Hassan: "amalkan salam,cium tangan,peluk,cium dahi dan minta keberkatan dari ibu ayah.Tanpa redha ibu bapa, seorang anak tak kan mempunyai tempat di muka bumi dan tiada tempat dalam limpahan rahmat Allah"

wallahualam

0 comments: