-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

towards SPM...(2)


Alhamdulillah,usai sudah 4 kertas SPM. Kurang dah gemuruh hati. Rupa-rupanya,tiada apa yang nak rasa gerun sangat dengan dewan peperiksaan, mungkin lagi tenang. Haha. Asyik nak rasa tergelak kecil. Anyways,like all candidates throughout Malaysia,ana wa kullu form 5 mengharap dan bertawakkal SPM kali ini menjadi anekdot masnis dalam hidup,prosesnya,err,dan juga 'keputusannya'.

Towards SPM,saya agak takut. Seminggu selepas trial SPM saya bermimpi. Buruk. Seram. Ngeri. Menakutkan.
Saya bermimpi saya gagal dalam segala aspek hidup. SPM,keluarga,tarbiyyah,....etc.
Saya terbangun dalam keadaan hampir terlupa nak beristighfar dalam kegelapan dorm.

Seminggu kemudian,saya bermimpi lagi. Indah. Harmoni. Bahagia. Tak terkata.
Saya bermimpi saya berjaya dalam segala aspek hidup. Saya menjadi seorang yang 'success'.
Saya terbangun dalam keadaan hampir terlupa nak mengucapkan alhamdulillah...dalam kegelapan dorm.

Ada hadis nabi (bukhari & muslim kalau x silap) berbunyi:
"mimpi orang soleh adalah 1 daripada 42 pintu wahyu"

Bukan nak kata diri soleh,tapi hanya bersyukur akan mimpi yang mungkin datang sebagai satu peringatan dari Rabb Al-Jalil. Bahawa setiap insan harus berusaha sebelu dikurniakan kejayaan. No pain no gain.

Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any one thing.
-Abraham Lincoln-

Walaupun SPM dah bermula,rasa belum terlambat untuk saya mewakili pelajar-pelajar forn 5 hira' memohon maaf atas segala salah-laku @ keterlanjuran kata. Memang nampak macam adat & kebiasaan orang buat minta2 maaf ni kalau nak exam besar,tapi saya rasa ia suatu perkara penting, sebab ia berkisar soal keberkatan. Jadi doa-doakanlah kejayaan kami,bcoz doa orang lain lebih makbul dari doa sendiri.

-Ma'a Taufiq Wan Najah!!-

1 comments:

mz said...

gambar ini bukan kat hira kan?

November 24, 2009 at 8:35 AM