-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Kasih Tiada Noktah

Hadis 1.

Suatu hari malaikat Jibril turun kepada nabi Muhammad s.a.w lalu menceritakan kepada baginda perihal syurga dan neraka serta ahli-ahlinya.

“Setiap anak Adam yang mengucapkan ‘La Ilaha illa Allah’ akan dimasukkan ke dalam syurga, adapun syurga itu mempunyai 8 pintu, maka akan masuklah mereka sesuai dengan darjat dan amalan masing-masing”

“Neraka pula mempunyai 7 pintu, 7 tingkat, setiap satu akan dimasuki oleh manusia setaraf dengan amalan mereka.”

“Tingkat ke-7, yang terbawah adalah tempat orang-orang munafiq”

“Tingkat ke-6 adalah tempat orang-orang yang meninggalkan agama (atheis)”

“Tingkat ke-5 adalah tempat orang-orang yang mengikut Iblis dan orang Majusi”

“Tingkat ke-4 adalah tempat bagi .........(maaf,saya lupa)”

“Tingkat ke-3 adalah tempat orang-orang Yahudi”

“Tingkat ke-2 adalah tempat orang-orang Nasrani”

Malaikat Jibril tidak menghabiskan perihal tngkat Neraka yang pertama,teratas.

Nabi kemudian bertanya: “ Wahai Jibril,tempat siapakah bagi mereka tingkat Nerka yang pertama?”

Jawab Jibril: “Wahai nabi yang mulia, tingkat Neraka yang pertama adalah tempat bagi umat Islam, umatmu yang berdosa dan tidak beramal.”

Mendengarkan keterangan Jibril itu, baginda terus berjalan laju ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak dan mengurung dirinya di dalam rumah.

Hari berlalu, berganti hari, baginda terus mengurungkan dirinya di dalam rumah. Baginda hanya keluar untuk menunaikan solat berjemaah kemudian terus balik tanpa menyapa atau menjawab sebarang sapaan atau soalan daripada para sahabat. Dann baginda terus menangis, dan menangis....

Hati para sahabat menjadi sebak,pilu,sedih melihatkan nabi kecintaan mereka kelihatan dilanda kesedihan, apatah lagi apabila segala sapaan dan soal tanya mereka hanya dijawab dengan mulut yang tertutup rapat daripada baginda s.a.w.

Maka mulalah seorang demi seorang sahabat Nabi pergi ke rumah beliau.
Daripada Abu Bakr,Umar Al-Khattab,Usman bin Affan,Ali Abi Thalib, Zaid Tsabit, semuanya pulang dengan hampa.

Seorang demi seorang mereka mengetuk pintu rumah baginda dan member salam. “Wahai nabi,ini aku,Fulan bin Fulan.” Setelah 3 kali ketukan,tiada jawapan. Begitulah keadaan mereka yang cuba memujuk nabi agar keluar dan berkongsi dengan mereka akan kesedihan baginda.

Sehinggalah ke Salman Al-Farisi,setelah mendapat tiada jawapan daripada salamnya, beliau terus ke rumah Fatimah.

“Wahai Fatimah,lihatlah ayahmu. Sudah lama dia begini. Aku pohon,tolonglah pujuk dia keluar dan ceritakan kesedihan beliau. Kau anaknya,pasti dia akan keluar.”

Fatimah terus ke rumah ayahnya lalu mengetuk pintu. “Wahai ayah,ini anakmu Fatimah. Bukalah pintu.”

Baginda membuka pintu. Fatimah bertanya kepadanya akan kelakuannya. Nabi menjawab: “Hai Fatimah,sesungguhnya aku telah dikhabarkan oleh Jibril akan 8 pintu syurga dan 7 tingkatan Neraka serta ahli-ahlinya. Dan tingkat pertama neraka ahli-ahlinya adalah umatku yang berdosa dan tidak beramal”.

Setelah luahan nabi ini sampai kepada para sahabat,mereka semua menangis.

Hadis 2.


Suatu ketika nabi pernah ditunjukkan Neraka oleh malaikat Zabaniah. Baginda terlihat umatnya berada di dalamnya. Lantas nabi bertanya: “Hai Zabaniah, mengapa kau menyiksa umatku yang mengucap ‘La Ilaha illa Allah’?”

Malaikat Zabaniah menjawab: “Itu urusan Allah, tapi hanya mereka yang berdosa dan tidak beramal, yang meninggalkan solat 5 waktu dan puasa dari kalangan umatmu yang akan menjadi ahli Neraka.”

Maka baginda pun menangis...............

*sedikit perkongsian daripada hadis yang saya dengar di masjid daripada syeikh Ahmad Al-hamad. Mungkin kurang tepat,tapi mafhumnya lebih kurang begini.

*sempena maulud nabi,tapi seharusnya setiap masa,peringatilah kasih sayang dan kesungguhan nabi untuk kita,umatnya yang tidak pernah beliau lihat,tapi sentiasa beliau ingat, kita tetap menerima kasih sayangnya. Kasih yang tiada noktah...........

Baginda: “Aku sungguh mencintai sebahagian daripada umatku”

Para sahabat: “Siapakah mereka wahai nabi?”

Baginda: “Mereka ialah umatku yang tidak pernah melihatku dan bersamaku, tetapi mereka sangat mencintaiku dan mengikut sunnahku”


Kasih yang tiada noktah......dari nabi tercinta...dan kita adalah umatnya.....

~Syria~...musafirku.....

Syria. Bilad Syams. Tanah yang didoakan nabi Muhammad s.a.w. Sudah 2 minggu saya di sini,banyak juga perkara yang membuka mata. Kata orang, banyak berjalan, luas pengalaman. Harapnya begitu. Bilad syams yang dimaksudkan dalam hadis merangkumi 4 negara: Palestin,Jordan,Syria dan Lubnan.


Sekarang ‘fasl syitaa’ (musim sejuk) di Syria. Suhu pagi2 kadang2 14C, petang2 pula x jauh beza, apa lagi ditambah dengan angin petang. Suhu petang jadi makin mencabar kadangkala dengan adanya angin. Musim sejuk waktu pagi pendek,malam lama. Subuh 5am, maghrib pula 5pm. Tapi senang kalau nak puasa isnin khamis,paginya kejap.


Cabarannya ialah nak keluar ke kelas pagi2 jumpa syeikh,ustaz. Memang betul orang kata,musim sejuk ni sedap tidur. Hari2 awal di sini saya mampu gagahkan diri ke masjid kala subuh. Tapi kebelakangan ini tewas 2-3 hari. Mujahadah sangat perlu di musim sejuk,juga kena peka dengan kesihatan. Nak mandi pun kena berjaga,takut sakit tulang dek sejuk meresap.


About Syria:
1) Bi’ah ilmiah sangat bagus. Ceramah2 syeikh2 banyak dan selalu diadakan. Ulama’ Syria memang ramai. (tapi saya harus mantapkan bahasa arab dahulu untuk faham lebih dalam)
2) Masjid sangat dekat. Jika saya berjalan 1 kilometer,mungkin akan jumpa dalam 3 @ 4 masjid. Jadi jika anda di Syria tapi tak berjaya solat jemaah lima waktu di masjid,sangat rugi.
3) Di sini terdapat banyak maqam wali,ulama’,sahabat,tabiin,etc. Saya sempat menziarahi maqam ummu maktum dan Khalifah Muawiyah. Juga Fatimah cicit nabi,anak Saidina Husin.
(maqam sahaja,tak semestinya kubur. Banyak pendapat,etc....)


Selain itu:
1) (menurut orang sini) Berlalu beberapa tahun,bi’ah Syria turut mengalami perubahan kesan urbanisasi. Pemuda2 sini sudah kurang ke masjid. Gaya hidup mereka juga berubah. Tidak sebaik dahulu. Antara asbab ialah:
1) gaya fesyen dari barat.
(andai anda dapat lihat fesyen ‘winter boots’ wanita arab sini....itu kasut, belum fesyen lain)
2) sini ada macam Astro,tapi beli decoder sekali bayar,dan tak perlu bayar yuran bulanan. Piring satelitnya lebih besar dari piring Astro,dan dapat rangkaian lebih 6000 ‘channel’,termasuk channel luar negara. Jadi orang miskin pun mampu beli.


Meskipun begitu,Syria punyai suasana ilmiah yang baik. Masyarakat umumnya bertutur campur bahasa ammi dan fusha,tetapi ramai yang faham dan tahu bertutur dengan fusha,walaupun pemandu teksi @ servis. (sini ada van,macam bas,panggil servis. Bas juga ada,lawa ala2 rapid KL)


Hanya mengharap suasananya kekal dan bertambah baik,tidak dimamah urbanisasi. Shopping mall di sini pun di bandar lawa dan majunya boleh kata taraf KL. Tapi kita lihat lah KL,tak mahu Dimashq pula jadi begitu.


Nak ulas perkara-perkara lain (siasah,ad-din,siahah,tapi tak sesuai di sini. Atas beberapa asbab)


Saya di sini mungkin 2 bulan lebih sahaja. Pinta doa dari kalian. Mahu menggarap ilmu semampu mungkin,2 bulan terlalu sekejap.Uzlah dari Malaysia sebentar. Hanya mujahadah mampu bantu saya. Wallahu alam


*Kepada yang bertanya:
-maaf,kalau tulis dalam bahasa arab banyak salah pula,dan pembaca faham? (saya tak hebat~)
-lepas 2 bulan saya boleh bertutur @ tidak? Entah. Doakan. Nantikan. Haha.