-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Soalan demi soalan



Lumrah datang ke Mesir, atau saya kira ke mana-mana negara sahaja jua atas tujuan pembelajaran. Pasti akan kena soalan demi soalan. Dari kawan, senior, keluarga, dan... masyarakat tempatan!

Keluarga:

Adik: “Makan ok?”
Baba: “Duit cukup?”
Ummi: “Buku dah beli?”
Along: “Belajar macam mana?”
Kak ngah: “Bila cuti?”

Senior:

“Asal mana?”
“Tajaan apa?”
“Dulu sekolah mana?”
“Kenapa datang ke Mesir?”
“Kenapa nak ambil medic?”
“Apa harapan datang ke Mesir?”


...dan macam2....dah macam orientasi sekolah....

Haa...masyarakat??

“Kenapa tak belajar medic di Malaysia?”
“Anta andunisi? (Indon) Thailand? Sin (cina) Niger? (Nigeria)” [x pernah nak teka Malaysia....cis]
“Kenapa nak belajar bahasa Arab? Bahasa ni bahasa yang paling susah di dunia!”
“Mahathir Mohammad?”
“Anta Muslim? Malaysia negara Islam?”
“Kamu dari Kelantan? Kelantan quwais~”
(Quwais=bagus)
...dan macam2.....

Tapi,sudahkah anda menjawab sesetengah persoalan penting dalam diri anda?



Khususnya buat teman2 seperjuangan di Mesir, juga di negara lain, umumnya buat rakan-rakan seperjuangan yang masih di IPT yang mungkin persoalan2 ini berkait. Sudahkah terjawab?

-apa target utama datang ke Mesir?
-sungguh mahu jadi seorang doktor? Doktor seperti apa yang kalian ingin jadi?
-minat ke bahasa Arab? Mahu kuasai atau tidak?
-adakah anda memiliki target akademik sahaja, atau sudah ada misi-misi tambahan?
-sudahkah mempunyai rancangan untuk memanfaatkan Mesir sepenuhnya?
-mahu manfaatkan masjid-masjid dan suasana yang sukar diperoleh di Malaysia atau tidak?
-sudah masukkan semua jawapan bagi persoalan2 ni dalam niat ke belum?
dll.....

Sungguh,ada banyak soalan demi soalan. Tapi, persoalan diri sudah terjawab atau belum?

Pastikan anda manfaatkan sepenuhnya keberadaan di Mesir! (atau di IPT @ negara yang anda berada)

Wallahualam
p/s: teman2 mesir, dah pandai pergi pasar ke belum? ~ 8D X)

Salam dari Mesir



Alhamdulillah, sudah 43 hari saya berada di Mesir. Alhamdulillah, tercapai juga impian saya ingin belajar perubatan di Bumi Anbiyaa’. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya peluang untuk sekali lagi hidup dalam suasana budaya masyarakat Arab yang penuh dengan mulahazot2 (iktibar2) yang boleh diambil dari kehidupan mereka. Alahmdulillah, Allah dekatkan saya hanya jarak beberapa ratus kilometer sahaja dari bumi Palestin. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.......

"الله اجعلنی لك شاكرا"

Sememangnya banyak ibrah yang saya boleh ambil dari mereka masyarakat Arab di sini. Biasanya sesiapa yang akan ke Mesir pasti akan diberitahu:

“kat mesir ni, Firaun pun ada, Nabi pun ada. Ha,pilihlah mana yang kamu nak ikut”

Begitu jugak bunyi atuk saudara saya nasihat. Tapi ada benarnya. Masyarakat Arab ni, dapat yang baik, memang teramatlah baik. Seperti jiran saya pakcik ‘Aatif, sudah 2 kali saya masuk rumah beliau. Dapat halawiyat & jus oren segar dingin lagi tu. Tapi, kalau yang buruk perangai, memang kena sabar. Tapi, yang jelas, orang berbudi, kita berbahasa.

Antara beberapa perkara yang saya dapati amat menarik tentang Mesir:

1) Hasil sembang2 dengan pakcik driver teksi, julat rakyat di Cairo sahaja berjumlah sekitar 28 juta orang. 28 juta!! Bayangkan, satu Malaysia kita hanya berjumlah 27 juta, sedangkan bandar Kaherah, hanyalah sebuah bandar.

2) Jumlah penduduk seluruh Mesir kini berjumlah sekitar 95 juta orang. Kadar penambahan setiap tahun pula sekitar 10 juta orang. (ini saya dapat dari pemandu teksi. Wallahualam benar atau tidak)

3) Boleh bayangkan, kadar penambahan pelajar university setiap tahun dengan penambahan bilangan bas yang lalu ke university setiap tahun. Ditambah pula dengan ramai bilangan penduduk yang memiliki kereta. Jalan raya amatlah sesak.

4) Sesetengah rumah memiliki saluran paip gas memasak, seperti rumah saya. So, tak perlulah susah2 saya dan ahli rumah angkat tong gas. Alhamdulillah lagi….~ (kesian kawan2 yang rumahnye xde….heheh…)

5) Disebabkan terlalu banyak penduduk, banyak juga peluang pekerjaan yang sesama masyarakat Mesir sendiri wujudkan. Sebagai contoh, imarah (bangunan) yang saya tinggal ada tukang kebun, tukang sapu laluan, tukang kutip sampah dari setiap rumah selang 2 hari, dan tukang cuci kereta. Yang tinggal cuma saya tiada bibi’ orang gaji. (hehe). Itu semua hanya dengan bayaran 20 genih setiap bulan. (lbh krg RM12). Rumah kami tetap kena bayar sebab semua rumah dalam bangunan bayar. Nampak bagaimana peluang pekerjaan dibuka? Bagi penduduk mesir yang perlukan kerja tapi kurang berpendidikan.

Dan banyak lagi yang insyaAllah saya kongsikan akan datang, atau anda sendiri datang ke Mesir?

Saya masih lagi dalam fatroh menyesuaikan diri. Musim sejuk makin mendingin dengan suhu pagi tadi 22C. (Jordan lagi sejuk). Juga dengan bacaan2 buku2 medik + bacaan tambahan, dll, saya harus lebih bijak menyusun masa. Pohon didoakan.

Maaf sudah lama tidak update. Saya bercuti sementara. I/allah akan terus menulis. Wallahualam.

"A journey ends when you say 'I Quit'"