-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Soalan demi soalan



Lumrah datang ke Mesir, atau saya kira ke mana-mana negara sahaja jua atas tujuan pembelajaran. Pasti akan kena soalan demi soalan. Dari kawan, senior, keluarga, dan... masyarakat tempatan!

Keluarga:

Adik: “Makan ok?”
Baba: “Duit cukup?”
Ummi: “Buku dah beli?”
Along: “Belajar macam mana?”
Kak ngah: “Bila cuti?”

Senior:

“Asal mana?”
“Tajaan apa?”
“Dulu sekolah mana?”
“Kenapa datang ke Mesir?”
“Kenapa nak ambil medic?”
“Apa harapan datang ke Mesir?”


...dan macam2....dah macam orientasi sekolah....

Haa...masyarakat??

“Kenapa tak belajar medic di Malaysia?”
“Anta andunisi? (Indon) Thailand? Sin (cina) Niger? (Nigeria)” [x pernah nak teka Malaysia....cis]
“Kenapa nak belajar bahasa Arab? Bahasa ni bahasa yang paling susah di dunia!”
“Mahathir Mohammad?”
“Anta Muslim? Malaysia negara Islam?”
“Kamu dari Kelantan? Kelantan quwais~”
(Quwais=bagus)
...dan macam2.....

Tapi,sudahkah anda menjawab sesetengah persoalan penting dalam diri anda?



Khususnya buat teman2 seperjuangan di Mesir, juga di negara lain, umumnya buat rakan-rakan seperjuangan yang masih di IPT yang mungkin persoalan2 ini berkait. Sudahkah terjawab?

-apa target utama datang ke Mesir?
-sungguh mahu jadi seorang doktor? Doktor seperti apa yang kalian ingin jadi?
-minat ke bahasa Arab? Mahu kuasai atau tidak?
-adakah anda memiliki target akademik sahaja, atau sudah ada misi-misi tambahan?
-sudahkah mempunyai rancangan untuk memanfaatkan Mesir sepenuhnya?
-mahu manfaatkan masjid-masjid dan suasana yang sukar diperoleh di Malaysia atau tidak?
-sudah masukkan semua jawapan bagi persoalan2 ni dalam niat ke belum?
dll.....

Sungguh,ada banyak soalan demi soalan. Tapi, persoalan diri sudah terjawab atau belum?

Pastikan anda manfaatkan sepenuhnya keberadaan di Mesir! (atau di IPT @ negara yang anda berada)

Wallahualam
p/s: teman2 mesir, dah pandai pergi pasar ke belum? ~ 8D X)

3 comments:

Aiwah..benar, sering la tajdid niat kita bersama.. Moga kedatangan kita di bumi anbiya'ini benar2 ikhlas dan mencapai matlamat yg kita damba-dambakan..Allah Yusahhil Alaika.. =)

November 10, 2010 at 5:36 PM  
Anas Y said...

smart2.. dh lama ke anta sampai kat mesir ??

November 11, 2010 at 4:00 AM  

ammar: i/allah akhi. wa iyyak. dah smpi sini, makin bnyk persoalan timbul. kan? huhu~

anas Y: syukran. ada la sebulan 1/2. bila nak dtg mesir?

November 12, 2010 at 3:24 AM