Puasa disyariatkan pada akhir bulan Sya'ban tahun ke-2 hijrah, dua tahun selepas perpindahan nabi dari Mekah ke Madinah. Sepanjang hayat baginda sempat berpuasa Ramadhan sebanyak sembilan kali.
Menurut para sarjana Islam, amalam puasa bermula sejak zaman Nabi Adam, Beliau berpuasa bagi membayar kafarah kerana memakan buah yang dilarang oleh Allah sewaktu di dalam syurga. Allah dengan penuh hikmah menurunkan Adam ke bumi sebagai balasan bagi kesilapannya tertipu dengan godaan syaitan yang menghasutnya dan Hawa agar memakan buah larangan itu. Selepas itu amalan puasa terus diamalkan pada zaman nabi-nabi sebagai menguatkan iman,roh dan jasad dalam menghalang dan mengekang nafsu.
Pakar-pakar sejarah mendapati amalan puasa juga turut diamalkan oleh bangsa-bangsa lain seperti bangsa Romawi,Mesrin purba,Yunani dan orang Hindu dengan cara dan keefahaman yang berbeza-beza. Bagi orang Yahudi pula, tercatat dalam Taurat bahawa wajib berpuasa pada hari ke-10 bulan ke-7 dalam kalendar mereka, bertepetan dengan hari 'Asyura bagi muslimin. Menurut Al-Qurtubi pula Allah mewajibkan umat nabi Musa dan Isa berpuasa Ramadhan juga. kemudian ia ditambah menjadi 40 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh dari sakit, lalu puasa orang Nasrani menjadi 40 hari.
Saidatina Aisyah menceritakan dalam beberapa riwayat bahawa orang-orang Quraisy Mekah berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram). Apabila Nabi Muhammad mendapat orang-orang Yahudi juga turut berpuasa pada hari yang sama, baginda dan para sahabat menambah puasa satu hari sebelum Asyura bagi membezakan Muslimin dan Yahudi. Pada penghujung bulan Sya'ban tahun 2 hijrah, turun ayat surah al-baqarah ayat 183-185 mengarahkan umat Islam agar berpuasa Ramadhan sebulan. Selepas puasa Ramadhan disyariatkan (diwajibkan), hukum puasa Asyura berubah. Banginda bersabda,
dan sesiapa yang hendak berbuka berbukalah".
(*sebelum disyariatkan Ramadhan, puasa Asyura adalah sunat.
Selepas disyariatkan hukumnya kekal sunat")
(Diambil dari keterangan tentang bulan Ramadhan oleh Abdul Hadi Awang)
0 comments:
Post a Comment