-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

satu lagi kongsi ramadhan

Satu lagi?Ya, kerana dah banyak orang cerita pasal ramadhan. Tapi tak apa, meraikan bulan yang dinanti2kan. Tapi insyaAllah, ana ingin kongsi sesuatu yang lain sikit je.

Ahlan Ya Ramadhan!!


Alhamdulillah....syukur kita kerana dapat kita sampai ke bulan ini. Bagi diriku, ku doa agar diriku dan semua pembaca tidak terlepas satu hari pun berpuasa,lagi2 janganlah sebab selain uzur @ sakit, kerana hadis nabi :

"sesiapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadhan bukan sebab kemudahan (yang diizinkan oleh agama) dan bukan sebab sakit, dia tidak dapat mengganti pahalanya dengan berpuasa selama-lamanya sekalipun dia mampu melakukannya" -riwayat Tarmizi-

Allah menciptakan manusia terdiri daripada 2 unsur :
1- malikiyyah 2- bahimiyyah
(kemalaikatan) (kebinatangan)

Òθ¼¿ ÒÎÀÈI

Kita diciptakan oleh Allah mempunyai 2 unsur ini akan kedua sifat ini melengkapkan kita sebagai hamba Allah yang berIman dan taat beribadah juga diuji dengan nafsu yang harus kita kawal dan kekang sentiasa. Itulah kita manusia, berbeza dengan binatang dan malaikat yang dikurnia 1 unsur sahaja. Unsur bahimiyyah memenuhi keperluan fizikal dan manusia kita dan malikiyyah pula memenuhi aspek keruhanian diri kita.

Justeru itu, antara faktor yang menyebabkan bulan Ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyyah unggul dan jάM jÈq (bulan perubahan) ialah kerana dengan berpuasa kita mengekang nafsu dan unsur kebinatangan diri kita ke tahap minimum, disokong oleh bi'ah dan amalan-amalan Ramadhan kita yang lain. Akhirnya kita mampu melonjakkan unsur malikiyyah diri ke tahap yang semaksima mungkin, menjadikan kita lebih hampir kepada Allah dan lebih cenderung kepada ÆBÀÍG ÑËÝY.

hapSelain itu, suka untuk penulis kongsi beberapa hadis:

اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan" -riwayat Bukhari (3393)-

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu" -riwayat Bukhari (36)-

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.
"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar". -riwayat Muslim (233)-

Semoga penulis dan pembaca sama-sama mengambil ibrah dari keistimewaan dan kerahmatan bulan ramadhan, trus menuju titik-titik perubahan. Ramadhan kareem.
Wallahualam.

Kasih Ibu Ayah

Salam ukhwah...moga blog baru penulis ni sama2 dpt kita berkongsi dan bermanfaat....
Blog baru ni bertujuan untuk perbaharui entri2....so sama2 berkongsi dan saling menegur...

***************************************

Setiap bulan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ada program yang bagi penulis membangkitkan nafas semangat islami yang baru bagi penduduk setempat. Sejak ada program-program masjid ni, gayanya bergegar jugak la shah alam ni dengan semangat islam pakcik-pakcik, makcik, tak kurang juga para pemuda. Kuliah yang agak best dan berisi kuliah:

1. Forum Tasawur Islam : Dr. Harun Din; Jumaat malam minggu pertama bulan

2. Forum Perdana Bersilibus : penceramah jemputan, Sabtu malam munggu kedua bulan

3. Forum Bicara Ad-din : penceramah jemputan, Sabtu pagi; 7.00am

Kali ni bagi penulis, nak kongsi pengalaman Forum Perdana dan qiam dan slot khas lepas subuh esok paginya.

***********************************************

Forum Perdana diberi oleh panel Dr. Harun Din dan Dr. Rugiah, tajuk tentang keluarga bahagia dan pembinaan anak. Malam tu masjid sangat penuh. Anggaran dalam 8000 orang hadir, lelaki dan perempuan, ayah2 dan ibu2 membawa anak masing2. Malam tu ada iktikaf kerana esok paginya ada qiamullail berimamkan Ust Othman Ibrahim, seorang Imam yang dah banyak ketuai qiamullail2 di masjid2 di negeri Selangor ni.

Yang mahalnya:
1) Suasana pagi di masjid. walaupun malam 8000 orang hadir, yang iktikaf mungkin ada dalam kurang 2000 orang. Tapi rasa indah bila masjid bergegar suara orang qiamullail dan mengaji, suasana ayah beribadah dengan anak, ibu tilawah bersama anak perempuan. Satu suasana yang jarang kita lihat dihidupkan dalam kehidupan harian keluarga-keluarga 'Islam' di Malaysia. Barangkali juga jarang dihidupkan dalam keluarga kita sendiri.

2. Haa,ni yang penulis rasa paling mahal. Pagi tu selepas solat Subuh ada slot terakhir dengan exco Kerajaan negeri Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali. Beliau mengetuai sesi pagi. Mula dengan ucapan ringkas beliau kemudian sesi zikir dan peringatan oleh Ust Othman. Slot ni buat dekat depan bahagian imam seblah mimbar Jumaat. Habis slot zikir Dato' suruh yang datang dengan keluarga duduk dallam halaqah keluarga.

-suasana lepas solat Subuh, duduk dalam halaqah keluarga-

Diketuai Dato', beliau minta anak2 duduk rapat2 berhadapan dengan ibu ayah dalam keadaan tahiyat awal. Kemudian anak2 kena salam dua belah tangan, cium tangan, peluk bahu belah kanan, belah kiri, cium dahi & last cium pipi dan bisik pada telinga ibu ayah, "saya sayang ibu/ayah, doakan saya jadi anak soleh/ah, maafkan semua dosa saya". Diiringi zikir Ust Othman dan mereka2 yg tak bawak family, satu2 anak/pemuda dalam dewan tu yang datang dengan keluarga mula la salam,peluk,cium,jatuh jugak air mata. Penulis pun mula2 rasa macam "ala,bukan tak biasa buat, kadang2 balik skola pun cakap jugak". Tapi,entah knape,bila lafazkan kat telinga ayah,turun jugak air mata. (Ya,saya nangis.Huhu) Tak dapat bayangkan rasa pagi tu. Keluarga lain,anak,mak,ayah,sume nangis. Ayah penulis pun,nangis. Katanya teringat arwah wan. Huhu,tak sangka pulak ayah sendiri pun nangis. Mula2 ingat sendiri je.


*ayah pun nangis....isk2...*

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali".

Penulis kadang2 terfikir, dalam cuti ni mungkin penulis banyak tak tunaikan hak pada ibu bapa. Juga soal pelajaran, dalam soal membalas jasa ibu ayah yang dah banyak keluarkan duit pembelajaran dan belanja harian. Satu soalan yang baik untuk kita lemparkan pada diri kita.

Pesan Dato' Hassan: "amalkan salam,cium tangan,peluk,cium dahi dan minta keberkatan dari ibu ayah.Tanpa redha ibu bapa, seorang anak tak kan mempunyai tempat di muka bumi dan tiada tempat dalam limpahan rahmat Allah"

wallahualam

...berundur sebentar....

"rehat bagi seorang mu'min hanyalah kematiannya"

aduh,diri ini mahu rehat sebentar
ada perkara lain yang mahu diselesaikan
jadi, laman ini akan pasif puat sementara waktu

'time is a great friend, for it gives us chances & opportunities.
But,if you mistreat it, it will eat your life away'


>> allah yubarikum <<

-harap maklum-

Jangan salah faham.

Bukan penciptaan manusia itu rosak.
Tapi benih yang tidak dibaja akan mudah dijangkiti.
Benih kekurangan air pasti layu. Sugul. Colourless. Tiada seri...

Manusia??
Kan sama??

Wahai teman-teman.....
Maksudku kita sudah di'rosak'kan sejak lahir, adalah lebih kurang begini:
(walaupun x semua orang nasibnya begini)

1. Bayi kecil yang terlalu comel itu diletakkan di tengah-tengah 'halaqoh'. Menjadi 'main focus' of the day. Diadakan sambutan di hari ini sungguh istimewa, menyambut kelahirannya ke bumi beberapa hari lalu. Gembiranya wajah-wajah mama,papa,atuk,nenek,along juga angah. Tak lupa juga jemputan Datin Mary, Datuk Karim, Dr.Gopal,para VIP juga jiran tetangga. 85 orang semuanya. "I nak namakan dia Danny. Sedap x bang?", kata mama.

2. Ahmad terpaku di depan 'kotak hitam'. Sungguh ajaib dan penuh magis kotak itu. Masakan tidak,bagai patung Ahmad di depan ia, sudah 4 jam lamanya. Azan Zohor 1 jam lepas,manal
ah si patung dengar. Begitu rancak aksi 'suspen','thrill','action',.....'romantik'? Filem Die Hard 4,disusuli  Fast & the Furious pasti memukau & menahan nafas penonton. Ahmad, ingusan 9 tahun juga tidak terlepas. (9 tahun?) "Lepas ni WWE......", bisik akal Ahmad. Nurul adiknya 7 tahun terlena di sofa belakang Ahmad. Penat setelah penat menangis minta Ahmad tukar cerita kesukaannya, Sembilu.

3. AJ : ".......hmhmhmhm....." (mengalun muzik)
    AZ : " adik paham ke lagu Barat ni? adik tau ke Akon tu tengah nyanyi pasal ape?"
    AJ : "??...ntah...x tau....tapi best!! Rancak lagu die!!
    AZ : "tapi kalau adik x faham camne boleh best? Raihan ke Mirwana ke x minat?
    AJ : "Raihan??....x best......lagu ni Ainur yang bagi"
    AZ : "Ainur??" (wah...dahsyat)

4. Ahmad mendengus. Gara-gara ibu memarahinya,terlepas Ahmad siri kartun kesukaannya. Ahmad masuk ke tandas. Tangan kiri lupa nak basuh. Kaki pula sekadar celup-celup. Sejad
ah dibentang. Kalau lumba sembahyang dengan
 Superman,memang setara. 2 min,Ahmad kembali di depan 'kotak ajaib'.















*Mungkin ini bukan anda.....tapi aku agak terkaku bila berhadapn dengan adik-adik luar begini.
  Sangkanya mudah dilentur, tapi benih yang rosak,bila jadi pohon yang sakit....aduh...susah nak rawat. Pening. Ilmu 'mencantas' dan 'menggembur' pun tak banyak.


Syukurlah,ibu bapa kita sungguh prihatin.
Mungkin ada yang terlalu sibuk atau mereka kurang agama.
Mungkin ada ibu bapa yang bermasalah, juga tidak bijak mendidik.
Tapi, satu kesedaran mereka.....
Mereka mahu anak mereka beragama...
Mereka sedar....anak-anak kini dari 'benih' yang rosak....
Walaupun mereka x sedar bahawa ini juga angkara :

  > Amerika & Barat > dari kebanyakan benda yang harus diboikot

> Orientalis, musuh2 Islam  > terlalu hidup senang

> zionis > artis, hiburan & fesyen
> sendiri tidak hidup dengan agama dan menghidupkannya dalam keluarga

Sedarkah kita?
Barangkali,kita kini masih lagi rosak
Walhal,ramai kita sudah pun dikelilingi tarbiyyah
Punya penyakit-penyakit kronik
Yang perlu di'rawat' atau di'cantas'

Jangan cemas. Cari cermin. Cari 'doktor'. Tengok diri. Mari.



   

! --aLeRt-- !! ...hafizul qalb//

Allahuakbar!! Masa sungguh pantas berlalu.
Sedar tidaknya kini sudah penghujung Februari.
Moga kita telah memanfaatkan masa-masa yang telah berlalu,
justeru bersedia untuk masa-masa akan datang.

"time is a great friend,for it gives you opportunities and chances. but we always mistreat it, so it steals away our life" -???-

++++++++++++++++++++++++++++

Melangkah ke alam 2009 ini,pada awalnya penuh kerisauan.
Ya, kerna SPM.
Ya, kerna ini tahun terakhirku.
Tidak, bukan kerna kerja-kerjaku.
Tapi, bukan itu punca utama.
Tapi, 'situasi' baru juga kesediaan akal & hati.
Kerna manusia, pasti berkonfrantasi dengan manusia juga.
Itulah yang pening.



Shukran pada 1 akh,aku suka benar nasihatnya:

"setiap tahun pasti ada cabaran @ mihnah baru, bererti ada nilai-nilai tarbiyyah yang Allah mahu didik pada diri da'ie sebagai persediaan dan pengalaman untuk masa-masa akan datang. Sentiasa pandang situasi dengan hikmah. Jadilah air dalam menghadapi halangan."

"we grow and mature with experience" -my dad-
-tarbiyyah & iman juga pengalaman, x bersungguh ke arahnya, x dapat apa-apa-

++++++++++++++++++++++

Bagi diri ini,ada perkara lain yang menghairankan. Entah. Mungkin penulis je. Tapi, kalian tengoklah sendiri.-

1. I entered my Makcik' room (in SJ). She chatted with mom over 30 mintues already. 11.15pm. Hope she's done. Allah......
mum : lawa kan??
self : untuk siapa?
mum : yang ni is yours, yg ni 4 ur future ****

self : huh?........-dumbstruck-.....what?

2. akh : ana rasa baik anta terus terang dengan ana. ana takut imej anta punah.
self : apa ni? ana x faham....
akh : kalau betul,baik anta bertaubat. syaitan selalu ganggu kita.
self : apa dia?
akh : >>>...............................<<>Allah.......jauhkanku dari fitnah.....
)

3. adik : abg, ana ada masalah hati....ana x tau mcmne nak buang rasa ni
self : klu x boleh selesai sendiri,boleh cerita....

adik : camni.......>>>....................<<<<>>>...<<<. ............... (astaghfirullah) 4. satu sesi halaqoh. wajah2 sungguh bercahya & bersemangat. sejuk hati melihat. sesi hampir tamat. juadah letih memanggil. .......entah,x sengaja tertanya- self : siapa sini ada masalah ******** -them- : ****** (dari self ;diorang ni paham x soalan,kenapa hampir sume angkat tangan?)
1 of them : ana punya >>>>......<<<<<>)



Syaitan. Bersifat bijak,licik dan sangat mengenali fitrah manusia.
Lantas mengguna ia sebagai wadah projek.
Hasil pengalaman ratusan abad. Sungguh arif akan kelemahan 'an-nas'.

Fitrah manusia. X salah,tapi sering disalah tafsir. Juga salah cara penyelesaian.
Bermula dari lintasan hati. Cetusan fitrah. Akhirnya, dipandu oleh IMAN VS NAFSU.
Maka,kita lihatlah siapa lagi hebat.


-Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina (pula) atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang yang beriman-

Wahai remaja,belia,syabab,hati ini sesuatu yang kompleks....
Jika tak dipandu oleh iman, maka yang jelas cuma nafsu.....
Juga buat diriku & semua teman seperjuangan,ini 1 ujian....
Era ini,kita semua sudah dibina jadi 'rosak'....oleh wadah-wadah Israel,Zionis,Orientalis....
'Rosak' ini harus dibaiki semula dengan iman,kefahaman....dan tarbiyyah.....
Sekadar khotiroh.....

-apa ibrah yg Allah mahu ajariku kerna sketsa2 ini??-
-ya,kita di'rosakkan' sejak kecil.....nanti saya cerita lagi...maaf,bahasa bercampur-