-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

~nostalgia kasih~

Bulan lepas
Tak ingat tarikh
Tengahari
SACC

".....ok....mula-mula,letak papan iklan ni kat setiap entrance, pastu angkat kotak-kotak kat tingkat 4,pastu....." begitulah aku membantu ibuku di Cambridge Centre,sedikit sebanyak mengurangkan kerja-kerja staff dan guru-guru. Tapi, kerja kuli la katakan.....siapa suka. Tapi ringan2 kan je la tulang belakang ni. Tak patah. Tiba-tiba,ummiku:

"Man,tunjuk kat uncle ni ATM kat mane" aku terpandang seorang pakcik,usianya baru masuk 40-an barangkali. Tongkat putih di tangan kanan dan kirinya membantu kesukarannya berjalan. Accident barangkali. "Mari pakcik,saya tunjukkan. This way. Lantas aku mambawanya ke mesin ATM di tingkat 1. Anak lelakinya ikut di belakang,umurnya belasan tahun. Aku cuba berbual dengan pakcik tersebut, namun dia lebih suka mendiamkan diri.

Yang menyentuh hatiku ialah interaksi anak dan ayahnya sepanjang perjalan pergi dan balik dari mesin ATM. Anak tersebut berjalan di hadapan ayahnya, meskipun dia pun tak tahu di mana mesin ATM. Aku yang tunjuk,tapi dia di depan. Si ayah dibiarkan berjalan di belakang, langsung tiada perbualan @ interaksi. Rasa macam aku ni la anak dia patutnya.

Terdetik di hatiku rasa sedih. Ayah pergi ATM keluar duit untuk bayaran,namun si anak berkelakuan seperti anak raja. Mungkin hari ini sahaja,tapi adakah si ayah terluka? Jalan ayah terhenjut-henjut,melambatkan perjalanan. Terasakah si ayah? Mungkin aku yang emosional, tapi ku rasa wajar kita renungi.

Kerana apa? Mungkin kita di rumah malas,buang masa,asyik menghadap tv,langsung tidak menghiraukan susah payah ibu dan bapa. Atau mungkin kita asyik keluar rumah sampai ibu dan bapa terasa. Terasa kita berjauhan walau duduk sebumbung. Tiada interaction. Adakah ibu bapa kita x serasi dengan kita? Atau, kita yang x peduli.

Pointku simple je,ada antara kita memang biasa duduk rumah je. Tapi dlm rumah macam takde ibu bapa. Ada antara kita memang selalu keluar, sibuk dengan agenda masing-masing. Tapi kita lupa akn ibu bapa. Walaupun perlu sangat keluar atas agenda yang besar,hubungan baik dengan ibu bapa adalah perlu demi keselamatan agenda. Jadi,manfaatkanlah masa semasa di rumah. Rapatkan jurang antara kita dengan ibu bapa. Makan sama2 barangkali,atau menonton tv. Lebih baik lagi membantu kerja2 mereka,sama ada kerja2 rumah @ lain2.

Walaupun ada yang bergelar da'ie bukan alasan untuk mengabaikan ibu bapa. Bukan terlalu mementingkan mereka,namun sekadar menjaga hati mereka agar mudah kerja2 dan urusan keluar rumah. Korbankan sedikit masa sahaja di rumah sudah cukup untuk menawan hati2 mereka. Cuma kita yang buat x tau. Sedikit sebanyak berkongsi pengalaman.....itupun setelah ku tinjau2 kehidupan kawanku....kadang2 berlaku,kita x sedar.....renungilah......sama2 renungi.....

"dan berbuatlah baik kepada kedua ibu bapamu......"

0 comments: