-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

mereka? dunia?? kita???


Biasa dilihat bukan bas ini?? Bukan bas ini yang hendak dikongsikan, tapi sedikit kisah dan beberapa pengajaran.....

Penulis menaiki bas Rapid KL beberapa hari lalu, lantaran hendak ke KL atas beberapa hajat. Sepanjang perjalanan penulis kehairanan akan mengapa tiada remaja Melayu kelihatan, tetapi kumpula demi kumpulan anak2 muda berbangsa Cina menaki bas, satu kumpulan demi satu kumpulan, lelaki + perempuan. "Remaja Melayu duduk rumah shj ke??". fikir penulis. Perjalanan diteruskan......

Nak dipendekkan cerita, apa yang dapat dilihat dari remaja2 Cina tersebut banyak berkait rapat dengan ceramah motivasi dari motivator Fakhru Rodzi pada hari Jumaat sebelum cuti baru2 ni.....ingat tak apa yang dia kata??

"cuba tengok, kalau dalam bas, yang paling bising ialah remaja Cina"

Memang betul. Yang menguasai dalam bas dari sudut bisng,budaya dan fesyen memang mereka. Dari awal penulis bertolak hatta perjalanan pulang. Tapi penulis bukan mahu mengutuk anak2 Cina @ membandingkan antara kaum. Cuma hakikatnya remaja-remaja kini sungguh jauh dari misi utama baginda:

"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"

Mungkin masa dalam bas pada hari itu,terbukti apa yang penulis lihat sama dengan 'statement' motivator Fakhru. Fesyen, bahasa, seksi, akhlak, kasar.....tapi sebenarnya bukan CINA tapi PEMUDA, RIJAL, SYABAB.....sudah hilang.....bagi penulis, perjalanan beberapa jam itu cukup dijadikan tazkirah hari Rabu....sadis.....

Cuba kita jadikan 2 target mudah sebagai satu langkah awal agar kita jadikan diri kita dan rakan2 pemuda yang mahu bangkit hidup dengan Islam. 2 langka yang mudah, tapi sukar difahami dan diamalkan:

1. Bina akhlak diri, from a small seed to a small tree;

Mungkin kita faham maksud 'perbaiki' akhlak, tapi kita tak nampak di mana. Cuba kita
buat ini:
i) Tulis dan tampal @ sentiasa muhasabah 10 peribadi muslim. Selalu kita lupa untuk jadikannya 'target'. (Arab dia pun tak ingat)

ii) Senaraikan benda2 kecil yang hakikatnya jadikan kita muslim, such as;
a) sentiasa senyum dan beri salam
b) alhamdulilah bila bersin dan doakan org yg bersin
c) menjadi penggerak dalam kebersihan di rumah, drom, kelas, musolla, usrah
d) dan lain2.....(sungguh banyak)

2. Sembahyang jemaah, sebaiknya di masjid @ surau @ musolla

Surau @ masjid kini amat kehausan akan wajah2 pemuda untuk mengimarahkannya. Kadang2 rumah kita taklak begitau jauh (bahkan depan rumah!) namun kita yang banyak alasan. Cuba kita sama2 kaji sirah mulis baginda dan selami apa sebenarnya fungsi & peranan masjid @ surau dan kaitannya dengan kebangkitan umat. (ramai yang tak fikir) Cuba, kita fikirkan......


0 comments: