-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

-ziarah 'brother' Syed Ibrahim-



Petang Jumaat 18hb Disember kelmarin saya diberitahu seorang kawan `brother` Syed Ibrahim dimasukkan ke hospital di Damansara Specialist. Kami kemudian menziarahi beliau di wadnya. (x ingat no wad)

Beliau dimasukkan kerana mengalami kesakitan di lutut selepas bermain bola sepak di padang bola kawasan perumahan beliau. Selepas beberapa ujian,doktor mendapati bahawa bahagian dalam lutut iaitu 'meniscus' beliau tertumbuh lebih menyebabkan pergeselan kasar antara meniscus tersbut dan tulang lutut. Kebiasaannya kes kesakitan lutut disebabkan masalah bahagain 'meniscus' ialah ia terkoyak atau retak.

'Meniscus' ini berfungsi sebagai bahagian yang memberi cushioning effect pada tulang lutut agar tulang tidak saling bergeseran dan menyebabkan rasa sakit. (lihat gambar bawah)


-dari wikipedia-

Alhamdulillah,beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang bahagain 'meniscus' yang tertumbuh lebih pada hari Rabu lepas. Kini beliau menjalani fisioterapi bagi meregangkan otot-otot sekitar lutut agar kembali biasa dengan pergerakan dan berjalan. InsyaAllah,beliau akan dibenarkan untuk discaj keluar pada hari Selasa atau Rabu minggu depan.

Yang menarik perhatian saya dan saya kagum ialah meskipun mencecah usia 40-an, beliau berkata ini kali pertama beliau dimasukkan ke dalam wad. Diri saya sendiri mencecah usia 18 tahun ini dah 3 kali keluar masuk wad. Rasa macam dah tua.

Alhamdulillah,Allah kurniakan beliau kesihatan yang kuat agar gigh berdakwah dan memperjuangkan Islam. Moga kita sama-sama diberi kesihatan yang berkekalan agar lebih rajin beribadah kepada Allah swt, dan moga saya tidak masuk wad lagi selepas ini. (insaf) Sebarang pertanyaan boleh rujuk saudara Syed Fahmi yang kini bergilir-gilir dengan bonda menjaga ayahanda di wad sehingga hari discaj. Wassalam.
Syed Fahmi : 0136436064

2 comments:

Muaz Faris said...

ambil lah sebagai ujian dari Allah. Mungkin ada benda yang Allah nak uji kita..

December 20, 2009 at 3:02 PM  

sedehnye Pengerusi sakit..

December 20, 2009 at 9:24 PM