-The Chosen Path-

"of many roads that lay upon you,choose! For the choice is in your hands.....

Pentingkan Diri Sendiri

Pernah pentingkan diri sendiri?
Biasanya sifat pentingkan diri sendiri ni orang pandang buruk, namun kadangkala kalau kita tak pentingkan diri sendiri, akhirnya kita yang rugi.
Contoh??

Al-kisah Kapal Terbang

Pernah naik kapal terbang? Mesti ada yang pernah, dan ada jugak yang tak pernah. Bagi yang sedang berada di luar negara sekarang, mesti la pernah. Takkan datang negara orang naik rakit pulak kan? naik kapal terbang memang best kadang-kadang. Tapi kadang-kadang bosan jugak sebab duduk je. Nak main bola atas tu tak boleh pulak. Apa-apa pun, kepada yang belum pernah naik kapal terbang, try la naik sekali sebab ia adalah pengalaman yang tak sama dengan pengalaman naik bas.

Semasa awal-awal kapal terbang baru berlepas, biasanya akan ditayangkan video tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penumpang andai berlaku kecemasan. Dalam video tersebut akan di terangkan mana letak pintu kecemasan, mana letak jaket keselamatan, macam mana nak guna jaket keselamatan, dan juga apa yang perlu dilakukan kalau oksigen berkurang. Lebih kurang begitu. dan antara yang ditegaskan berulang kali adalah kalau ada budak kecik kat sebelah kita, yang tak reti nak buat benda tu semua sendiri, kita mesti tolong buat untuk diorang setelah dipastikan yang kita dah setel semua dulu. Contohnya, kalau kita dah siap pakai oxygen mask, baru la boleh kita pakaikan dekat budak kecik kat sebelah kita tu.

Al-Kisah Ketua Iblis


Israfil terbaca di Lauhul mahfuz tentang malaikat yang akan dilaknat oleh Allah kerana ingkar akan perintah Allah dan segala amal ibadat dan ketaatannya sebelum itu akan menjadi sia-sia. Ternyata semua malaikat yang mengetahuinya menjadi bimbang kalau-kalau mereka yang dimaksudkan. Lalu mereka sepakat bertemu Azazil, yang terkenal dengan ketaatan dan kemakbulan doanya. Lalu dia berdoa untuk malaikat lain tetapi terlupa berdoa untuk diri sendiri.

Akhirnya, setelah diciptakan Adam, maka sujudlah semua malaikat kepada Adam seperti yang diperintahkan Allah kecuali Azazil. Dengan keingkaran Azazil itu, dia telah dikeluarkan dari syurga dan segala amalannya selama ini hanyalah sia-sia. Dan sejak itu juga, dia dikenali sebagai Iblis. Namun dia berjanji untuk menyesatkan golongan manusia untuk sama-sama menjadi membernya dalam neraka kelak.

Risaukan Kawan…

Pernah seorang sahabat meluahkan kepada saya, perihal kawannya yang tak berubah perangainya. Dari mula kenal, sampai la sekarang. Macam tu jugak. Jawab saya kepadanya, “pada akhirnya, setiap orang yang berfikir itu akan sedar”. “Berfikir je? Walaupun takde usaha untuk dapatkan petunjuk?” tanyanya. “berfikir itu juga adalah salah satu usaha untuk beroleh petunjuk dari Allah. Kalau tak berubah gak, itu maksudnya dia taknak berubah la. tapi, jangan berhenti berdoa untuk kebaikannya dan selalu menasihatinya.”

“dan yang paling penting. Dalam kita risaukan orang lain, pastikan diri kita ni pun dalam usaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Ibadah perlu istiqamah dan sentiasa berdoa untuk diri kita jugak. Takut nanti jadi macam Azazil. Berdoa untuk kebaikan orang lain, sampai lupa berdoa untuk diri sendiri.”

Kesimpulan??


Tak semestinye du'at,bahkan sesiapa juga kena ingat diri sendiri. Secara tak sedar, bila kita pentingkan diri sendiri dalam sesetengah perkara, kita selamatkan dan bantu orang yang kita sayang @ hormat.
Ex:
-bangun awal pagi,mak ayah x masuk neraka akibat kita lalai solat
-x lewat jumpa kawan,x laa dia rasa bengang kita 'janji Melayu' (saya dah bnyk kali kena,tp saya juga buat kdg2~)
-kerja jangan curi masa,duit gaji belanja kawan duit haram nanti...kesian kawan
-bg yg berusaha menjadi du'at,jgn fikir orang lupa diri! Ruhi kita beri impak pada dakwah~

.....dan banyak lagi. So,siapa kata tak boleh pentingkan diri? Tapi jangan jadi Azazil!!

(from http://www.napirago.com/)

2 comments:

haha...i like it...best gila la time dgr citer ni..paling lawak pernah dengar...haha

January 1, 2010 at 4:27 PM  
author said...

ana rasa anta komen pada post yang salah la amar...

January 2, 2010 at 1:54 AM