Aku bertemunya sekali lagi setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disebabkan perselisihan. Secara "basa-basi" memang kami telah saling bermaafan. Tetapi dia dan aku tahu, mendung antara hati kami masih belum reda. Kini setelah hampir 5 tahun, suasana sudah berubah. Yang di bawah ke atas, yang di atas meluncur ke bawah.
"Maaf, bang..."
Aku tergamam. Aku renung matanya. Agak layu dan keletihan.
"Oh, tak apa-apa. Kita jumpa lagi nanti," kataku sambil memberikan kad nama. Dia juga memberikan kadnya. Dan kami terus berpisah. Sepanjang perjalanan pulang, hatiku resah. Jelas aku masih sukar melupakan. Atau aku masih belum memaafkan?
Perlahan aku mainkan semula sebuah kaset daripada siri kaset-kaset "pengubat jiwa" koleksi peribadi yang ada di dalam kereta.
"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke astasmu. itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"
Aku diam. Akur. Rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu.
"mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya."
Sekali lagi suara dalam kaset itu menusuk hati ku. Aku ego? Ya, jawab suara hati.
"Allah lagikan pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya."
"Kenapakah kau rasa "besar"? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?" Sekali lagi aku terhenyak. Oh, egonya aku.
Aku belokkan kereta ke arah lain. Tidak jadi pulang ke rumah. sengaja memanjangkan masa untuk lebih mendengar suara kaset dan suara hati sendiri.
**************************
"Kau tau tak, aku tak suka orang yang mungkir janji. Kau selalu mungkir janji. Aku tunggu, kau lewat. Kau janji nak bayar, kau culas. Kau kata nak buat, kau tangguh. Kau janji macam-macam, tapi apa pun tak ada. Kau buat macam-macam, berulang-ulang kali ... Kali ini aku terlalu susah, kau buatkan aku begini. Sampai hati kau."
"Eh, siapa suruh kau percaya! Siapa suruh kau tunggu. Biasalah, kau takkan tak tahu perangai aku."
"Kalau macam ni susahlah aku."
"Dah tahu susah, jangan kawan dengan aku!"
Masih terngiang-nguang dialog antara kami ketika itu. Walaupun dua hari kemudian dia menelefonku meminta maaf, dan aku memaafkannya tetapi sejak itu kami "putus".
**************************
"Cuba bayangkan, kasih sayang Allah. Kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih terus dan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"
Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkannya ialah dia buat begitu berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk, siapa besar?
Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah, aku hampir hilang pekerjaan. Terlalu besarkah dosanya kepadaku?
"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya."
Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.
"Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya. Allah Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."
Tanpa lengah aku mencapai telefon bimbit. Kad namanya ku keluarkan.
"Helo, Assalamualaikum. Ya, ya, aku ni. Kita jumpa boleh? Tempat? Kau tentukan. Ok lah, setengah jam lagi aku sampai," kata saya. Tanpa sedari kaki saya menekan pedal minyak. Ingin segera kerana ingin memaafkan. Agar segera diampunkan. Ya, Tuhan... egonya aku selama ini. Menyimpan sifat "ketuhanan" dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.
About Me
- abdul hakim
- Hayyu Ashir, Cairo, Malaysia
- "hanyalah hamba Allah yang ingin berkongsi dan ingin dikongsi serta mengharap redha yang Esa" -Tahun 1, pelajar perubatan Universiti Al-Azhar Asy-Syarif -Asal : Shah Alam, Selangor.
time
Islamic Calendar
'soul`~
Create a playlist at MixPod.com
>...idealism....>
Moga bermanfaat
Ribatul Ukhuwwah
-
-
-
-
Beyond Skyline (2016)8 years ago
-
Banjir : salah siapa?9 years ago
-
[Puisi] Impian10 years ago
-
Sirah Rasulullah s.a.w berulang ?11 years ago
-
Hakikat yang sukar ditelan?11 years ago
-
Polimik Kalimah Allah dan Keredhaan Kuffar11 years ago
-
Memahami Perubahan12 years ago
-
Terima Kasih Al-Azhar !12 years ago
-
Baitul Muslim12 years ago
-
Lima Alam.12 years ago
-
Paradigm13 years ago
-
enjoy and move13 years ago
-
Di persimpangan aku berdiri :)14 years ago
-
-
-
-
-
info sites
Traffic Feed
Followers
Blog Archive
- Apr 2011 (2)
- Jan 2011 (1)
- Dec 2010 (2)
- Nov 2010 (2)
- Jul 2010 (1)
- Apr 2010 (3)
- Feb 2010 (2)
- Jan 2010 (4)
- Dec 2009 (5)
- Nov 2009 (4)
- Aug 2009 (3)
- Mar 2009 (2)
- Feb 2009 (1)
- Jan 2009 (1)
- Dec 2008 (2)
- Nov 2008 (2)
- Oct 2008 (1)
- Sep 2008 (1)
- Aug 2008 (2)
- Jul 2008 (1)
- May 2008 (2)
- Mar 2008 (2)
- Jan 2008 (1)
- Dec 2007 (4)
BERILAH KEMAAFAN ITU
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"
Quote:
"dalam ukhwah,pasti teruji perbezaan,percanggahan & perselisihan antara sahabat. Puncak ke'solid'an ukhwah & kemanisannya, adalah apabila berlalu perselisihan & percanggahan, keduanya bertemu lantas saling tersenyum kembali. Itu tanda mereka berdua berjaya. Lulus ujian. Selisih,maafkan, dan senyumlah kembali, nescaya kau berjaya!! Jangan tunggu dia,kau berjayalah dulu!!"
Membaca puluhan artikel dan komentar berkenaan isu pembenaran penggunaan kalimah Allah dalam Bible hasil keputusan mahakamh tinggi yang meletus kini,terasa banyak point2 menarik yang boleh dan masih dan sukar dan tetap menarik untuk saya lihat,tenung,pandang dan sakitkan kepala:
1) Memang hanya sebahagian Malaysia sahaja yang melarang penggunaan nama Allah dalam kitab dan agama selain Islam. Penggunaan nama Allah di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan 2-3 tempat lagi yang saya tidak ingat adalah dibenarkan.
2) Di Eropah,agama lain khususnya Kristian tidak memutuskan untuk menggunakan nama Allah dalam kitab dan ceramah mereka. Tapi mengapa Malaysia pula isu ini dibuka dan nama Allah ingin diguna pakai?
3) Di Malaysia,isu Melayu Islam murtad adalah isu yang serius dan tampak kian meningkat, tapi bagi bangsa beragama lain makin ramai pula yang masuk Islam. Dalam isu ini pula ramai khuatir kaum Melayu yang tidak kokoh agama akan sesat apabila membaca dan menerima da'yah Kristian.
4) Serangan ke atas gereja Kristian di Petaling Jaya : angkara ekstremis Islam @ orang yang hasad & berdendam?
conclusion:
a) bagi saya,nampak jelas ada agenda & muslihat sinis di sebalik isu ini. Ancaman lebih kepada kaum Melayu. Kaum kita nampaknya belum cukup kuat menghadapi sebarang serangan sudut lain,walaupun dengan kekeliruan penggunaan nama Allah sudah cukup menggugat
b) sungguh kotor permainan politik di tanah air tercinta ini
Sebagai perkongsian dan sumber:
Maszlee Malik
Betul ke ada permohonan nak tukar gereja jadi masjid Kristian? di mana?
Apa pun, bukankah ini menunjukkan kemenangan moral umat Islam. Kristian telah terdesak dan terpaksa menggunakan cara 'menipu' untuk melakukan produk mereka?
Cuba melihat dari sudut positif...
Ali Zaki
MELIHAT dari sudut positif serta BERTINDAK ke arah mempositifkan ISLAM itu sendiri...
ketika ini lbh ramai org yg pndai mengkritik sesuatu mslh dari mereka yg membaiki mslh....
Noor Eqbal
Salam. Ini pendapat saya,
"Adakah dengan membenarkan penggunaan nama Allah, bukan sahaja di peringkat ontologi tetapi juga teologi dan epistemologi, itu berlaku adil namanya? Adakah sahabat-sahabat Kristian kita perlu menerjemahkan Jesus sebagai Nabi Isa dalam bahasa Melayu untuk membuktikan keterbukaan mereka? Tentu sekali tidak. Penggunaan "nabi" buat Jesus sendiri tentu merendahkan martabatnya dalam pandangan alam Kristian."
Zainur Rashid Zainuddin
Sifu Sheikh Dr Maszlee - Jzk, setuju. Kita perlu melihat dari sudut yg positif. Masjid Kristian tu nak test respond sifu...
Ali Zaki - Setuju, kita perlu bertindak secara positif & tidak emotional tp kita perlu bekerja kuat.
Noor Eqbal
setuju dengan saranan bertindak positif dan perlu bekerja kuat sekiranya sudah tidak dapat dihalang lagi penggunaan nama Allah oleh teman-teman yang bukan beragama Islam=)
Namun, sebelum itu berlaku, saya lebih cenderung untuk berusaha mengelakkan perkara itu berlaku. Mengurangkan tanggungjawab dan kerja di masa hadapan, sementara tanggungjawab sedia ada pun sudah begitu kuat menguji.
Allah knows best=)
Zainur Rashid Zainuddin
Bbrp cerita...
1-Aishah yg murtad dulu adalah anak penduduk Taman Panchor Jaya, Seremban...tempat saya tinggal.
2-Matron (Ketua jururawat) Hosp Seremban adalah Melayu yg beragama Hindu.
3-Saya pernah merawat 3 pesakit Melayu di HS, yg telah murtad
4-Seorang pelajar saya (medik) Melayu di IMU yg nak berkahwin dgn doktor Hindu di HS (tak nak masuk Islam)... See More
....dan bbrp pengalaman peribadi yg lain, apa nasihat anda kpd saya?
Maszlee Malik
Dr Zainur, bagaimana pula:
1-Aishah dari Sabah dan juga seorang jururawat dari Pahang telah mengucapkan syahadah 5 tahun yang lalu di hadapan saya.
2-Misi dari Sri Lanka di hospital UM telah memeluk agama Islam.... See More
3- Saya pernah mengambil syahadah 3 orang India beserta isteri dan anak-anak mereka.
4- Seorang mat saleh di Durham telah menghubungi saya untuk memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan gadis melayu, dan kini beliau amat menekuni ibadah solat.
Nasihat saya ialah, kita jangan kecilkan skop dakwah hanya kepada orang-orang Melayu sahaja....
*Satu lagi, gereja Katolik telah menggunakan nama Allah di Sabah dan Sarawak semenjak tahun 20an lagi, sebelum wujudnya kamus dewan.
Begitu juga gereja Katolik tidak menjalankan dakwah seperti golongan Lutherean dan Avengelical.
Jika di UK ini, golongan Katolik begitu berpihak dan simpati kepada umat Islam, dan sering mereka menyokong kita.
Zainur Rashid Zainuddin
Sifu Maszlee. Setuju betul dgn hujah2 sifu tersebut. Contoh2 yg saya berikan tadi sekadar utk mengingatkan saudara Muslim terdekat di sekeliling ni agar terus bekerja. Masa studi di Eire dulu, Kerajaan Ireland telah membenarkan Muslim community membeli gereja utk dibuat masjid, bahkan mereka telah menaja the 1st Muslim national School di Dublin. ... Kita tak mahu banyak bicara perbezaan tp bagaimana langkah yg konstruktif bagi membangunkan umat yg ketiduran. Mungkin pengalaman Sifu boleh dikongsikan agar boleh dibumikan oleh generasi muda kita...silakan Sifu!
*sumber : komentar2 pada wall facebook Dr.Zainurrashid berkenaan -Kenyataan rasmi ISMA mengenai isu penggunaan kalimah Allah-
ismaweb.net
rasa baik dikongsi. Baik bagi kita memikirkan isu-isu seperti ini. Tapi jangan ter'silau' dengannya! Kerja kita banyak lagi.
Saya terdengar kisah seorang akh sewaktu menghadiri dauroh media di pejabat Isma Shah Alam baru-baru ini. Kisahnya membentuk salah satu azam baru saya bagi tahun ini dan akan datang. Kisahnya begini.
Beliau sedang makan di sebuah gerai makan “common” tapi ada televisyen. Biasa kita lihat, taktik menarik pelanggan. Kebetulan tv menayangkan program “Bang Bang Boom”,rasanya yang biasa tengok tv tahulah. Kalau x tahu boleh Tanya Mr.Google,insyaAllah ada. Apa yang menyedihkan beliau, beliau terlihat seorang lelaki Cina sedang melihat sekejap program tv itu kemudian berpaling semula ke makanannya sambil menggeleng kepala sambil melirik senyuman sinis. Cara pandangnya pada akh tersebut menghina @ merendahkan kaum kita.
Tapi perlakuan Cina tersebut memang patut. Berapa banyak rancangan sebegini diatayangkan di tv, lagi2 TV3, tak cukup lagi orang Melayu kita jadi pengacara/producer/penerbit/dll. Mendengar cerita akh tu,saya lagi bertambah malu dengan bangsa sendiri. Kalau dilihatkan,berapa banyak program Barat kita tiru, dah la tak jadi, bahkan makin memalukan. Nak buat senarai??
-Malaysian Idol, Biggest Loser Asia, Fear Factor Asia, Sehati Berdansa.....dan mcm2
-Bang Bang BOOm, Jangan Lupa Lirik, Jangan Tidur Lagi, AC Di Sini....dan lain2
Agak2nyela,berapa banyak program begini di”produce”kan oleh bangsa India @ Cina @ lain2 di Malaysia??............. Ada...tapi oleh kaum kita jauh lebih banyak.
Jadi memang patut lelaki Cina tadi memandang remeh kaum kita kerana sudah banyak perkara memalukan kaum kita agendakan.
Saya terfikir,barangkali kaum lain sengaja sponsor & produce @ buat skrip bagi program2 yang saya senaraikan di atas. Sebagai satu medium nak “jatuhkan” & “lalaikan” anak2 Melayu. Yalah, kita kan Generasi-Y yang digembar-gemburkan oleh media,majalah dan internet. (bagi pemuda,yang rajin baca pasti tahu)
Menjadi salah-satu aspirasi hidup saya selepas dengar kisah akh itu bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
“Aku akan membantu kearah usaha-usaha mengembalikan pemuda-pemudi Melayu Islam (khususnya) kearah:
1) Mengamalkan Islam
2) Mengembalikan Melayu sebenar pada sifat dan keperibadiannya
3) Memuliakan kaum Melayu di Malaysia
Antara harapan saya bagi pembaca:
1) Sama2 rasai dan sertai aspirasi saya
2) Bagi pembaca Hira’,cerita pada rakan2 & adik2. Ana rasa sungguh sedih kalau warga Hira’ hanyut, apatah lagi terpengaruh dan ikut2 budaya yang program2 mengarut (maaf) macam tu. Sama-samalah kita jangan tengok dan ajak orang jangan tengok. Apatah lagi terikut2. Sungguh memalukan.
Bukan nak riuh soal maruah atau integriti,tapi apakah identiti dan cerminan diri kita sebagai Melayu Muslim??
*satu aspek media,cth:
Sewaktu pilihanraya US,persaingan Obama dan McCain amat sengit. Namun akhirnya antara sebab Obama menang ialah dengan "motto"nya = "CHANGE, We Belive In". Cukup motto tersebut menggambarkan harapan dan keinginan rakyat, jadi mereka terbakar untuk menyokong Obama. Obama juga memperjuangkan hak kesamaan rakyat Amerika berbangsa kulit hitam dan indian. Dengan tema yang sesuai & bantuan media,beliau berjaya.
Rahsianya?? US menggunakan pengaruh "media" untuk menanam ideologi mereka kpd rakyat.
.....so = lihatlah kaum kita. Ini kesan media.
-tapi media dan politik negara kita jauh lebih 'memalukan' berbanding kemelut isu tersebut di US...sekadar pandangan peribadi.
*tiada mesej 'racist' di sini,sekadar 'pointing out' betapa kesiannya kaum kita